Skip to main content

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr.) Nailah binti Abas , PhD UM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 12 Jun 2025 iaitu (Dr.) Nailah binti Abas.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr.) Nailah Abas atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalananan pengajian mereka.

NAMA:

(Dr.) Nailah binti Abas.

BIDANG:

Humanities Religion.

UNIVERSITI:

Universiti Malaya (UM).

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Madya Dr. Muhammed b. Yusof.

TAJUK KAJIAN:

Masjid Berkebajikan di Daerah Kuala Langat Selangor: Kajian Terhadap Pelaksanaan dan Cabaran.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Statistik JAKIM tahun 2025 mencatatkan 6,852 masjid dan 18,389 surau di Malaysia. Namun, jumlah ini tidak menjamin keberkesanan fungsi masjid sebagai pusat kebajikan.

Antara cabaran utama ialah fungsi masjid yang terabai, kefahaman masyarakat yang rendah, pengurusan yang lemah, bantuan tidak menyeluruh, rekod tidak sistemik, dan komitmen AJK yang terbatas.

Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan masjid berkebajikan serta mengenal pasti cabaran pelaksanaannya, khususnya di daerah Kuala Langat, Selangor.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

1. Menjalankan kajian perbandingan di daerah lain = Pengkaji akan datang disarankan untuk meluaskan skop kajian ke daerah – daerah lain bagi melihat persamaan dan perbezaan pelaksanaan aktiviti kebajikan masjid di pelbagai konteks geografi dan sosioekonomi.

2. Mengukur keberkesanan program kebajikan masjid = Kajian kuantitatif atau kajian impak boleh dijalankan untuk menilai keberkesanan aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh masjid kepada komuniti, termasuk aspek penerimaan, impak ekonomi dan perubahan sosial.

3. Mengkaji peranan agensi berkaitan secara mendalam = Kajian lanjutan boleh meneliti secara khusus peranan JAKIM, JAIS, MAIS, YADIM, dan PAID dalam menyokong dasar kebajikan masjid serta hubungan mereka dengan AJK dan pegawai masjid.

4. Meneliti bentuk kebajikan bukan asas = Selain kebajikan asas seperti bantuan makanan dan kewangan, pengkaji boleh meneliti bentuk kebajikan bukan asas seperti sokongan psikososial, kaunseling, latihan kemahiran dan bimbingan kerjaya yang boleh dilaksanakan oleh masjid.

5. Membangunkan indikator penilaian kebajikan masjid = Pengkaji boleh membina satu set indikator atau indeks keberkebajikan masjid untuk menilai sejauh mana sesebuah masjid menepati ciri-ciri sebagai masjid berkebajikan.

Terima kasih kepada (Dr.) Nailah Abas atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x