fbpx Skip to main content
search
0

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Shahirah Hayati, PhD UKM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 21 Oktober 2024 iaitu (Dr) Shahirah Hayati binti Mohd Salleh.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Shahirah Hayati yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

(Dr) Shahirah Hayati binti Mohd Salleh.

BIDANG:

Kejuruteraan Awam & Struktur.

UNIVERSITI:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

TAJUK KAJIAN:

Tindak Balas Kelakuan Hidrodinamik dan Angkutan Endapan Muara Terhadap Aliran Sungai Ekstrem dan Kenaikan Aras Laut.

NAMA PENYELIA:

1. PM Ir Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar (UKM) (Main SV)

2. Lt Kol. Bersekutu (PA) PM Sr Dr Khairul Nizam Abdul Maulud (UKM) (Co-SV)

3. Ts Dr. Nuryazmeen Farhan Haron (UiTM) (Co-SV)

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian ini menganalisis dan meramal impak perubahan iklim (kenaikan aras laut, aliran sungai ekstrem dan gabungan) terhadap kelakuan hidrodinamik dan angkutan endapan muara serta perubahan morfologi dasar muara menggunakan analisis pemodelan berangka menggunakan TELEMAC2D.

Dapatan menunjukkan aliran sungai ekstrem dan gabungan amat mempengaruhi kelakukan halaju arus, julat pasang surut serta angkutan endapan yang seterusnya merubah morfologi muara dengan sangat ketara.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan:

1. Melihat impak tersebut kepada land used (masyarakat dan sekitarnya).

2. Input seperti storm surge boleh ditambah.

Terima kasih kepada (Dr) Shahirah Hayati atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x