fbpx Skip to main content
search
0

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Hidayah Anuar, PhD UKM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 25 November iaitu (Dr) Nurul Hidayah binti Anuar.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Hidayah Anuar yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

(Dr) Nurul Hidayah binti Anuar.

BIDANG:

Bimbingan dan Kaunseling.

UNIVERSITI:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

TAJUK KAJIAN:

Pengalaman Penjagaan Ibu Bapa Warga Emas oleh Anak Dewasa dan Keperluan Perkhidmatan Kaunseling.

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Madya Dr. Salleh Amat

2. Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Mahmud

 

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Situasi penurunan kadar kesuburan dan kadar kelahiran dengan ketara serta jangka hayat penduduk yang semakin meningkat menjadi punca utama Malaysia bakal mencapai status negara tua lebih awal menjelang tahun 2030.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu berkaitan kesan beban penjagaan warga emas dan konflik peranan yang boleh menggugat kesejahteraan kehidupan anak dewasa sebagai penjaga.

Hasil kajian diperoleh membuktikan bahawa kefahaman mendalaman tentang pengalaman penjagaan ibu bapa warga emas oleh anak dewasa serta penerokaan terhadap keperluan sokongan perkhidmatan kaunseling boleh membantu banyak pihak termasuklah kerajaan, institusi swasta, pembuat polisi, para kaunselor, anak dewasa dan ahli keluarga lain.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

i) Meneroka secara mendalam pengalaman penjagaan ibu bapa warga emas oleh anak dewasa dan keperluan perkhidmatan kaunseling daripada kumpulan etnik lain seperti Cina dan India.

ii) Meneroka pengalaman penjaga tidak formal lain seperti pasangan kepada warga emas yang dijaga/penjaga formal.

iii) Melaksanakan kajian menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dengan kuantitatif iaitu mixed-method.

Terima kasih kepada (Dr) Hidayah Anuar atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x