‘Literature review’ atau LR menjadi salah satu bahagian dalam tesis yang selalu menjadi kerisauan pelajar Master PhD. Bahagian ini memang boleh menyebabkan ramai pelajar pening kepala dan ‘stuck’ dalam penulisan tesis mereka.
Apa sebabnya?
Literature review ini memang memerlukan kegigihan pelajar untuk mencari dan mengumpul sumber rujukan serta mengolah semula kajian masing-masing. Jadi, memang memakan masa yang lama juga untuk menulis LR ni ya..
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir penyelia yang meminta pelajar untuk menyemak, membaca, menganalisis LR ini sehingga bertahun-tahun. Hal inilah yang menyebabkan bangsa postgrad turut mengalami stress yang melampau.
Sekiranya ada perlukan tips bagaimana untuk membedah LR @ literature review sendiri, anda boleh praktikkan semasa membuat fasa LR nanti dengan menggunakan tips di bawah.
3 tips untuk “membedah” LR:
1. Membedah kajian lepas.
- Cuba bedah apa yang ditulis dalam kajian-kajian lepas yang anda temui contohnya seperti teori, permasalahan kajian dan apa sahaja yang dicatatkan dalam kajian lepas.
2. Tanya soalan – bagaimana kajian tersebut dilakukan.
- Dalam hal ini, anda kena memainkan peranan dengan cuba bertanya soalan bagaimana kajian dalam tesis tersebut dilakukan. Apa yang saya maksudkan adalah anda cuba melihat kaedah ataupun metodologi yang telah dilakukan dan digunakan oleh pengkaji-pengkaji dalam tesis-tesis sebelum anda.
- Apabila anda dah mula senaraikan soalan-soalan apakah kaedah yang diguanakan oleh pengkaji terdahulu, idea untuk anda melakukan LR juga akan muncul. InshaaAllah.
3. Membedah apa yang hilang dan kurang dalam kajian tersebut
- Setelah anda meneliti kesemua isi tesis-tesis yang dipilih menjadi rujukan anda, apa sahaja yang anda lihat kelompongan ataupun ruang kosong yang terdapat dalam tesis tersebut perlulah anda bedahnya. Cari tahu apa yang perlu di isi di bahagian kosong tersebut.
- Maka anda cuba membedah apa yang hilang, apa yang kurang dalam tesis-tesis sebelum anda. Pastinya tiada tesis yang lengkap seperti Holy Quran.
Maka, ingat terutamanya kepada bangsa postgrad bahawa LR tidak susah tapi anda yang menyusahkan diri dalam memahami serta mencatatkan LR untuk tesis anda. Ingat! Segala tips yang anda catat dan kumpul di buku nota tidak berguna jika anda tidak buat tindakan. Action speaks louder than words.
sumber foto: library UNSW
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, kongsikan pada yang lain dan dapatkan pelbagai tips menarik di channel Telegram Dr Roket.