KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Sazwani Daud, PhD UTM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 19 Disember 2025 iaitu Dr. Sazwani Daud.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Sazwani Daud atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

Dr. Nur Sazwani binti Daud.

BIDANG:

Biosains.

UNIVERSITI:

Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

NAMA PENYELIA:

1. Ts. Dr. Nor Zalina Othman (SV)

2. Dr. Nazrin Abd Aziz (Co-SV)

3. Dr. Muhamad Helmi Nadri (Co-SV)

TAJUK KAJIAN:

Optimization of Conditions of Solid-State Fermentation Using Spent Mushroom Substrate for Production of Gallic Acid and its Functional Characteristics.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian ini memfokuskan kepada pengoptimuman fermentasi keadaan pepejal menggunakan spent mushroom substrate (SMS) sebagai bahan mentah bagi menghasilkan sebatian bioaktif antifungal. Melalui inokulasi Paenibacillus polymyxa, kajian ini berjaya meningkatkan penghasilan asid galik yang menunjukkan aktiviti antifungal terhadap Fusarium oxysporum serta berpotensi merangsang gen pertahanan tanaman jagung.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Penyelidikan akan datang dicadangkan untuk mengenal pasti mekanisme molekul interaksi asid galik dengan patogen dan sistem pertahanan tanaman secara lebih terperinci. Selain itu, kajian berskala ladang, formulasi biofungisid yang lebih stabil, serta penerokaan sisa pertanian lain sebagai substrat fermentasi wajar dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehgunaan komersial.

Terima kasih kepada Dr. Sazwani Daud atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
BND Brunei dollar
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x