fbpx Skip to main content
search
0

Seminar Virtual Nak Ubah Tesis (NUT) antara seminar terbesar tahunan Dr. Roket, yang menjadi penantian ramai bangsa Posgrad di luar sana. Ini kerana, formula serta input yang terkandung didalam NUT sungguh luar biasa sehingga mampu mengubah mind set para pesertanya, biarpun baru pertama kali mengenali Dr. Roket. Ini antara perkongsian Platinum Dr. Roket, Puan Noryl Jamil tentang impak besar beliau sertai NUT terhadap semangat Viva-nya kelak:

“Saja nak share apa saya rasa dalam beberapa hari ini. Saya mulakan cerita selepas saya berjaya hantar tesis ke IPS USM dan sekarang saya menunggu untuk VIVA. Syukur sangat selepas dapat hantar deraf terakhir tersebut, banyak kali saya buat sujud syukur. Syukur ya Allah. Bertambah lagi sahabat platinum saya yang turut berjaya hantar final draf beliau juga pada masa itu. Kami berdua dapat mencapai target kami dalam masa yang ditetapkan dan alhamdulillah tidak perlu lagi bayar yuran pengajian.  Alhamdulillah rasa sangat bahagia. Selepas semua ini selesai saya katakan pada diri saya, saya nak berehat selama dua hari sebelum memulakan semula perjuangan untuk persediaan Viva. Lagipun hampir 3 bulan saya telah bertungkus lumus menyiapkan tesis sambil memenuhi tanggungjawab sebagai seorang tenaga kerja di UPSI. Namun sesuatu berlaku di luar jangkaan saya, rupanya saya bukan hanya berehat selama 2 hari tetapi menjangkau ke 3 minggu saya tiba-tiba menjadi buntu dan momentum saya memang ke laut pada ketika itu. NaUzubillah. Sedih sangat.

 

Saya sedar akan perkara ini, tetapi saya jadi buntu di mana patut saya mulakan semula. Saya cuba juga menghubungi sahabat lain yang sudahpun menjalani VIVA mereka tetapi nasihat dan tips yang diberikan tidak mampu mengerakkan semula semangat dan momentum saya. Saya berdoa, “Ya Allah apakah dosa aku sehingga aku macam ini sekali, jatuh semula ke lubang yang sama seperti sebelum saya menyertai program Dr Roket”. Macam-macam saya rasa ketika ini. Sedih, takut risau semua ada. Tiba-tiba saya teringat NUT akan diadakah pada 2 April 2021. Terbit sedikit harapan dalam diri saya. Saya mula panjatkan doa pada Allah supaya recharge NUT kali ini akan kembalikan semula semangat dan momentum saya. Sungguh-sungguh saya berdoa. setiap hari setiap saat. Minta Allah bantu saya. Sebab saya rasa lost semula. Jadi NUT kali keempat saya ini sememangnya saya tunggu-tunggu dengan harapan yang sangat tinggi.

 

Allahuakbar. Alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur sangat, hari pertama saya menyertai NUT bermula jam 3.00 petang sehingga malam, saya menangis sangat teruk. Saya menangis kesyukuran kerana saya merasakan semangat saya menyertai NUT kali ini seperti kali pertama. Bukannya seperti peserta recharge. SubhanaAllah, saya bersyukur sangat dengan apa yang saya rasa ketika itu. Magik sangat saya rasa kerana selesai NUT 3 hari saya berjaya menghasilkan 14 slides untuk VIVA, sedangkan sebelum itu saya kabur tidak tahu nak buat apa sebenarnya walaupun banyak tips yang sahabat kongsikan. Allah menangis lagi saya. NUT kali ini sangat bermakna buat saya. Terima kasih Dr. Roket benarkan saya recharge NUT. terima kasih Tim 2M World. Syurga tertinggi Allah buat kalian. Amin.

 

Semangat dan momentum ini tidak habis di sini saja. Sangat saya tidak menduga Dr. Roket akan buat zoom online bersama platinum premier pada malam Isnin tempoh hari. Sehari setelah selesai NUT. Saya kira inilah kemuncak saya dapatkan semula semangat, momentum, TTB saya. Tugasan Dr. Roket tentang fikirkan apa kekuatan kamu sepanjang kamu telah menyertai program Dr. Roket ini benar-benar memberi kesan kepada diri saya. Sebelum tidur malam itu, saya cuba memikirkan apa kekuatan saya sebenarnya. Fikir punya fikir akhirnya tertidur tanpa jawapan. HAHAHA..Subhanallah keesokan paginya saya terjaga dari tidur, Allah lintaskan jawapan kepada apa yang saya fikirkan malam tadi. Saya dapat jawapan apa sebenarnya kekuatan saya sehingga saya mampu hasilkan draf demi draf, sehingga dapat hantar final draf untuk VIVA dalam tempoh yang saya telah letak target. Jawapannya hanya satu, saya sedar dan saya sangat percaya pada masa itu saya ada NAK YANG SANGAT TINGGI untuk capai BIG WHY saya pada masa itu, iaitu saya TIDAK PERLU LAGI BAYAR YURAN PENGAJIAN. Allah menangis lagi saya pagi itu. Syukur ya Allah.

Impaknya semua ini pada saya sekarang, saya dapat AHA yang cukup besar dan sangat bermakna, saya letakkan BIG WHY saya yang baru (alhamdulilah dah jumpa) untuk bina NAK YANG SANGAT TINGGI semula untuk saya siapkan persediaan VIVA saya. Alhamdulillah.

 

Akhir kalam, terima kasih Allah, terima kasih Dr. Roket, Terima kasih tim 2 M world, terima kasih CRMP Dr. Shikin, terima kasih sahabat platinum. Saya yakin semua ini atas doa-doa kalian semua untuk saya. Saya mohon doa semua semoga saya dapat VIVA dengan cepat dan VIVILIOUS without correction. Amin.”

Klik disini untuk mendapatkan info seminar Nak Ubah Tesis (NUT) yang akan berlangsung tidak lama lagi >> http://t.me/drroket .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x