
Tahun 2025 telah memasuki separuh kedua. Ramai pelajar pascasiswazah mula rasa masa berlalu terlalu pantas. Target yang dirancang pada Januari masih belum tercapai. Ada yang masih belum siapkan Bab 1, ada yang masih ragu-ragu dengan topik kajian, dan ada juga yang hampir hilang semangat.
Namun, tahun ini belum berakhir. Masih ada masa untuk perbaiki perjalanan akademik dan diri sendiri. Sebelum masuk Disember dengan penyesalan, kenali terlebih dahulu cabaran sebenar yang perlu ditangani dalam baki tahun ini.
Berikut adalah tujuh cabaran utama yang kerap menghantui pelajar pascasiswazah dan strategi untuk mengatasinya, berdasarkan pendekatan yang sering dibawakan oleh Dr Roket: gabungan Spiritual.Intelektual.Akademik.Personaliti.Emosi (S.I.A.P.E);
1. Sukar untuk kekal konsisten disebabkan gangguan hidup
Ramai pelajar sambung pengajian dalam masa yang sama bekerja, mengurus rumah tangga, atau menjaga ibu bapa. Ini menjadikan fokus pada tesis sangat terhad. Cabaran utama bukan soal masa semata, tapi kekuatan untuk kembali semula ke meja penulisan selepas satu hari yang meletihkan.
Apa boleh dilakukan:
Gunakan strategi minimum progress, maximum consistency. Tulis satu perenggan pun tidak mengapa, asalkan konsisten. Elakkan tunggu “mood” datang. Tetapkan waktu tetap setiap hari walaupun hanya 40 minit.
2. Emosi tidak stabil & hilang kepercayaan pada diri sendiri
Perasaan rendah diri, kecewa dengan diri, atau membandingkan kemajuan dengan orang lain boleh melemahkan semangat. Ia datang dalam bentuk overthinking, rasa malas berpanjangan, atau tidak percaya lagi kepada kemampuan sendiri.
Apa boleh dilakukan:
Amalkan jurnal emosi. Tuliskan apa yang anda rasa dan kenapa anda rasa begitu. Ingatkan kembali diri tentang tujuan asal menyambung pengajian. Sentiasa hadir ke dalam circle yang positif atau bersama komuniti Dr Roket di media sosial.
3. Hubungan dengan penyelia semakin renggang atau tidak membantu
Ada pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan semula komunikasi dengan penyelia. Ada juga yang kecewa kerana setiap kali menghantar draf, tiada maklum balas.
Apa boleh dilakukan:
Tulis laporan ringkas kemajuan sendiri dan hantar secara berkala. (Boleh praktikkan ‘tracking’ dalam buku RRD) Jika belum ada kemajuan, maklumkan dengan jujur tetapi berikan juga cadangan langkah seterusnya. Penyelia lebih suka pelajar yang aktif bertanya berbanding yang terus menghilang.
4. Tidak faham metodologi atau analisis data
Ramai pelajar boleh menulis Bab 1 dan Bab 2, tetapi terhenti apabila masuk ke bahagian metodologi dan analisis. Kekeliruan tentang kuantitatif, kualitatif, SPSS atau ATLAS.ti membuatkan ramai tersangkut terlalu lama.
Apa boleh dilakukan:
Mulakan dengan membaca tesis-tesis yang hampir sama. Jangan tunggu untuk faham 100%, tetapi cari satu kemahiran kecil dan kuasai dahulu. Hadiri kelas atau coaching yang sesuai. Bertanya kepada orang yang telah melalui fasa ini juga sangat membantu.
5. Tekanan masa yang semakin menghimpit
Makin menghampiri hujung tahun, makin ramai yang terkejar-kejar. Tambahan pula jika sasaran tamat pengajian adalah pada semester ini atau tahun hadapan.
Apa boleh dilakukan:
Susun semula kalendar akademik anda. Letakkan tarikh spesifik untuk draf setiap bab. Guna teknik “reverse planning” – mula dengan tarikh akhir dan mundurkan tarikh-tarikh penting ke hari ini. Fokus pada satu bahagian setiap dua minggu.
6. Kewangan makin menyempit
Kos hidup makin tinggi, dan ramai pelajar terpaksa memilih antara keperluan hidup dan keperluan akademik. Ini menyebabkan tekanan mental, emosi, dan kadangkala rasa ingin berhenti.
Apa boleh dilakukan:
Cari pendapatan yang berkait rapat dengan pengajian seperti jadi pembantu penyelidik, tutor atau penceramah jemputan kecil. Ini dapat bantu dua perkara sekaligus iaitu kewangan dan pengalaman akademik. Rancang bajet secara berdisiplin, dan elakkan pembelian yang tidak menyumbang kepada perkembangan tesis.
7. Hilang semangat dan tidak ingat kenapa bermula
Ini antara cabaran paling besar. Ramai yang lupa niat asal. Masuk dunia postgrad kerana cita-cita, tetapi terperangkap dalam tekanan dan rutin harian.
Apa boleh dilakukan:
Tulis semula matlamat pengajian anda. Baca kisah-kisah inspirasi dari alumni. Ingatkan diri bahawa ilmu yang anda sedang usahakan ini akan memberi manfaat bukan hanya untuk diri, tapi juga untuk masyarakat. Ingat! Ilmu itu amanah, bukan beban.
Tahun 2025 belum berakhir, dan belum terlambat untuk bangkit. Cabaran yang datang bukan untuk menghentikan perjalanan, tetapi untuk menguatkan keazaman. Apa pun cabaran yang anda sedang lalui sekarang, jangan lalui ia seorang diri. Dapatkan sokongan, buat perubahan kecil setiap hari, dan sentiasa jaga niat.
Kalau anda rasa artikel ni menarik dan bermanfaat, jom tekan butang kongsi! Mungkin ada yang betul-betul perlukan tips ni! Boleh komen di bawah tips apa lagi yang anda perlukan…
Inginkan transformasi dalam pengajian dan hidup anda? Jom ke seminar Dr Roket yang terdekat: