fbpx Skip to main content
search
0

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Zaipah binti Ismail, PhD UTM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 30 Disember 2024 iaitu (Dr) Zaipah binti Ismail.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Zaipah atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalananan pengajian mereka.

NAMA:

(Dr) Zaipah binti Ismail.

BIDANG:

Pendidikan TVET.

UNIVERSITI:

Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

TAJUK KAJIAN:

Pembangunan Modul Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Inovatif Positif Berteraskan Pendekatan Integrasi Ilmu Spiritual Murid Sekolah Menengah.

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Madya. Dr. Aede Hatib bin Musta’amal @ Jamal.

2. Prof. Madya. Dr. Nornazira binti Suhairom.

3. Dr. Rohana binti Hamzah.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Berdasarkan kajian awal, proses pembelajaran RBT hanya menumpukan kepada peningkatan intelektual dan kemahiran, tetapi aspek pembangunan spiritual masih kurang diberi perhatian.

Oleh demikian, kajian lalu menunjukkan terdapat golongan murid yang terpelajar dan berkemahiran tetapi sukar membezakan antara yang baik dan buruk menyebabkan berlakunya aktiviti inovatif negatif.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pemikiran Inovatif Positif Berteraskan Pendekatan Integrasi Ilmu (PRBTIFII) bagi meningkatkan pemikiran inovatif positif murid Sekolah Menengah Kebangsaan.

Proses pengujian Modul PRBTIFII telah dapat dijalankan dengan jayanya. Hasil analisis kajian mendapati modul ini begitu berkesan digunakan bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan penghayatan serta amalan murid RBT tentang FPK, tanggungjawab sebagai hamba, tanggungjawab diri sendiri, tanggungjawaab terhadap sosial dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan pendekatan integrasi ilmu.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

• Kajian dijalankan di sekolah daerah dan negeri lain menggunakan sampel murid Tingkatan 1-3.
• Menghasilkan Modul PRBTIFII dengan membuat penambahbaikan aktiviti pada bab yang lain dalam mata pelajaran RBT.

Terima kasih kepada (Dr) Zaipah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x