fbpx Skip to main content
search
0

Ambang bulan kemerdekaan semakin menghampiri kita sebagai rakyat Malaysia.

Bulan Ogos adalah bulan keramat buat tanah air tercinta ini, kerana sangat memberi impak kepada kehidupan dan kebebasan generasi kini apabila kita diisytiharkan Merdeka sejak 63 tahun lalu. Dengan kemerdekaan ini, kita berpeluang mengecapi segala bentuk kenikmatan sebaiknya bagi meningkatkan kemaslahatan dan taraf hidup.

Anak merdeka sangat bertuah memperolehi nikmat kemerdekaan, dan generasi yang merdeka sudah pasti lebih berpendidikan tinggi dan terbuka mindanya. Kerana hanya dengan pendidikan, kita akan lebih memahami dan menghargai erti kebebasan kini.

Buat bangsa Posgrad, kebebasan tesis adalah yang paling dinanti-nantikan semua. Namun begitu, ayuh kita fahami kebebasan asasi terlebih dahulu agar mudah mencapai kebebasan lain yang kita impikan.

Kebebasan diri.

Generasi merdeka kini berpeluang mengembangkan potensi diri dan mencapai cita-cita yang diimpikan tanpa kongkongan mana-mana pihak. Setiap daripada kita boleh bermimpi setinggi mungkin dan bebas menjadikan ia sebagai suatu kenyataan, hasil usaha dan tindakan yang betul. Tidak kira usia, bangsa dan agama, tiada lagi diskrimninasi yang mengancam kebebasan individu.

Kemerdekaan tanah air telah membawa sinar harapan terhadap pendidikan anak bangsa sehingga kini. Bidang pendidikan menjadi elemen terpenting bagi memastikan kejayaan dan pembangunan berterusan tanah air daripada segenap aspek seperti ekonomi, sosiobudaya dan pembangunan insaniah agar kita menjadi masyarakat berminda  kelas pertama.

Generasi merdeka berhak mendapatkan pendidikan sewajarnya.

Sama sekali kita tidak boleh mendiskriminasi mana- mana rakyat Malaysia berdarsarkan agama, kaum, ketrurunan dan kaum kerana inilah keistimewaan kita bergelar anak merdeka. Kita semua sebagai warganegara adalah sama sahaja di sisi undang-undang dan berhak mendapatkan peluang yang sama rata dibawah perlembagaan negara.

Begitu juga kebebasan tesis anda!

Waha bangsa posgrad, anda bebas memilih sama ada untuk memperlahankan atau melajukan penulisan tesis anda sepanjang perjalanan Master PhD anda. Pakar pengurusan Master PhD Tanah Air, Dr. Roket bersedia membantu dan meninggalkan impak luar biasa terhadap tesis anda bagi impian GOT dan GBT anda.

“Kemampuan untuk mempromosi dan menulis daripada idea sumber peribadi kita”

Satu- satunya definisi kebebasan tesis buat bangsa Posgrad khas daripada Dr. Roket, bakal membuka mata kita bahawa ianya tidak mustahil buat sesiapa pun untuk mendapatkannya. Sebelum itu, perbetulkanlah niat menyambung pengajian kerana Allah Ta’ala.

Tiap azam, tindakan dan proses yang kita lalui bersama Dr. Roket hanyalah untuk mendapatkan perhatian Allah Ta’ala. Insyaallah semua tindakan akan diterima disisi Allah Ta’ala.

Bak kata-kata Dr. Roket:

“Erti hidup ialah jika Allah Ta’ala menerima amalan kita”.

Oleh itu, marilah menyertai seminar Pengurusan Master PhD bersama Dr. Roket, agar anda tahu tujuan sebenar pengajian beserta tindakan yang betul.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x