KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Ruziaton Hasim, PhD Uni Fatoni
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 17 Disember 2025 iaitu Dr. Ruziaton Hasim.
Jutaan tahniah diucapkan kepada bakal Doktor Falsafah, Dr. Ruziaton Hasim atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan keputusan CEMERLANG (MUMTAZ)!
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
Dr. Ruziaton binti Hasim.
BIDANG:
Pengajian Islam.
UNIVERSITI:
Universiti Fatoni, Thailand.
NAMA PENYELIA:
1. Asst. Professor Dr AbdulKarim Samaeng (SV)
2. Assoc. Professor Dr Akehsan Dahlan (Co-SV)
TAJUK KAJIAN:
Pembangunan dan Pengesahan Modul Intervensi Rangsangan Kognitif Berasaskan Nilai Islam (IRK-I) Bagi Meningkatkan Fungsi Kognitif Warga Emas Mengalami Demensia Ringan dan Sederhana di Malaysia.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan intervensi bukan ubat untuk warga emas demensia yang relevan dengan budaya dan nilai Islam. Walaupun CST berkesan, ia belum mengintegrasikan elemen spiritual Islam. Kajian ini telah membangunkan dan mengesahkan Modul IRK-I, iaitu intervensi rangsangan kognitif berasaskan nilai Islam untuk meningkatkan fungsi kognitif serta kesejahteraan warga emas demensia ringan dan sederhana di Malaysia.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA
1. Kajian rintis untuk menilai kebolehlaksanaan Modul IRK-I ke atas warga emas demensia ringan dan sederhana di satu premis pilihan.
2. Kajian untuk menilai keberkesanan modul IRK-I menggunakan kaedah rawak terkawal di lebih banyak premis.
3. Kajian longitudinal keberkesanan modul.
4. Kajian adaptasi modul untuk individual.
5. Kajian adaptasi modul untuk pra demensia.
6. Kajian adaptasi modul untuk kumpulan bukan Islam.
Terima kasih kepada Dr. Ruziaton Hasim atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













