Kehangatan VIVAlicious masih dirasai. Kalini Dr Roket akan berkongsi Tips Viva yang calon Master Phd perlu tahu. Pstttttttt kalau dah tahu tips ni anda InshaaAllah anda akan survive dalam bilik VIVA yang dikatakan seram tu. Hehehe
Pembaca mesti tak sabar nak tahu kan tips apa yang akan saya kongsikan kepada anda. Anda anggap tips yang saya kongsikan sebagai tips bonus kerana tips ini saya kumpul hasil daripada pengalaman saya keluar masuk bilik VIVA.
Di bahagian bonus tips ini, saya akan berikan jawapan rahsia yang anda boleh jawab ketika anda blur sewaktu ditanya oleh panel. Anda mesti dapat imagine kan moment blur yang bakal dihadapi Ketika dalam bilik VIVA. Serammm tu. Jadi ayuh focus baca tips ini okay
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya panel ataupun examiner akan cari jalan untuk anda dapatkan minor correction sahaja untuk viva anda. Examiner sebenarnya faham bahawa dah bertahun anda lakukan kajian, jadi mereka akan cuba untuk beri minor correction kepada anda
Bagi mendapatkan hanya minor correction sahaja, semua itu sebenarnay dia tangan anda. Apa yang saya perasan, kebiasaan pelajar tak sabar nak bagi jawapan dan kadang-kadang melawan examiner. Mungkin golongan pelajaar sepeti ini terlalu exited ke?
Apabila soalan-soalan yang diajukan oleh examiner tolong jangan sama sekali berikan jawapan yang bersimpang siur. Jika anda beri jawapan yang tidak jelas, panel akan berasa yang anda tidak faham sangat tentang kajian anda
Oleh itu, apabila examiner tanya “tolong berikan kepada saya dimanakah fakta ini”. Sekiraya anda tidak ingat, terus sahaja cakap “minta maaf prof, saya tak berapa nak ingat point itu, bila habis viva saya akan berikan kepada anda. Sekarang saya memang tak ingat”
Tolong tolong tolong mengaku sahaja tak ingat daripada anda memberikan jawapan yang salah. Mengaku tak tahu itu lebih baik daripada berlagak tahu. Ingat bukan bermakna apabila anda berkata tidak tahu itu bermaksud yang anda sudah gagal.
Seetrusnya, anda juga jangan bangkang examiner. Betul, memang viva tidak adil kerana anda lebih tahu kajian anda berbanding dengan examiner. Sebab tajuk itu anda yg buat, anda tulis.
Examiner hanya komen, pakarnya adalah anda. Tetapi examiner adalah berkuasa ketika sesi viva berdasarkan kepakaran dan pengalamannya.
Ingat, jangan naik angin kerana apabila anda naik angin ia akan menampakkan anda tidak professional. Tolong terima teguran dengan hati yang terbuka, senyuman terukir di muka apabila anda ditegur oleh examiner anda.
Dapat sesuatu ke daripada tips bonus yang saya beri ini?
Nantikan posting yang akan datang. Dapatkan sharing Tips, Motivasi, Inspirasi & Sharing Master PhD dihujung jari di Telegram Dr Roket Channel>> https://t.me/drroket