Jika sebelum ini, kisah kejayaan Puan Faten Najwa menjadi Patinum X Dr. Roket menjadi inspirasi ramai kerana tekad beliau yang sungguh luar biasa walaupun hampir gagal berkali-kali. Kini, Puan Faten Najwa sendiri membuktikan keberkesanan Platinum X melalui RESULT yang beliau sendiri hasilkan.
Jika sebelum ini, sewaktu permulaan diterima menjadi Platinum X beliau hanya mampu menghasilkan satu draft. Namun, hanya dua minggu selepas itu beliau telah berjaya menyiapkan draft yang ke-4, Subhanallah!
“Untuk makluman, saya diterima sebagai Platinum X secara rasminya pada 14 Julai 2020 setelah melalui proses yang telah ditetapkan oleh Dr. Roket dan tim. Hari ini genap 2 minggu saya sebagai Platinum dan alhamdulillah saya kini sedang menulis draft keempat.
Tidak pernah terbayang boleh tulis sebegini laju dan konsisten, terima kasih Dr. Roket”, Puan Faten Najwa dari United Kingdom, menyampaikan perkembangan terbaru beliau ketika dihubungi oleh tim Dr. Roket.
Puan Faten Najwa yang kini sedang menyambung PhD dalam bidang Pendidikan di Universiti Sheffield United Kingdom, menyasarkan untuk menghantar notis 3 bulan Viva pada September tahun ini.
Meskipun berada dalam zon masa dan tempat yang berbeza dengan Malaysia, ini tidak menghalang beliau untuk terus komited 100% bersama circle positif Dr. Roket di tanah air. Menjadi bangsa postgrad di luar negara sememangnya menghadapi cabaran yang berganda-ganda yang pastinya memerlukan emosi dan minda yang kuat.
Perlu berdaptasi dengan persekitaran baru, memahami budaya orang luar dan membuat kajian yang memenuhi silibus universiti antarabangsa, hanya mereka yang bertekad kuat dan mempunyai haluan yang jelas sahaja mampu mengharungi perjalanan PhD mereka sehingga ke jalan penamat.
Puan Faten Najwa bertuah kerana mendapat sokongan moral dan rohani didalam circle positif Dr. Roket walaupun jauh di perantauan, menjadikan beliau terus kuat mengharungi perjalanan PhD dengan mudah.
Meskipun tidak berpeluang berjumpa dengan rakan seperjuangan Platinum dalam program Vivalicious pada 18-19 Julai baru-baru ini kerana sedang melanjutkan pengajian di luar negara, beliau tetap mengikuti perkembangan dan memberi sokongan terhadap usaha mereka melalui Facebook.
“Subhanallah sangat luar biasa, berimpak dan penuh input bermanfaat untuk semua bangsa postgrad”, maklum balas positif Puan Faten dan pandangan jujurnya mengenai sesi Viva Platinum Dr. Roket baru-baru ini, meskipun tidak berpeluang menghadirinya.
Beliau yang pernah menghadiri seminar Nak Ubah Tesis pada 22 Mac lalu, menghadapi cabaran tersendiri sebelum berjumpa Dr. Roket. Ini kerana, sikap beliau yang suka bertangguh, tidak memiliki keyakinan terhadap diri sendiri dan pengurusan masa yang kurang teratur memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap dirinya, malah tesisnya.
Ini ditambah dengan pengetahuan beliau yang kurang terhadap bagaimana untuk memulakan penulisan tesis, draft serta tiada jadual penulisan yang jelas kerana belum menjumpai mentor dan proses yang tepat.
Selepas mendapat bimbingan daripada Dr. Roket, beliau mula memikirkan mengenai tesis dengan positif, mula mencari solusi terhadap pengurusan masa dengan menulis jadual harian menggunakan formula Dr. Roket. Beliau terus ‘trust the process’ dengan menyertai Research Intensive Clinic (RIC) pada Jun lalu.
Semenjak itu, beliau merasakan perubahan sangat ketara apabila beliau semakin serius dengan perkembangan tesis dan mula memiliki jadual untuk meluangkan masa khusus dalam penulisan iaitu pada 5-9 pagi. Ini menyebabkan tesis beliau bergerak sehingga 100% dan mula konsisten menulis pada tiap hari.
Thesis and Life Management.
Kehidupan beliau turut menjadi lebih baik, tenang dan semakin dengan Allah Ta’ala apabila beliau dapat bangun sebelum Subuh untuk bertahajjud, memulakan penulisan tesis dan menonton Morning Doc di fb live Dr. Roket. Beliau sangat bersyukur kerana memperolehi mentor, circle group dan proses yang betul bagi merealisasikan impian untuk menamatkan pengajian pada tahun ini.
Ini bagi membolehkan beliau mencapai cita-cita selepas bergelar Dr. kelak antaranya untuk memberi manfaat kepada ummah dengan sumbangan dan kepakaran beliau, menunaikan haji dan umrah bersama keluarga dan meneroka peluang pekerjaan yang diminatinya.
“Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kerana tidak pernah jemu membimbing kami Platinum. Dr. Roket seorang yang sangat komited dan penuh dedikasi, beliau adalah mentor yang terbaik. Saya doakan agar Dr. Roket dan tim dikurniakan syurga firdaus”, ucapan istimewa Puan Faten Najwa dari United Kingdom.
Beliau juga menyampaikan amanat dan saranan khas kepada bangsa Posgrad di luar sana;
“Kepada bangsa posgrad yang belum jadi student Dr. Roket, buatlah pilihan yang bijak. Hadirilah NUT dan mohonlah untuk menjadi Platinum.
Percayalah, menjadi ahli Platinum adalah satu tindakan paling bijak kerana hidup anda pasti tenang dan bebas keserabutan semasa dalam proses menulis tesis. Mengapa? kerana pertama dengan menjadi Platinum anda akan dibimbing seorang Mentor yang sangat berpengalaman, penuh dedikasi dan sangat bertanggungjawab.
Kedua, anda akan ada circle group yang positif yang sentiasa beri anda galakan dan sokongan untuk terus maju dalam Masters/PhD anda.
Ketiga, hidup anda jadi tersusun kerana anda akan pelajari cara menguruskan antara kehidupan dan tesis. Saya sedang mengalami perubahan-perubahan positif dalam hidup saya sejak menyertai Platinum dan saya harap ramai lagi posgrad akan sertai Platinum. Jangan biarkan diri anda dibelenggu keserabutan!”.
Rebut peluang menyertai Seminar Nak Ubah Tesis NUT pada 30 & 31 Ogos ini: https://wasap.my/60183998003/SAYAdaftarNUT.