fbpx Skip to main content
search
0

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr. Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 20 April 2022 iaitu cik puan Ustazah Hasiah Mat Salleh.

Jutaan tahniah diucapkan kepada bakal Dr PhD, cik puan Ustazah Hasiah Mat Salleh. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan keputusan Tesis Cemerlang Skala 1 UM.

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Ustazah Dr. Hasiah binti Mat Salleh

BIDANG:

Syariah dan Undang-Undang

UNIVERSITI:

Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur

TAJUK KAJIAN:

Pembangunan Model Perlindungan Hak-Hak Warga Emas dari Pengabaian Menurut Perundangan Islam di Malaysia

NAMA SV/ CO-SV:

  1. Prof. Datin Dr. Raihanah Hj. Abdullah
  2. Dr. Mohd Norhusairi Mat Hussin

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Peningkatan populasi warga emas seluruh dunia telah membawa peningkatan kes-kes pengabaian. Ketiadaan undang-undang khusus untuk melindungi hak-hak warga emas dan perlindungan yang terhad merumitkan lagi masalah yang ada.

Oleh yang demikian, perlu kepada suatu model yang dapat melindungi hak-hak warga emas bagi mengurangkan kes-kes pengabaian yang dinamakan Model ERIsP. Model yang dibangunkan adalah berdasarkan analisis keperluan terhadap warga emas dan pengesahan pakar menggunakan fuzzy delphi metod (FDM) dan norminal group technic (NGT).

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

  1. Kajian keperluan warga emas Non Muslim
  2. Keberkesanan perlaksanaan Model ERIsP di rumah perlindungan warga emas.
  3. Kajian di negara-negara luar yang telah mempunyai perundangan khusus dalam menilai elemen mereka yang selaras dengan nilai-nilai Islam.

Terima kasih kepada Dr. Hasiah Mat Salleh atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

Seminar Mudah Ubah Tesis (MST)Seminar Nak Ubah Tesis (N.U.T)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x