fbpx Skip to main content
search
0

Saya Nur Hidayah binti Ahmad. Insan biasa, tidak punya apa-apa.. Namun punya impian..

Kisah perjalanan Master saya bermula dari satu niat, “Jika sekiranya saya dapat bertukar daripada Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, saya nak sambung MSc (Architecture), USM”. Ketika itu saya rasa ia adalah niat yang murni, hakikatnya langkah pertama saya tersasar..

Allah sangat-sangat baik.. Allah izinkan saya untuk bertukar.. Ketika itu, saya mula terfikir niat saya.. Maka, bermulalah kisah perjalanan Nur Hidayah Ahmad ‘road to Master’.. Sedang sarat mengandung anak kedua, saya gagahkan diri ke USM bersama suami. Kami ke sana dengan tujuan untuk bertemu bakal supervisor Master saya.

Alhamdulillah bagai pucuk dicita ulam mendatang.. Bakal SV Master ketika itu menerima saya dengan sangat gembira kerana kebetulan katanya ada geran APEX untuk saya. Harapannya ketika itu, saya dapat convert ke PhD.. Hati saya sangat berbunga-bunga..

Maka bermulalah episod saya jalankan ‘data collection’ sebelum mendaftar.. Semasa register, saya telah pun selesai ‘data collection’ untuk peringkat yang pertama.. SV sangat gembira dengan saya.. Harapan untuk convert PhD semakin menggunung.. Saya semakin bersemangat teruskan ‘data collection’ untuk peringkat seterusnya.

SV sampai datang ke rumah bantu saya untuk pastikan eksperimen saya berjalan lancar. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya selesaikan semua ‘data collection’ seawal pengajian semester pertama. Ia kelihatan sangat indah..

Namun, selepas itu bermulalah episod yang sebaliknya.. SV mula minta saya menulis.. Saya yang ketika itu memang hanya ada ilmu ‘final year project’ zaman degree cuba menulis.. Seingat saya, saya cuba menulis berdasarkan satu gambar.. Saya guna bahasa sendiri, ala-ala seperti menulis karangan.. Lama juga saya ambil masa untuk siapkannya..

Siap sahaja, saya terus emel kepada SV. Saya rasa sangat sedih dan kecewa kerana rupa-rupanya saya telah membuatkan SV saya tidak dapat tidur lena bila melihat hasil penulisan saya.. Beliau katakan pada saya yang beliau cerita kekecewaan beliau kepada isteri.. Katanya, penulisan saya tidak sampai ‘standard’ ‘final year project’ degree..

Allah Allah Allah.. Saya sangat sedih.. saya berazam untuk berubah.. Dari situ bermulalah episod seterusnya Nur Hidayah Ahmad yang rajin ke kelas.. saya pergi ke semua kelas untuk ‘postgraduate’ di IPS, USM. Sehinggakan kelas yang tiada kena mengena dengan saya pun saya masuk..

Dengan harapan nak tambah ilmu.. Sungguhpun begitu, tesis saya tidak bergerak banyak mana pun.. Saya hiburkan hati dengan pergi bentang kajian, hasilkan artikel.. Alhamdulillah mudah semuanya.. Syarat untuk Master cuma perlu 1 artikel tapi saya bagi lebih.. Namun, kebenarannya.. tesis saya tetap meninggal..

SV mula bertanyakan ‘progress’.. Kerana ‘dateline’ untuk tempoh maksimum boleh convert ke PhD hampir sampai ke penghujungnya.. SV juga pesan kepada saya.. untuk tidak merancang ada anak selagi Master belum selesai.. namun Allah izinkan saya untuk mengandung anak ketiga ketika sedang ribut siapkan tesis untuk ‘apply conversion’ ke PhD..

Akhirnya saya berjaya siapkan di hari terakhir tempoh dibenarkan hantar tesis.. Di dalam bilik pembentangan, saya rasakan seumpama saya sedang Viva.. SubhanAllah kesalahan saya dalam tesis di merata-rata.. sehinggakan gaya bahasa saya, rujukan, ‘citation’, ‘grammar’ semuanya ditegur walaupun sekecil-kecil perkara..

Keputusannya, saya gagal ‘conversion’ tersebut dan dalam masa yang sama pihak biasiswa tidak benarkan saya ‘convert’ kerana tawaran biasiswa yang diberikan kepada saya adalah untuk Master sahaja.. Ketika itu.. saya mula rasa saya ada banyak masa lagi kerana saya hanya buat Master ..

Skop lebih kecil berbanding yang dirancang sebelum ini.. ‘Data collection’ pun dah selesai.. Saya mula rasa selesa.. Tidak perlu laju-laju.. Saya mula mencari sesuatu.. Saya mula terlibat dengan bisnes.. Fokus saya lari.. Kebenarannya 6 bulan sekali baru tengok tesis.. Memang ‘blur’ habis.. Tembus laptop ditenungnya.. ‘Last’ sekali tido..

Bermulalah episod berikutnya.. “Ummi seperti singa..” Gelaran yang diberikan oleh anak-anak kepada saya.. Di rumah, saya menjadi seorang yang cepat marah dan melenting.. Allah Allah Allah.. Suami dan anak-anak menjadi mangsa kerana saya tidak pandai menguruskan emosi.. Semua benda nak buat.. Akhirnya diri sendiri serabut..

Cuti belajar saya habis begitu sahaja.. Saya nampak komited, semangat dan serba-serbi ok di tempat kerja.. Tapi hakikatnya saya seperti Hidayah yang lain.. emosi saya sangat tidak stabil.. Tesis saya meninggal.. Tenggelam di dasar lautan..

Masa terus berlalu.. Saya semakin hanyut dalam kesibukan kerja.. Pergi kerja kelam-kabut.. Balik kerja dah penat.. Rajin ‘travel’ kerana bisnes.. Memang terus terkubur tesis saya.. Akhirnya.. Master saya hampir kena ‘terminate’.. Saya baru tersentak dari mimpi.. Saya seperti sedang nazak untuk siapkan tesis saya..

Satu family.. saya, suami dan ketiga-tiga anak kami sama-sama tido di ofis .. Saya tiada ‘workstation’ di rumah ketika itu.. Saya lebih selesa siapkan tesis di ofis.. Anak-anak saya membesar di ofis.. Suami saya banyak berkorban.. Suami saya sangat baik..

Suami dan anak-anak banyak bersabar dengan saya.. Sayu bila tiap kali melihat mereka tapi saya tiada pilihan.. Maafkan saya abang.. Maafkan ummi, Amir, Safi dan Dini.. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya hantar tesis Master saya di hari terakhir tempoh yang dibenarkan..

Waktu yang sangat suntuk dan hampir kena ‘terminate’.. SV saya sangat baik.. SV saya ‘sign’ ja semua borang-borang untuk hantar tesis.. Maafkan saya Prof.. Saya kesal dengan diri saya ketika itu..

Hari Viva pun tiba.. Saya sudah lupa bilakah tarikhnya.. Kalau boleh saya tidak mahu ingat momen ketika itu.. Di bilik Viva Master ibarat mimpi ngeri.. Soalan bertalu-talu.. Kesalahan di sana sini.. Saya tidak mampu mempertahankan kajian saya.. Ketika keputusan diumumkan, saya hanya reda dan pasrah..

Saya diberikan lulus Viva dengan ‘major correction’ selama 1 tahun.. Hari Viva itu membuatkan saya trauma.. Namun, saya tidak pernah ambil iktibar.. Bagi saya 1 tahun itu sangat panjang.. Saya fikir saya sempat siapkannya.. Saya tetap Nur Hidayah Ahmad yang lama..

Yang suka ‘last minute’.. Saya lari fokus.. Saya asyik dengan dunia bisnes saya.. Segalanya huru hara.. Emosi sentiasa tidak stabil walaupun hakikatnya saya kelihatan ok di tempat kerja.. Tanpa saya sedar.. Sudah hampir setahun.. Tapi ‘correction’ saya belum siap lagi.. Sekali lagi kami anak beranak bermalam di ofis siapkan tesis.. Allah..

Begitu suami dan anak-anak sengsara.. Bukan setakat itu, kami berkampung pula di rumah mak dan abah saya.. Saya tak tido malam siapkan tesis.. tido sekejap ja.. Seminggu saya pulun untuk siapkan correction.. Allah.. Maafkan saya mak dan abah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan anak ketika itu.. Saya sangat menyesalinya..

Alhamdullillah ‘correction’ saya akhirnya siap pada hari terakhir tarikh yang dibenarkan hantar ‘full’ tesis.. Namun, keadaan menjadi tegang apabila tesis saya tidak diterima oleh ‘internal examiner’.. Ini kerana saya tidak pernah tunjuk ‘corrections’ saya untuk disemak.. Betapa kesalnya saya ketika itu.. Saya mengambil ringan perkara penting..

Akhirnya, dengan izin Allah, Deputy Dean Of Research ketika itu yang sangat baik hati bantu saya.. Beliau semak tesis saya.. Momen yang tidak pernah saya lupakan.. Ia masih kekal terakam dalam ingatan saya hingga kini..

Saya betulkan tesis saya di dalam bilik Deputy Dean Of Research ketika itu dan menghadap betul-betul di hadapan beliau.. Dengan rahmat kasih sayang Allah, akhirnya ‘internal examiner’ ‘sign’ lepaskan saya.. Terima kasih ‘internal examiner’ yang baik hati.. Maafkan saya yang serba-serbi huru hara ini..

Semoga Allah pelihara ‘internal examiner’ yang membantu saya.. semoga Allah pelihara Deputy Dean Of Research yang membantu saya.. Alhamdulillah Allah sangat-sangat Baik.. Akhirnya saya berjaya ‘submit’ tesis Master saya yang cukup genap 5 tahun..

Di hari konvo baru saya tahu SV saya ambil beberapa bulan cuti awal sebelum pencen.. Betapa saya tidak pernah peduli tentang SV Master saya.. Saya tak sempat jumpa beliau.. Saya sangat terkilan.. Saya tak pernah berikan satu hadiah pun pada SV saya sepanjang saya sambung Master.. Sedangkan SV saya sangat baik..

Beliau selalu bagi hadiah yang ada di biliknya.. Datang ke rumah saya untuk cek peralatan eksperimen saya.. Datang ke tempat kerja saya untuk jadi juri apabila saya jemput.. Namun, saya tak pandai menghargainya.. Saya sangat terkilan dengan apa yang berlaku.. Maafkan saya Prof.. saya tak pandai menghargai Prof.. Terima kasih banyak-banyak Prof sebab banyak bantu saya..

Kekesalan saya semakin bertambah apabila niat saya ingin meneruskan pengajian PhD dengan tajuk yang sama tergendala.. Dek kerana ‘potential’ SV adalah ‘internal examiner’ Master saya.. Sudah pasti beliau tidak mahu menerima saya kerana ‘attitude’ saya yang ke laut dalam ketika itu..

Kenangan Master ‘journey’ ini merupakan titik hitam dalam kehidupan saya.. Ia menjadi penguat untuk saya bangkit.. Saya mesti berubah.. Tapi bagaimana? Apa yang saya mesti lakukan? Siapa yang boleh bantu saya? Saya tetap kuatkan semangat untuk mohon lagi biasiswa.. Saya ingin lupakan kisah silam.. Saya ingin jadi Hidayah yang baru..

Ketika itu, saya mempergiatkan misi membuat persediaan rapi sebelum melangkah masuk dunia PhD ‘journey’.. Di mana sahaja ada kelas, seminar, bengkel untuk ‘post graduate,’ di situ ada saya.. Saya sentiasa doakan semoga Allah temukan saya dengan insan yang tepat untuk membantu saya.. Saya tidak mahu mengulangi kekesalan silam saya..

Alhamdulillah dengan izin Allah saya bertemu dengan Dr Roket melalui dua orang sahabat saya yang merupakan pasangan suami isteri Nur Shuhada Hanapi dan Shahril Khairi Abdul Shukor, sahabat seperjuangan semasa di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam.. Terima kasih banyak-banyak sahabat.. Semoga Allah pelihara kedua-dua insan ini yang sangat dekat di hati saya..

Allah sangat-sangat baik.. Bermulalah PhD ‘journey’ Nur Hidayah Ahmad yang sangat indah dan bahagia bersama Dr Roket.. Semoga Allah kekalkan nikmat-nikmat ini.. Allahumma aamiin..

Nur Hidayah Ahmad

Circle Professorship Dr Roket

27 April 2022. 4.50 p.m.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

Klik di bawah untuk daftar atau hubungi Tim Dr Roket sekarang : 019 458 8003
https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x