“Saya rasa tak layak untuk menyambung dalam pengajian PhD” kongsi platinum Dr Roket.
Mesti ramai yang berasa seperti Platinum Puan Rosni Ramle ni kan. Rasa seakan tidak layak untuk mendaftar menjadi pelajar PhD. Jom kita ikuti bagaimana Puan Rosli Ramle dari berasa tidak layak untuk menjadi pelajar Phd kini dah berada di momentum yang sangat baik!
Puan Rosni binti Ramle merupakan platinum yang berasal daripada Selangor. Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan juga kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Phd dalam bidang Pendidikan di Universiti yang sama.
Beliau menceritakan sebelum beliau berjumpa dengan Dr Roket, Puan Rosni juga mempunyai cabaran yang perlu diatasi. Antara cabaran yang beliau hadapi ialah selalu berasa tidak layak untuk sambung PhD dan mempunyai pengurusan masa yang sangat teruk.
“Alhamdulillah, saya telah dipertemukan dengan Dr Roket oleh rakan sejabatan yang pada itu juga terlibat dengan program platinum Dr Roket. Pertemuan yang diatur oleh Allah itulah merupakan jalan keluar kepada masalah ataupun cabaran yang dihadapi oleh Puan Rosni.
Kini, setelah membuat keputusan mengikuti program platinum Dr Roket, beliau berhasil menghasilkan deraf yang pertama dan yang lebih menggembirakan adalah pengurusan masa beliau juga bertambah lebih baik. “Alhamdulillah, sekarang saya dah ada 4 deraf” kongsi Puan Rosni. Sangat mengagumkan perubahan Puan Rosni.
Tambahan lagi, Puan Rosni juga berkongsi bahawa Ramadhan dan Hari Raya pada tahun ni sangat berbeza dengan tahun sebelumnya. Jika Ramadhandan sambutan Hari Raya sebelum ini beliau tidak ada satu pun deraf tesis tetapi kini beliau telah mencapai 4 deraf!
“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Dr Roket. Semoga Allah membalas jasa Dr Roket dengan syurga yang tertinggi. Selamat hari raya aidilfitri kepada Dr Khairul nizam, Dr Mardiana, 2M World, barisan CRMP dan sahabat platinum sekalian. Maaf zahir dan batin”.