fbpx Skip to main content
search
0
Cikgu Khasturi Ramalingam

Baru-baru ini platinum Dr Roket, Cikgu Khasturi Ramalingam telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan penulisan tesis iaitu the 3 Minute Thesis (3MT) pada Research Carnival Week 2021 (RCW 2021) di Universiti Teknologi Malaysia (UMT).

Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 bidang iaitu Fakulti Sosial Sains, Fakulti Engineering dan juga Fakulti Sains dan Teknologi dengan penyertaan sebanyak 104 peserta. Ini merupakan bilangan tertinggi yang menyertai 3MT sepanjang ianya diadakan.

Cikgu Khasturi menceritakan bahawa pertandingan ini peserta perlu mempersembahkan 1 tesis mereka dengan sangat kreatif dengan masa yang diperuntukkan hanya 3 minit sahaja. “Peserta perlu menerangkan tentang kajian sama seperti kita bercakap kepada orang yang tak tahu apa-apa tentang tesis ataupun kajian”. Susah kan…

Beliau menceritakan bahawa penerangan tesis dalam masa 3 minit itu hanya peringkat awal dan sesiapa yang berjaya diperingkat itu layak ke peringkat seterusnya iaitu sesi soal jawab. “Sesi soal jawab itu dilakukan secara spontan akan ditanya kepada peserta dan masa hanya diberi 4 minit. Dalam masa tersebut perlu menjawab soalan yang ditanya dengan hujah-hujah yang bernas.

“Tips-tips dan proses bersama Dr Roket ini memang membantu saya dalam persediaan pertandingan ini dan pastinya sangat membantu untuk pengajian PhD saya” kongsi Cikgu Khasturi.

Sehingga hari ini Cikgu Khasturi tidak pernah tinggalkan tesis lebih 25 jam dan beliau sangat patuh mengikuti Magic Number yang Dr Roket ajar. Tambahan lagi, Cikgu Khasturi juga akan mengikuti jadual dimana beliau akan tulis tugasan yang perlu dibuat untuk capai misi pada hari tersebut. Jadual inilah yang sangat membantu Cikgu Khasturi sepanjang persediaan pembentangan pertandingan video ini.

“Kan masa persekolahan, saya kena mengajar. Jadi memang kesempitan masa. Tetapi pengurusan masa yang Dr ajar memang membantu untuk pertandingan ini” ujar beliau. Setiap hari Cikgu Khasturi akan mengambil masa untuk penulisan skrip 3 minit dan seterusnya masa untuk membuat video dan poster. Jadi tips-tips yang Dr Roket ajar memang banyak membantu untuk pertandingan ini.

Jika sebelum ini beliau selalu rasa berputus asa dan soalan seperti “kenapa aku tak capai lagi apa aku nak” selalu bermain dalam otak Cikgu Bahasa ini. Sebelum beliau berjumpa dengan Dr Roket, beliau selalu berasa betul dengan apa yang dibuat tetapi sebenarnya tesis tersebut masih banyak perlu dibaiki sesudah diperiksa oleh penyelia.

“Dr Roket selalu pesan you need to go through the process, you just need to buat je. Buat buat sampai capai. We start, we must finish it” pesanan Dr Roket ini yang dipegang oleh Cikgu Khasturi sehingga hari ini. Beliau menambah bahawa circle group Platinum yang positive sangat membantu dalam pengajian PhD dengan selalu memberi motivasi lagi-lagi Prof Mazidah yang merupakan CRMP beliau.

Selain daripada itu, tips yang cikgu Khasturi dapat kekalkan dalam proses Dr Roket adalah menjaga hubungan dengan penyelia.  Beliau sering mengamalkan tips-tips Dr Roket dan ia sememangnya sangat berkesan. Hubungan beliau dengan penyelia sangat baik kerana tips-tips yang diamalkan.

“Saya sangat galakkan bangsa postgrad untuk mengikuti program Dr Roket terutama ketika pandemik ini sebab waktu sekarang ramai yang berputus asa” ujar Cikgu Khasturi. Beliau berpendapat bahawa bila ada circle group yang positive ia akan menghalang daripada negativity masuk mengganggu pengajian PhD. Oleh itu beliau sangat mengalu-alukan untuk rakan-rakan bangsa postgrad untuk mengikuti program Dr Roket.

“Jutaan terima kasih kepada Dr roket atas bimbingan walaupun dalam keadaan covid, bimbingan beliau sangat membantu  saya untuk meneruskan perjalanan phd walau tak pantas tetapi ada peningkatan setiap hari. Terima kasih juga untuk live-live Morning Doc setiap hari yanag sangat memberi motivasi bagi meningkatkan momentum pengajian PhD ini”.

Menarik bukan kejayaan 3-minute Thesis Cikgu Khasturi ini. 25 Disember 2019 merupakan hari bersejarah buat beliau kerana saat itulah perjalanan kehidupan PhD Cikgu Khasturi berubah menjadi lebih baik. Untuk pengetahuan Cikgu Khasturi seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 kali.


Sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah Cikgu Khasturi, anda boleh mulakan dengan mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 27 hingga 29 Ogos 2021. Lebih mengujakan anda boleh dapatkan 1000 TIKET PERCUMA NUT SEKARANG! Anda hanya perlu melayari https://drroket.com/.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x