Hendak menyandang jawatan kerjaya yang diidamkan.
Berhasrat menunaikan impian ibu ayah dan keluarga.
Mencabar kemampuan diri didalam dunia akademik.
Apabila kami bertanya kepada Platinum Dr. Roket tentang tujuan mereka menyambung pengajian, ini antara jawapan yang selalunya mereka kongsikan. Ya, tiap sesuatu bermula dengan impian dan cita-cita sebelum bermulanya langkah pertama, dan impian hanya akan bergelar impian selagi mana mereka belum mencapai kebebasan tesis.
Sememangnya ini bukan suatu perkara yang mudah bagi mencapai anugerah akademik tertinggi di seluruh dunia, yang disegani oleh semua masyarakat, bergelar doktor PhD.
Dr. Roket, satu- satunya guru pengurusan Master PhD yang berjaya menghuraikan erti kebebasan tesis didalam dunia master PhD abad kini;
“Kemampuan untuk mempromosikan, untuk menulis daripada idea sumber-sumber peribadi”.
Pengertian yang ringkas dan padat ini, sudah pasti membuka dimensi baru kepada corak pemikiran pelajar Master PhD masa kini. Jika sebelum ini mereka hanya fokus kepada penulisan semata- mata, bergantung kepada ‘Research Methodology’ dalam kajian dan penulisan tesis tanpa memberi peluang minda mereka mencuba kaedah dari sudut berbeza.
Ibarat belajar berjalan, semua orang faham berjalan menggunakan dua kaki, namun bukan semua orang tahu cara berjalan dengan kemas, tegap dan teratur yang sebenarnya menentukan potensi seseorang dan membuka peluang kejayaan mereka.
Begitu juga dalam penulisan Master PhD, ramai tahu mereka perlu terus menulis bagi meghasilkan draft demi draft, namun bukan semua orang yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan tesis yang sentiasa berada di atas trek yang betul.
Kebolehan inilah yang menetukan kemampuan seseorang bangsa posgrad mendapatkan kebebasan tesis dalam erti kata sebenar, kerana semuanya bermula daripada keupayaan.
Keupayaan atau ‘ability’ ini terhasil daripada ‘energy’ atau tenaga yang ada dalam diri individu dan dikeluarkan dalam bentuk yang memberi impak luar biasa kepada tesis mereka.
Dr. Roket sendiri menekankan bahawa “tenaga kita datang daripada apa yang kita baca, lihat, dengar dan rasai. Semua ini bermula dari pergerakkan dan tindakan kita sendiri”.
Bersama Dr. Roket, mereka sentiasa komited mendengar, melihat dan berkata-kata perkara yang baik sahaja, mereka konsisten menonton FB Page Live Morning Doc setiap pagi bagi menyerap tenaga yang membantu perjalanan Master PhD mereka.
Ini ibarat vitamin minda dan ‘sarapan pagi’ bangsa Posgrad untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat melalui perjalanan Master PhD bersama circle group yang positif.
Inilah yang menentukan tahap ‘energy’ dan sumber tenaga utama mereka bersama Dr. Roket, mentor yang terbukti berkesan dan memberi makna dalam kehidupan seluruhnya.
Semestinya selepas itu, mereka perlu melakukan tindakkan yang tepat untuk mendapatkan kebebasan tesis. Tindakkan yang tepat adalah yang meliputi aspek fizikal, spiritual dan corak pemikiran yang positif, ibarat satu bangunan yang memerlukan antara satu sama lain bagi fungsi yang optima.
Seperti result yang dibuktikan sendiri oleh Platinum Dr. Roket, yang mana mereka berhasil menambah baik pengurusan kehidupan harian bersama penulisan tesis yang memberasangkan setiap hari.
Tindakan daripada tenaga positif inilah yang membezakan peluang mereka GOT dan GBT.
Tindakan Fizikal, Rohani dan Minda Untuk Kebebasan Tesis.
Proses inilah yang sedang dilalui oleh Platinum Dr. Roket sejak enam bulan bersama-sama circle group yang positif, proses yang tepat dan mentor yang sentiasa memerhatikan perkembangan tesis dan kehidupan mereka.
Draft demi draft yang mereka hasilkan setiap hari, perubahan cara hidup yang lebih bermakna dan pujian daripada SV terhadap kajian mereka yang dikongsi didalam FB Page Dr. Roket, bukti keberkesanan formula R.O.K.E.T sejak 2016 terhadap hampir 5000 pelajar Master PhD hingga kini.
Sungguh luar biasa komitmen mereka bersama Dr. Roket, Subhanallah!
Dr. Roket memahami bahawa ketahanan diri dan konsisten yang tinggi bagi mengekalkan tenaga ini adalah tidak mudah. Justeru, sejak awal penyertaan mereka bersama Dr. Roket didalam seminar Nak Ubah Tesis, corak pemikiran mereka akan berubah bahawa tesis itu mudah dan menyahkan segala anasir negatif dalam minda mereka.
Dr. Roket percaya, tiap tindakan memerlukan corak pemikiran yang selari dan sesuai dengan teknik dan sasaran, begitu juga bangsa Posgrad yang perlu meningkatkan keupayaan minda dan pemahaman mereka menerima dan mempelajari perkara- perkara baru, sesuai dengan gelaran akademik tertinggi yang bakal mereka terima kelak.
Berani bertindak dan buktikan kemampuan anda wahai bangsa Posgrad!
Dr. Roket bersedia membantu anda mencapai impian-impian master PhD. Besarkan jiwa anda dan tinggikan sasaran anda dengan mengikuti proses yang disediakan bersama Dr. Roket. Bermula daripada seminar NUT sehingga program Professorship, anda bebas tentukan tahap kejayaan hidup. Hubungi kami segera: