Berlatarbelakangkan pendidikan di Malaysia dan luar negara, beliau telah menerima Ijazah Kedoktoran Veterinar Di UPM, Selangor dan merupakan graduan PhD Produksi Haiwan di Universiti of Queensland, Australia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Pembangunan Hubungan Industri dan Masyarakat di Fakulti Pertanian UPM dan turut menjadi Pakar Pemakanan Haiwan Ternakan dari Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian UPM.
Sebelum menjadi timbalan dekan, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Transformasi di Universiti (UTTC) dan pernah menjadi Presiden Persatuan Produksi Haiwan Malaysia (MSAP), wakil Malaysia ke Peringkat Antarabangsa. Selain itu, beliau juga terlibat dengan International Farm Comparison Network berpusat di German (Conference mewakili Malaysia) dan Pengetua Penilaian Kumpulan Vaterina di bawah MQA Malaysia.
Kupasan daripada topik “Isu dan Cabaran Penternakan Ayam di Malaysia” telah dimulakan dengan perbincangan mengenai isu kenaikan harga ayam di Malaysia yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat. Mengikut statistik kini, kos makanan ternakan telah meningkat daripada 20 ke-30 peratus secara global, yang menyumbang kepada faktor kenaikan harga ayam berikutan kenaikan harga sumber yang lain. Kajian menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang mengundang kenaikan harga ayam ternakan.
Mari kita kaji serba sedikit mengenai punca-punca kenaikan harga tersebut. Antara puncanya adalah daripada keterbatasan jumlah jagung. Jagung boleh terbahagi kepada 2 jenis jagung iaitu jagung manis dan jagung bijirin. Jagung manis biasanya dimakan dengan cara rebusan atau bakar. Manakala, jagung bijirin digunakan hanya untuk membuat tepung jagung (untuk kegunaan bahan masakan). Penghasilan jagung di Malaysia untuk skala besar agak sukar disebabkan oleh iklim negara yang lembab dan bijirin tersebut perlu berada dalam keadaan kering untuk dijadikan makanan ternakan. Oleh hal yang demikian, ia akan mengambil proses yang agak lama di negara ini.
Tambahan pula, jagung bijirin perlu diproses dengan segera untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dek kerana kelembapan iklim di Malaysia dan telah menyebabkan toksin kepada ternakan. Jagung bijirin boleh dikatakan menjadi sumber khasiat tenaga dan kacang soya sebagai sumber protein dan mineral buat ayam ternakan. Untuk mengurangkan kegunaan jagung bijirin, penggunaan makanan PKC telah diperkenalkan manakala untuk mengurangkan penggunaan kacang soya, mereka telah menggantikannya dengan larva serangga, atau dikenali sebagai black soldier fly (Ulat – ulat roti).
Jika mengikut kiraan ayam ternakan di negara ini, kiraannya telahpun mencapai tahap 100% cukup untuk rakyat Malaysia dan perkara ini agak mengejutkan jika kekurangan ayam menjadi isu pada masa kini. Sebaliknya, Malaysia menjadi pengeksport ayam ke Singapura dan beberapa buah negara sekitar. Seterusnya, ayam tidak sama seperti ternakan lain seperti lembu dan kambing, kerana haiwan ini boleh memakan rumput dan tumbuhan di sekitar tempat. Oleh sebab perut ayam yang memerlukan pemakanan yang berbeza, iaitu bersumberkan bijirin dengan anggaran 60% peratus daripada jagung, 35% daripada kacang soya dan 5% peratus lagi adalah melalui campuran vitamin dan mineral untuk pemakanan yang lengkap demi menghasilkan ayam yang berkualiti dan sihat.
Selain itu, untuk mengelakkan isu kekurangan jagung, Malaysia memerlukan jagung import dari luar negara seperti di Brazil, Argentina dan China. Perkara ini menyebabkan Malaysia tiada kawalan daripada segi logistik dan caj – caj yang lain untuk mendapatkan sumber jagung. Isu ini semakin serius apabila dunia dilandai beberapa konflik negara-negara lain seperti Rusia dan Ukraine yang telah menyebabkan peningkatan harga bahan mentah ini. Krisis ini berkait apabila Rusia yang merupakan pengeluar baja Amonia terbesar di dunia, amat diperlukan dalam sektor pertanian di seluruh dunia untuk penghasilan jagung.
Di samping itu, Industri Perternakan Ayam di Malaysia terbagi kepada dua, iaitu Integrater (Syarikat besar pembekal anak – anak ayam) dan Contract Farmer (Menternak ayam – ayam tersebut dan dijual semula kepada Integrater semula untuk dipasarkan). Terdapat beberapa jumlah Contract Farmer yang besar terpaksa berhentikan perkhidmatan kerana tidak mampu menanggung kos permakanan itu sendiri. Dalam pengurusan penternakan ayam , 70% adalah berkaitan isu makanan mentah ternakan dan hanya 30% untuk bayaran pekerja dan penjagaan tempat ternakan tersebut. Oleh hal yang sedemikian, penting bagi pakar – pakar kini untuk memikirkan langkah-langkah untuk mengurangkan pengantungan terhadap bahan – bahan import sebagai sumber bahan mentah makanan demi menjimatkan kos.
Selain itu, antara kesan kepada negara apabila penternakan ayam bakal menjadi terhad ialah skala pengambilan daging ayam dalam pemakanan seharian bagi rakyat Malaysia telah mencecah 50kg purata setahun. Hal ini jauh berbeza berbanding Indonesia yang hanya mengambil 9kg ayam setahun dan Thailand yang sebanyak 8kg sahaja. Oleh itu, rakyat perlu mengubah corak pola pengambilan makanan harian dengan mengurangkan ayam dalam menu dan menggantikan sumber protein yang lain seperti daging ikan dan lembu. Dalam alternatif lain, rakyat juga mengharapkan kerajaan mula mengimport ayam – ayam dari luar negara untuk menampung keperluan rakyat. ini juga akan memberi kesan kepada kos dan aspek kebersihan produk import tersebut.
Seterusnya, segi ekonomi BOT (Balance of Trade) bakal terganggu apabila kadar eksport lagi rendah dari kadar import negara. Para penyelidik teguh mencari cara – cara lain untuk mengurangkan pengambilan jagung bijirin sebagai sumber makanan ternakan dengan membuat kajian menggunakan biji kelapa sawit. Oleh itu, 2.97 Juta tan sampingan biji kelapa sawit yang telah diproses dan dieksport ke luar negara pada kadar 95% untuk sumber makanan ternakan mereka pada musim sejuk serta 5% sahaja digunakan pada lembu tempatan. Hanya 20% hampas kelapa sawit boleh digunakan dalam proses pemakanan ayam kerana ia boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran kepada mereka kerana susah untuk melarutkan campuran pemakanan tersebut.
Makanan PKC, iaitu Kernel juga digunakan untuk pemakanan ternakan. Tambahan pula, terdapat dua jenis ayam dalam Termedologi sains iaitu Ayam Perdaging & Ayam Pernelur. Ayam penelur yang telah 90 minggu tidak bertelur dikenali sebagai ayam pencen. Seterusnya, Spring Chicken selalunya digunakkan di KFC (Kentucky Fried Chicken) ayam kecil.
Penternak Tradisional akan menggunakan pelbagai alternatif untuk mengekalkan tumbesaran yang sihat untuk ayam – ayam mereka dan menggunakan pelbagai tumbuhan dan serangga sebagai diet sampingan. Hal ini berbeza berbanding dengan Penternak Komersial yang akan mengikut pada peraturan pemakanan mengikut pembekal makanan itu sendiri untuk memudahkan proses penilaian kesihatan ayam – ayam untuk dipasarkan. Walau bagaimanapun, sejak konflik dunia, mereka juga beroperasi secara perlahan seperti penternak tradisional.
Menurut kajian, 50% Penternak di Malaysia membina reban secara tertutup (penternak komersial) dan 50% lagi secara reban terbuka (penternak tradisional). Reban tertutup memerlukan perbelanjaan sebanyak RM300,000 dan hanya boleh memuatkan sekitar 10 – 15K ekor ayam sahaja dan jarang dibina di Malaysia. Namun, ia boleh mengurangkan pencemaran persekitaran daripada penternakan tradisional. Jika keadaan ayam di reban tertutup, ia akan cepat membesar kerana kurang pergerakan dan ayam di reban terbuka menyebabkan ia lambat membesar untuk dipasarkan.
Soal penternakan ayam yang halal dimakan, terdapat perbezaan antara daging ayam yang dihasilkan di makmal dan daging ayam yang dari hasil ternakan biasa (Meat Lab cultured). Meat Lab cultured tidak dianggap halal kerana ia hanya disenyawakan dengan sel ayam hidup dan dibesarkan di dalam makmal. Oleh itu, berhati – hati dengan produk import, yang kebanyakannya telah menggunakan sistem daging ayam (Lab Cultured Meat) yang bukan daripada telur dan hanya sel ayam sahaja.
Perbincangan isu dan cabaran ini diakhiri dengan saranan agar melantik pakar seperti pakar diet, pakar nutrisi dan sebagainya untuk bekerjasama meyakinkan masyarakat untuk ke arah yang lebih sihat. Prof. Dr. Anjas Asmara amat mengharapkan agar rakyat Malaysia menyedari sebab harga kenaikan ayam berlaku dan mula menukarkan pola pemakanan harian untuk mengelakkan daripada kekurangan stok ayam di Malaysia pada masa hadapan.
Tontoni video “Ask Experts Episod ke – 2” sekali lagi dengan tekan link ini:
https://www.youtube.com/watch?v=xzlZX3TMS6w&t=989s
Anda dapat pelbagai informasi tambahan dengan Program Dr Roket “Ask Experts” yang terbaru ini? Ingin mendaftarkan diri anda? Klik link ini sekarang : https://drroket.com/conf-valley/
#DrRoket
#BeraniTuliS