Platinum Siti Dahlia binti Patta yang berasal daripada Sandakan Sabah merupakan seorang guru yang mengajar di SMK Sandakan 2. Sambil menjalankan tugas sebagai seorang guru, beliau juga seorang pelajar PhD dalam bidang pengajian Pendidikan Perakaunan secara separuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Saya berasa bersendirian sepanjang pengajian Phd ini dan tidak mempunyai kawan”. Kenyataan yang diberikan oleh Puan Siti Dahlia ini merupakan cabaran yang beliau terpaksa lalui sebelum berjumpa dengan Dr Roket. Malah beliau juag menceritakan bahawa ketakutan beliau untuk menghubungi penyelia dan tidak pandai menguruskan masa menulis tesis dengan masa bekerja turut menjadikan cabaran yang besar sepanjang perjalanan pengajian PhD beliau.
Alhamdulillah muncul seorang sahabat yang mengajak beliau untuk menghadiri program Dr Roket iaitu program Seminar Nak Ubah Tesis (NUT). Beliau dengan gembiranya menerima ajakan tersebut dan menyertai seminar NUT pada tarikh 22 bulan Mac 2020. Betapa Allah itu Maha Membantu hambanya, dikala berada dalam fasa cabaran untuk pengajian PhD, Allah memberi jalan keluar untuk Puan Siti Dahlia.
Selepas sahaja beliau mengikuti program Dr Roket menerusi NUT banyak perubahan yang amat ketara terjadi dalam hidup beliau. Jika sebelum ini beliau berasa kesunyian dalam pengajian PhD, sekarang hari-hari dikelilingi bangsa postgraduate yang sangat membantu beliau. “Saya juga sekarang tidak takut untuk menghubungi sv dan saya dapat menulis tesis saya walaupun bekerja sepenuh masa sambil menguruskan keluarga” kongsi Puan Siti Dahlia.
Tambahan lagi, yang lebih membahagiakan buat beliau adalah Ramadhan dan Hari Raya kali ini beliau sedang berusaha untuk menyiapkan deraf yang ke 5 dengan jumlah muka surat sebanyak 526! HEBAT KAN! Beliau menceritakan lagi pada tahun pertama beliau bergelar platinum Dr Roket, beliau akhirnya berpeluang bergambar dengan deraf tesis pada hari raya.
“Sebelum ini saya tidak pernah memegang deraf tesis kerana perkataan deraf itu juga saya pertama kali dengar setelah saya berada dalam proses Dr Roket”. Bayangkan dari tidak tahu apa itu deraf kini telah ada 5 deraf dalam genggaman beliau. Sangat luar biasa perubahan pengajian PhD Puan Siti Dahlia.
“Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin kepada guru saya Dr Roket, saya doakan semoga Doktor dalam keadaan yang sihat. Allah permudahkan urusan Doktor dunia akhirat dan saya memohon maaf dan saya ucapkan terima kasih kerana masih memberikan saya peluang untuk terus berada dalam proses Dr Roket. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin khusus untuk Dr Mardiana, Tim Dr Roket dan sahabat syurga platinum. Semoga ukhuwah kita terus berkekalan. Allah terima amal Ibadah kita dan saya juga doakan semoga kita dapat menghabiskan perjalanan Master PhD dengan baik”.