fbpx Skip to main content
search
0

“Proposal defense saya sampai 7 kali kena REJECT!”  kongsi Sharifah Noorhidayah Bt Syed Aziz yang menceritakan antara cabaran pahit beliau dalam proses menyiapkan tesis. Beliau juga merupakan pelajar yang sedang melanjutkan pengajian PhD nya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain itu, beliau juga merasakan PhD itu sesuatu yang sukar kerana sepanjang waktu tersebut beliau hanya berada di dalam ‘lonely planet’ beliau sahaja. Ini kerana, beliau tidak mempunyai networking dan juga engagement bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. “Kawan surface itu adalah, tetapi saya tidak pasti bagaimana untuk mendekatkan diri bersama mereka dan juga tidak tahu samaada mereka boleh bantu kita atau tidak…?

“Saya juga rasakan PhD itu susah kerana saya tiada ilmu, memang zero knowledge…sampaikan nak menulis pun rasa tidak pandai.  Sehinggakan semasa membuat proposal defense, saya di reject sampai 7 kali malah panel pula kata bahawa proposal tersebut belum capai level PhD lagi. Jadi saya kena re-do berkali-kali dan menyebabkan saya down, bila dah settle proposal defense tu kita suka lah! Tapi yang tak bestnya selepas itu tesis saya mula lah HANYUTTT!  Sebab masa itu, kita sibuk nak collect data jadi tesis memang meninggal” ujar beliau.

Disebabkan tidak larat nak bela biawak yang terlampau banyak, Sharifah telah bertemu dengan program Dr Roket dan Alhamdulilah telah menjadi salah seorang Platinum. “Bermula dengan program NUT, banyak sangat magik yang terjadi. Ilmu NUT yang Dr share, bagi saya sangat bermakna & powerful!” kata beliau selepas merasai perubahan dalam hidupnya kerana sebelum ini beliau gemar belajar tengah malam dan tidur lewat tapi tesis masih stuck.

Jadinya apabila beliau menyertai NUT, beliau langsung tidak menyangka yang beliau mampu konsisten untuk bangun 4 pagi setiap hari. “Best sangat! Kita sebenarnya mengikut fitrah yang Allah beri pada kita, sememangnya malam untuk berehat dan siang untuk bekerja” katanya.

Menurut beliau sejurus sahaja berada di dalam circle group Platinum, ianya tidak lagi seperti berada dalam lonely planet. Malah lagi ramai rakan-rakan yang support dan mendoakan. “Ramai yang membantu untuk bagi idea, bantu carikan tesis adik beradik dan artikel journal…mereka willing nak tolong  tambah-tambah bila kita ada CRMP yang hebat-hebat! Allahuakbar”.

Selepas melalui proses ini beliau telah lihat perubahan yang berlaku kepada diri beliau sendiri apabila telah berjumpa dengan SV setiap minggu. Kini, beliau juga telah berada di deraf yang ke 12. Siapa sangka daripada tesis tak bergerak sekarang dah beranak! Alhamdullilah.

“Saya sarankan kepada kawan-kawan di luar sana terutamanya postgrad yang masih dibelengu cabaran dan masalah, datanglah belajar dengan hati yang terbuka. Terima ilmu yang diajar oleh Dr dan yang paling penting kita amalkan tersebut sebaik mungkin!” katanya.


Seminar Nak Ubah Tesis bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021, pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan tiket dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x