fbpx Skip to main content
search
0

Baru-baru ini satu wabak merbahaya telah dikenal pasti mengancam nyawa manusia di seluruh dunia. Wabak Coronavirus atau Covid-19 telah menakutkan semua lapisan masyarakat, tidak kira yang muda mahupun yang tua kerana boleh meragut nyawa melalui jangkitan sistem pernafasan. Atas dasar ketakutan terhadap wabak ini kerana kadar kebolehjangkitan yang tinggi, seluruh dunia mula memerintahkan sistem ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan.

Perintah berkurung pertama kali didalam sejarah negara ini, turut meninggalkan seribu satu pengalaman buat rakyatnya. Ada diantara kita mampu menyahut perintah kerajaan ini dengan baik, namun ada juga yang tidak mampu beradaptasi dengan norma baru ini. Ada sahaja rungutan, laporan dan kejadian tidak diingini seperti masalah mental, isu kekeluargaan dan salah laku siber yang menjadi perhatian kita. Yang paling utama, mahukah kita terus beralasan norma baru penyebab kemunduran diri kita?

PKP Bukan Batu Penghalang Kemajuan Diri.

Usah jadikan fasa PKP ini alasan kita berdiam diri tanpa sebarang usaha. Biarpun terkongkong dari sudut pergerakkan fizikal, namun minda dan motivasi diri tidaklah terbatas menggapai kemajuan diri. Usaha berlandaskan tindakan-tindakan betul yang mengikut kesesuaian masa dan keadaan tetap perlu kita lakukan, sesuai dengan gelaran khalifah dan hamba di muka bumi ini. Kerana Allah Ta’ala telah berfirman: Sesungguhnya aku tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah sendiri apa yang ada pada diri mereka.

Jika sebelum ini anda seorang yang bekerjaya tinggi dan stabil, jadikan PKP sebagai ruang anda meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui wasilah ilmu dan perbincangan di alam maya. Tanamkan azam berkhidmat lebih baik dengan meningkatkan kualiti diri sebagai pekerja, biarpun tidak berpeluang berkhidmat seperti Para Barisan Hadapan kerana pandemik. Buat usahawan di luar sana, rangkalah dan aturlah semula strategik perniagaan agar lebih relevan dan mengikut keperluan semasa, seperti online platform.

Jika anda bergelar pelajar, penangguhan sesi pembelajaran adalah peluang untuk mengulang kaji dan menelaah bahan rujukan dengan lebih tekun di rumah. Perbanyakkan latih tubi dan bertanya guru-guru secara di alam maya untuk lebih kefahaman seterusnya menguasai pengajian dengan cemerlang. Buat penuntut di Institusi Pengajian Tinggi, penuhi masa yang ada untuk meroketkan tesis dan kajian anda dengan penulisan deraf demi deraf. Jimatkan wang, tenaga dan masa anda menyiapkan tesis dengan bimbingan mentor yang tepat.

Peranan sebagai ahli keluarga perlu menjadi keutamaan ketika ‘Stay at Home’. Anak- anak gunakanlah masa bersama ibubapa di rumah, untuk meringankan beban mereka, berbakti dan taat kepada permintaan mereka. Ibu bapa pula berusaha menjadi contoh teladan terbaik buat anak-anak di rumah melalui kata-kata, tindakan dan didikan mengikut acuan yang betul. Rumah merupakan Madrasah pertama anak- anak, teladanilah tarbiah Rasulullah SAW .

Jelas melalui penerangan sebentar tadi, perintah berkurung bukan alasan mengekang usaha kemajuan diri. Beradaptasilah dengan keadaan semasa agar kita tidak ketinggalan didalam kehidupan. Peluang untuk berjaya sentiasa terbuka sebenarnya, asalkan anda mengoptimakan potensi diri dengan bijak!

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x