Pernah tak, kita sampai hujung tahun dan rasa macam,
”Eh, dah Disember? Apa yang aku dah capai tahun ni?
Sibuk sangat kerja tu, belajar PhD, urus keluarga. Kadang-kadang kita lupa berhenti sejenak. Padahal, masa untuk “pause” ni sangat penting.
Kenapa? Sebab inilah masanya otak kita perlu buat “reset”!
Saya belanja kajian oleh Dr. Marc Berman (University of Chicago), masa reflektif di hujung tahun membantu otak kita.
1. Pemulihan mental! Lepaskan tekanan. Kita tak boleh asyik berjalan tanpa rehat.
2. Penilaian diri! Apa yang berjaya tahun ini? Apa yang tak menjadi?
3. Perancangan strategik! Masa ini sesuai untuk susun matlamat baharu yang lebih fokus dan realistik.
Berapa lama masa untuk ‘Buffering’? Saya guna “Masa Buffering Dis”.
Kajian dalam jurnal “Psychological Science” mencadangkan tempoh 7-14 hari!
Cukup untuk:
1. Membetulkan perspektif diri.
2. Meningkatkan kreativiti.
3. Merancang masa depan dengan lebih jelas.
Jadi, ambil masa sekarang. Tidak perlu lama tetapi gunakan Disember ini untuk refleksi. Yes REFLECTION!
NAK BUAT APE?
Ini yang saya buat masa “buffering” :
1. Tulis Pencapaian Tahun Ini.
Ambil masa untuk “appreciate” apa yang telah dicapai, walaupun kecil. Tulis 3 perkara paling bermakna.
2. Refleksi Diri dengan Soalan Ini.
Apa yang saya banggakan? Apa perkara yang boleh saya perbaiki? Apa yang saya nak capai tahun depan?
3. Rancang 2025 dengan “SMART” Goals
SMART Goals bermaksud ‘ Specific’, ‘Measurable’, ‘Achievable’, ‘Relevant’ & ‘Time-bound’.
4. Bersyukur & Lepaskan Tekanan.
Kadang-kadang, bukan tentang apa yang kita belum capai, tapi bersyukur dengan yang kita sudah ada. Betul?
Dr. Martin Seligman, pelopor Positive Psychology, amalan bersyukur secara konsisten boleh meningkatkan tahap kebahagiaan sebanyak 25% dalam jangka masa panjang! (Seligman et al., 2005).
Refleksi (dibaca masa buffering) Bukan Lemah, Tapi Tanda Anda Bijak!
Hujung tahun adalah masa untuk menilai, memperbaiki, dan memulihkan. Kita bukan mesin, dan tanpa “pause” otak kita akan terbeban dan hilang fokus. Gunakan Disember ini untuk berhenti, tenangkan diri, dan mulakan 2025 dengan penuh makna.
Jika anda ada pengalaman refleksi yang menarik, kongsikan di ruangan komen. Cerita anda mungkin boleh jadi inspirasi kepada orang lain.
Saya selesai “masa buffering”! Ada senyum?
-Dr. Haji Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri-
Sumber feature image: wallpaperswide.com
Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.