Menjadi bangsa Posgrad adalah suatu perjalanan menuntut ilmu yang pastinya memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Sesuai dengan gelaran penuntut ilmu yang tinggi darjatnya, bukan semua insan mampu melalui perjalanan Master PhD dengan jayanya. Sering kali kita mendengar pelajar Master PhD yang terkandas di pertengahan jalan, atas pelbagai faktor dan kekangan yang menjadi alasan.
Hanya berbekalkan mindset dan emosi yang kuat sahaja, mereka akan berjaya Graduate On Time dan Graduate Before Time. Inilah yang dirasakan Platinum Dr. Roket, Puan Nur Liyana Sulaiman apabila penyelia beliau berpuas hati dengan perkembangan positif penulisan tesis beliau yang mudah dibaca dan difahami, seterusnya membuka peluang beliau untuk viva tidak lama lagi. Sungguh, pencapaian ini yang dinanti-nantikan beliau selepas hampir lemas dalam lautan PhD semenjak tahun 2012.
“Alhamdulillah, sepanjang saya bersama Dr. Roket, saya dapat result progress dari SV”, mesej kesyukuran yang dihantar kepada Dr. Roket oleh Puan Nur Liyana Sulaiman, pelajar PhD Software Engineering dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Hasil beliau mempercayai proses Dr. Roket, beliau berjaya memperolehi markah penuh 10/10 penaksiran yang cemerlang daripada penyelia baru-baru ini. Ini seterusnya telah mengubah 360 darjah perspektif beliau sebelum ini bahawa PhD itu susah dan mustahil untuk ditamatkan.
Bijak mengawal emosi terutama ketika bersama penyelia, fokus kepada solusi dan sentiasa mengingati niat asal menyambung PhD, menjadi rahsia Puan Liyana mendapatkan markah yang tinggi pada semester pengajian selepas 6 bulan bersama mentor pengurusan Master PhD, Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri.
Puan Liyana merupakan salah seorang Platinum yang terpilih menyertai Bootcamps Vivalicious pada 18 & 19 Julai baru-baru ini, mengakui merasakan sendiri momentum yang luar biasa selepas program berakhir.
Beliau yang membentangkan Viva beliau pada giliran yang ke 27, sangat menghargai peluang membentangkan tesis di hadapan rakan seperjuangan semasa Vivaliscious dan menganggap ini sebagai satu pencapaian terbesar dirinya dalam minggu tersebut.
“Buat bangsa postgrad, tiada siapa yang boleh buat kerja luar biasa seperti Dr. Roket yang tanpa jemu-jemu menyedarkan bangsa postgrad. Ayuhlah bersama-sama kita ‘grow’ dan kekal dalam bimbingan Dr. Roket”, Puan Liyana memberi semangat kepada Platinum Dr. Roket.
Beliau kini menambah baik teknik pembentangan viva dan memperbaiki kesalahan yang terdapat didalam kajian bagi meningkatkan mutu penulisan tesis beliau pada masa hadapan.
Mengimbau kembali bulan Mei sebelum ini, impian Puan Liyana untuk menyiapkan draft tesis yang ke-12 dalam masa 4 hari telah menjadi kenyataan. Bagi mendapatkan RESULT yang diimpikan dan tidak menghampakan keluarga, beliau telah berdisiplin melalui proses bersama Dr. Roket dan menghantar laporan mingguan kepada Dr. Roket bagi memastikan usaha beliau sentiasa berada di landasan yang benar.
Menjadi harapan beliau melihat senyuman di wajah suami di samping anak-anak, menyebabkan beliau menambah baik tindakan beliau secara berganda-ganda dengan mematuhi tugasan yang diberikan semasa sesi zoom dan istiqamah menonton rancangan fb live Dr. Roket. Selepas menyertai Research Intensive Class pada Mac sebelum ini, beliau berjaya menghantar notis submission draft tesis kepada penyelia.
“Buat Dr. Roket, teruskan perjuanganmu, ramai bangsa postgrad yang masih alpa dan berada dalam ‘Gua’ ciptaan mereka. Setiap penulisan tesis para platinum Dr. Roket akan menjadi asbab kita semua ke syurga”, doa Puan Liyana kepada Dr. Roket.