Artikel Dah Banyak Tapi Tesis Tak Jalan?

Pernah tak rasa rajin sangat cari artikel… sampai beratus-ratus PDF tersimpan dalam laptop?

Awal-awal memang semangat. Semua nak simpan. Semua rasa penting. Setiap kali jumpa artikel, download. Jumpa lagi, download.

Sampailah satu hari… buka folder, terus rasa nak tutup balik.

"Astaghfirullah banyaknyaaaa… mana satu aku nak mula ni??"
"Stresss! Kepala serabut. Tesis langsung tak gerak!"

Tenang. You’re not alone. Ramai pelajar Master dan PhD pun alami benda yang sama.
Even yang undergraduate tengah buat FYP pun struggle benda ni.

Masalah dia satu je: Rajin cari artikel, tapi tak reti urus.


Folder penuh, tapi otak kosong.
Ni macam pergi shopping banyak barang, tapi balik rumah terus campak sana sini. Esoknya… cari pun tak jumpa.

Jadi… macam mana nak urus artikel dengan tenang & tersusun?

Kami nak share satu teknik mudah, dipanggil:

“Tips Susun Artikel 9-1”

Tak kisah anda pelajar tahun akhir ke, master ke, PhD ke,  teknik ni boleh guna untuk semua.

1. Susun ikut cadangan supervisor / penyelia

Kadang-kadang penyelia dah bagi guideline atau artikel tertentu. Utamakan yang ini dulu sebab ini yang dia nak tengok dalam penulisan anda.

2. Susun ikut bab (chapterization)

Pisahkan artikel mengikut bab tesis atau FYP. Contoh: artikel teori masuk Bab 2, artikel metodologi masuk Bab 3. Senang nak rujuk ikut struktur.

3. Susun ikut sub-topik penting

Buat folder kecil ikut tajuk-tajuk kecil. Contoh: dalam metodologi, ada subtopik “kajian kualitatif”, “kajian kuantitatif”. Letak artikel yang berkaitan ikut topik.

4. Susun ikut footnote / nota kaki

Artikel yang pernah anda guna sebagai nota kaki, simpan asing. Nanti bila buat checking semula, tak perlu pening cari balik sumber.

5. Susun ikut style bibliografi / reference

Letak artikel ikut format rujukan; APA ke, Chicago ke, IEEE ke. Ini sangat bantu masa nak compile references akhir nanti.

6. Susun ikut point / argumen utama

Kalau anda tengah develop hujah atau analisis, simpan artikel yang sokong argumen anda dalam satu tempat khas. Senang nak “backup” idea nanti.

7. Susun ikut bidang

Kalau tesis anda melibatkan pelbagai bidang, contohnya psikologi dan pendidikan, asingkan artikel ikut bidang. Tak bercampur nanti.

8. Susun ikut keutamaan / tahap relevan

Bukan semua artikel yang kita download betul-betul berguna. Jadi susun ikut keutamaan; yang confirm guna, mungkin guna, dan sekadar rujukan sampingan.

9. Ikut cara paling logik & mudah faham untuk diri sendiri

Semua teknik ni guide je. Anda kena tahu cara yang paling mudah untuk anda faham dan ingat. Tak semestinya ikut 100%, yang penting anda boleh guna dengan efisien.

Nak susun artikel, jangan susun stress. Susun sistem.

Start small. Start now.

Kalau anda rasa artikel ni menarik dan bermanfaat, jom tekan butang kongsi! Mungkin ada yang betul-betul perlukan tips ni!

Boleh komen di bawah tips apa lagi yang anda perlukan…

Sumber foto: google

Inginkan transformasi dalam pengajian dan hidup anda? Jom ke seminar Dr Roket yang terdekat:

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x