fbpx Skip to main content
search
0

Bulan Zulhijjah, Bulan Pengorbanan.

Tiap tahun pada 11 Zulhijjah, umat Islam seluruh pelusuk bumi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Juga dikenali sebagai bulan haji, di mana insan yang terpilih dijemput Illahi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5, iaitu mengerjakan ibadah haji. Sungguh ini adalah suatu kesempatan yang begitu dinanti-nantikan oleh Muslimin dan Muslimat, yang begitu merindui menjejakkan kaki ke tanah suci.

Buat Muslimin dan Muslimat yang tidak berkesempatan, mereka akan mengambil peluang ini untuk menunaikan ibadah korban, bagi diri sendiri, keluarga mahupun sebagai sedekah jariah.

Ini mengingatkan kita bahawa tujuan kita diciptakan di muka bumi adalah untuk menjadi khalifah Allah Ta’ala, kedudukan yang paling paling tinggi darjatnya berbanding makhluk lain.

Pelbagai nikmat yang dikurniakan Allah Ta’ala kepada umat manusia agar kita semua dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya, dengan bimbingan Nabi-nabinya dan bersandarkan kitab suci Al-Quran.

Namun begitu, perlu kita ingat bahawa kadang-kadang nikmat yang kita terima, adalah salah satu bentuk ujian-Nya untuk menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya.

Pastinya kita memerlukan pengorbanan yang tinggi bagi menjalani ujian-Nya dengan berjaya, kerana ujian-Nya tidak dapat kita jangka sama sekali kapan masanya akan menerjah, yang memerlukan kesabaran, keimanan dan tindakan yang tepat.

Hal ini supaya kita menjadi antara insan yang terpilih, yang layak masuk ke syurga-Nya. Walaubagaimanapun, ini hanyalah salah satu bentuk usaha insaniyyah, yang mana akhirnya rahmat dan kasih sayang-Nya yang akan menentukan segala-galanya.

Hari Raya Korban membuktikan bahawa semua insan adalah sama sahaja di sisi Allah Ta’ala tanpa mengira darjat dan keturunan, kerana yang membezakan kita hanyalah amalan dan ketakwaan sebagai khalifah-Nya.

Memegang gelaran khalifah Allah Ta’ala, membuatkan kita semua tidak terkecuali dalam melakukan pengorbanan.  Berkorban disini tidak terbatas kepada haiwan sembelihan sahaja, tetapi juga dalam perkara harian dalam kehidupan ini bagi mencapai tujuan yang kita mahukan.

Berkorban masa daripada perkara sia-sia, berkorban emosi dan perasaan agar tidak terbuai-buai dalam angan-angan kosong, berkorban tenaga dengan beramal kebajikan dan banyak lagi bentuk pengorbanan yang perlu kita lakukan.

Kita tidak mampu melakukan semua pengorbanan ini tanpa bantuan-Nya. Oleh itu, jangan malu memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala dan berdoalah dengan doa yang terbaik.

Master PhD, Gelaran Ilmuwan Penuh Pengorbanan!

Buat bangsa posgrad, mohon dan pintalah kepada Allah Ta’ala untuk memperolehi syurga-Nya melalui wasilah ilmu dan pendidikan. Sebagai hamban-Nya yang lemah, kita disarankan untuk meminta hanya yang terbaik.

Antara langkah yang tepat adalah dengan memahaminya dan menjadi ahli ilmuwan, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala mengangkat darjat mereka yang berilmu.

Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mempertingkatkan ilmu sepanjang hayat, antara yang berkesan masa kini adalah dengan bergelar pelajar Master PhD.

Ini kerana, hanya di Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi yang menyediakan proses ilmu yang tepat dan berupaya membuat penilaian secara betul dan berkesan terhadap pencapaian akademik seseorang.

Demi mendapatkan sijil doktor falsafah dan akademik tertinggi, sudah pasti banyak pengorbanan yang kita lakukan terutama dari segi sikap. Ahli ilmuwan, doktor akademik dan para pendidik sebelum kita, ramai yang telah berkorban sikap ego dan angkuh, dan merendahkan hati kerana Allah Taa’ala dalam menyiapkan tugasan Master PhD.

Pada usia 20-30 an ketika rata-rata kita sedang berada di puncak kerjaya dan pencapaian hidup, mereka sebaliknya membuang ego untuk sambung belajar tanpa mengira usia muda mahupun tua, dengan keluar dari zon selesa dan masa muda kerana dahagakan ilmu-Nya yang Maha Luas.

Sepanjang perjalanan Master PhD, akan hadir pelbagai anasir negatif yang mengganggu fokus kita sebgai pelajar, antaranya bisikan syaitan dan pemikiran negatif yang membuatkan diri kita ragu-ragu untuk meneruskan perjalanan atau tidak.

Pentingnya kita memiliki niat yang betul beserta hati yang suci dengan membuang segala ego dan keladak diri, melalui istighfar, isti’azah dan amalan rohani yang konsisten.

Tinggalkanlah orang, suasana dan lingkungan yang tidak membina, kerana ini juga dikira sebagai pengorbanan diri kepada Allah Ta’ala, sepertimana Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah, bagi mendapatkan peluang yang lebih baik menyebarkan dakwah kepada manusia.

Namun begitu, kita hanyalah insan biasa yang tidak memiliki keistimewaan seperti para nabi. Jadi pentingnya kita sebagai ahli ilmu, untuk terus menunjukkan contoh teladan dan amalan yang baik agar mengalir pahala selagi mana diamalkan oleh mereka yang mengikutinya dan menambah bekalan pahala kita di dunia dan akhirat.

Sepertimana kesanggupan Nabi Ibrahim AS & Nabi Ismail AS kehilangan waris dan mengorbankan nyawa kerana Allah, yang telah menjadi syariat korban dan mengalir pahala pengorbanan baginda AS sehingga kini.

Impak Nabi Ibrahim mematuhi mimpi yang merupakan wahyu daripada Allah Ta’ala, maka berlakulah pensyariatan korban, yang boleh kita contohi dengan berani bergelar bangsa Posgrad dan mematuhi proses ilmu yang benar.

Merendah dirilah sebagai hamba-Nya. Rendahkanlah hati menuntut ilmu-nya dan berkorbanlah di jalan-Nya. Insyaallah, mudah untuk kita mendapatkan syurga-Nya melalui wasilah Ilmu dan pengorbanan kelak!

Dr. Roket memahami pengorbanan penuntut ilmu, sertai virtual seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 30-31 Ogos ini.

Klik sini untuk join:

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x