fbpx Skip to main content
search
0

Ramai pelajar Master PhD mengalami cabaran ketika pengajian mereka tidaklah kisahlah cabaran yang dihadapi itu adalah dari segi cabaran kesihatan, cabaran kehidupan, cabaran penulisan ataupun cabaran lain. Bagi Cik Puan Nor Izana Mohammed Shobr pula beliau hadapi cabaran PhD dari segi penulisan. Susah tu cabaran beliau kan, macam mana nak siap PhD kalau tak menulis tesis. Betul ke betul apa saya cakap ni? Jom kita telusuri lagi kisah perjalanan PhD Cik Puan Izana.

Cik Puan Izana merupakan pelajar PhD in Design & Built Environment. Beliau telah menyambung Pendidikan PhD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak. “Selama setahun setengah saya tidak menulis tesis” kongsi beliau. Cabaran tidak menulis tesis yang beliua maksudkan adalah memang zero pages. Yes, memang beliau tidak membuat 1 muka surat pun tesis beliau dan itu sememangnya adalah cabaran besar dalam PhD beliau.

Malah bukan itu sahaja, dalam masa setahun tu jugalah tajuk kajian pelajar UiTM ini selalu berubah-ubah. Tajuk kajian adalah benda yang teramat penting dalam PhD, hal ini kerana jika tidak mempunyai tajuk kajian yang ditetapkan bagaimana nak mulakan sesuatu kajian. “Hidup saya huru hara selepas sambung belajar” itulah ayat yang keluar dari mulut Cik Puan Izana saat menggambarkan perjalanan PhD beliau yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Perubahan sikap juga turut di alami oleh Cik Puan Izana dalam tempoh pengajian PhD beliau. Beliau mengatakan yang beliau menjadi seorang yang negative dan selalu marah-marah. Sikap negatif ini adalah berbahaya kepada prestasi PhD anda kerana jika emosi tidak stabil akan mendorong kepada tekanan dan kemerosotan prestas PhD.

Pertemuan bersama Dr Roket menjadi turning point kepada Cik Puan Izana. Jika sebelum ini kajian beliau sering berubah-ubah namun dengan pendedahan dan ilmu pengurusan tesis setelah join seminar Dr. Roket, Cik Puan Izana mempunyai tajuk kajian yang betul. Malah dalam masa setahun beliau telah memulakan data collection. Dan, kini beliau sedang dalam proses data analisis.

Bermula dengan hanya 0 muka surat, dan setelah berjumpa Dr. Roket kini beliau sedang dalam deraf yang ke 10 dengan 327 muka surat. Pencapaian Cik Puan Izana merupakan satu tindakan yang betul, yang telah beliau lakukan dalam perjalanan PhD beliau. Bagi pembaca diluar sana, yang merasakan anda menghadapi cabaran sama seperti Cik Puan Izana, tindakan yang betul dan segera perlu anda lakukan. Bak kata Cik Puan Izana, ‘Jangan fikir lama-lama. Bertindak dengan segera, jadikan PhD dull anda kepada PhD done.’

Disclaimer: Penulisan ini dibuat berdasarkan Video Rakaman yang dilakukan oleh Cik Puan Izana pada awal tahun ini


Seminar Nak Ubah Tesis bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021, pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan tiket dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x