fbpx Skip to main content
search
0

Amalan dan ibadah Mukmin adalah paling bermakna ketika masuknya bulan Ramadhan Mubarak yang mulia ini, khasnya buat bangsa posgrad dan umat Islam umumnya. Disini, Dr. Roket kongsikan lapan amalan yang dianjurkan pada bulan Ramadhan, istimewa sempena kehadiran bulan keampunan ini. Semoga perkongsian ini memberikan seribu satu rahmat kepada kita yang mengamalkan dan menyebarkan kebaikan ini!

  1. Solat Fardhu dan Solat Sunat

Jangan pernah tinggal solat Fardhu lima waktu sehari semalam, kerana puasa ibadah kita akan menjadi sia-sia. Disamping itu, bagi menambahkan keberkatan Ramadhan, maka perbanyakkanlah solat sunat seperti solat Tarawih, Witir, Taubat dan sebagainya agar ini dapat menampung kesempurnaan ibadah wajib kita.

 

  1. Memperbanyakkan Berdoa Kepada Allah Ta’ala

Bulan Ramadhan adalah waktu yang mustajab buat kaum Muslimin dan Muslimat berdoa. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesungguhya bagi orang yang berpuasa itu ketika hendak berbuka lalu dia berdoa, sesungguhnya doanya tidak akan ditolak “. (HR Ibnu Majah)

 

  1. Bersedekah dan Memberi Makanan Kepada Orang Berbuka

Inilah bulan terbaik untuk kita berkongsi rezeki sesama umat Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berbuka puasa, maka bagimya pahala seperti orang yang bepuasa tersebut, tanpa mengurangi  sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

 

  1. Menghidupkan 2/3 Malam Terakhir

Sesungguhnya kemuliaan seorang Muslim terletak pada Tahajudnya, perbanyakkanlah Tahajud pada 2/3 malam terakhir Ramadhan bagi menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Daripada ‘Aisyah R.A, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya, dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih Al-Bukhari)

 

  1. Tadabbur Al-Qur’an

Al-Quranul karim telah diturunkan pada bulan Ramadhan. Al-Quran adalah wahyu daripada Allah Ta’ala, sebagai petunjuk dan amalan buat umat Islam, melalui cara bertilawah dan bertadabbur. Tadabbur ialah berfikir dan mengamati ayat-ayat Al-Quran untuk memahaminya, serta menangkapi makna-maknanya , hukum-hukumnya dan maksud yang dikehendakinya.

 

  1. Saling Mengingatkan Kepada Kebaikan

Puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi juga mengawal nafsu daripada melakukan perkara keburukan. Dengan adanya media sosial pada hari ini, kita cenderung menyebarkan berita yang diketahui kebenarannya. Dengan itu, bagi mengambil keberkatan Ramadhan sama-samalah kita saling Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Tidak kira apa sahaja medium yang kita gunakan, pastikan ia bertujuan mengingatkan kebaikan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya. Maka Allah Ta’ala sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya”. (HR Bukhari)

 

  1. Jangan Lupa Bersahur

Bersahur bukan sahaja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Ambillah keberkatan dan Sunnah berpuasa melalui pengambilan sahur, iaitu dengan makan dan minum sekadarnya sebelum masuknya waktu Subuh.

Rasulullah SAW bersabda; “Bersahurlah kalian, kerana pada sahur itu terdapat keberkatan”. (HR Bukhari)

 

  1. Menyegerakan Berbuka

Ini tentunya salah satu sunnah yang mudah untuk kita lakukan. Jangan lupa berniat untuk menyegerakan berbuka kerana ianya adalah satu amalan sunnah. Sesungguhnya waktu berbuka puasa adalah suatu kegembiraan buat mereka yang seharian suntuk telah menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Oleh itu, segerakanlah berbuka puasa, seperti sabda baginda SAW melalui sebuah hadis:

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka”. (HR  Bukhari dan Muslim)

Dalam kesibukkan tugasan harian dan rutin kehidupan kita yang padat dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing, kadang kala membuatkan kita terlupa akan amalan-amalan ini. Oleh yang demikian, buatlah satu checklist amalan harian kita ketika Ramadhan, supaya kita menjadi lebih bersemangat dalam beribadah kepada-Nya.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x