fbpx Skip to main content
search
0
Dr Roket Platinum

Nur Hidayah binti Ahmad merupakan platinum Dr Roket batch yang pertama dan merupakan pensyarah politeknik dan juga co-founder bagi MH Idea Construction. Syarikat ini merupakan syarikat yang sedang diusahakan bersama dengan suami beliau dan kini beliau sedang mengikuti pengajian PhD Project Management di Universiti Sains Malaysia.

“Saya merupakan orang yang sentiasa stress” ini merupakan cabaran yang dihadapi oleh beliau. Bayangkan sahaja beliau menghabiskan Master beliau selama 5 tahun dan itu lah jangka masa paling maksimum yang dihabiskan jika pertama kali buat kajian. Puan Hidayah katakan waktu itu seakan beliau berada di laut yang dalam untuk habiskan Master beliau.

Disebabkan oleh situasi yang dialami ketika pengajian Master beliau terus berazam untuk tidak mengulangi kesalahan ketika Master dahulu. Beliau terus mencari pintu untuk uruskan tesis tersebut dan alhamdulillah seorang kawan beliau telah memperkenalkan proses Dr Roket

“Saya akhirnya dapat kenal apa itu tenang, bahagia dan gembira disamping dengan tesis yang grow dengan sangat luar biasa disamping berada bersama dengan keluarga” alhamdulillah akhirnya beliau dapat melihat kegembiraan dan senyuman dari orang tersayang setiap kali selesai deraf.

Kini, Puan Hidayah Ahmad telah memiliki 66 deraf dengan sebanyak 14,841 muka surat. SANGAT AMAZING!

Malah kini beliau telah memiliki 7 artikel popular dan beliau juga telah menghasilkan 6 ebook. Selain daripada itu beliau juga telah berjaya menerbitkan 2 artikel jurnal dan 1 artikel jurnal yang masih dalam penambahbaikan dan kini beliau masih dalam usaha menulis 1 lagi jurnal.

Bagi beliau tambahan lagi Ramadhan dan Syawal juga sangat berbeza apabila bersama dengan proses Dr Roket. Perbezaan ini sudah beliau rasainya sejak 2019 dimana pada hari raya tersebut Puan Hidayah bergambar dengan deraf kedua. Pada 2020 pula, beliau meraikan hari raya dengan deraf yang ke 20. SUNGGUH LUAR BIASA

“Alhamdulillah syukur, kami dididik sebagai platinum Dr Roket untuk banyakkan amalan-amalan sepanjang Ramadhan tetapi pada masa yang sama tesis juga meningkat dengan sangat luar biasa” kongsi Puan Hidayah Ahmad.

“Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr Mohd Khairul Nizam sebagai Dr Roket, Dr Mardiana yang telah menyampaikan ilmu-ilmu yang sangat berharga. Terima kasih Dr Mohd Khairul Nizam dan Dr Mardiana untuk semua ilmu-ilmu yang tekah diberikan. Hanya Allah yang dapat balasnya. Semoga syurga tertinggi buat Dr”

“Selamat Hari raya Aidilfitri buat Dr Mohd Khairul Nizam, Dr Mardiana, sahabat-sahabat CRMP, Tim Dr Roket, sahabat-sahabat platinum dan kepada semua. Selamat hari raya maaf zahir dan batin”.


 

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x