Pelajar PhD dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),Cik Puan Siti Nurul Aqmariah Bt Mohd Kanafiah berasal daripada Wakaf baru, Tumpat, Kelantan. Beliau merupakan pensyarah yang telah berkhidmat hampir 10 tahun di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik, UniMAP. Cik puan Aqmariah mengambil PhD dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik
Pasti Cik Puan Siti Nur Aqmariah pun mengalami pelbagai penyakit yang “kronik” dalam perjalanan pengajian Phd beliau. Beliau memutuskan untuk menyertai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada tahun 2019 yang mana ketika itu dikenali sebagi GEMPUR. Walaupun begitu, selepas GEMPUR beliau lost dan tidak mempunyai momentum dalam masa yang agak lama dan akhirnya demi menyelamatkan diri daripada lautan dalam, beliau kembali memutuskan untuk mengikuti Seminar NUT pada 2020.

NUT Ogos 2021
Sebelum Seminar NUT penyakit yang beliau alami ialah terlalu melayan “biawak-biawak”. Beliau kongsikan apabila beliau tidak mempunyai sebarang idea untuk menulis tesis, beliau akan terbawa-bawa untuk melayan segala “biawak-biawak” selama bermingu-minggu!. Haaaaa ada yang sama tak dengan Cik Puan Aqmariah? Suka sangat membiarkan “biawak-biawak” tu melekat dalam diri.
Seperti para pelajar Phd lain juga, Cik Puan Aqmariah tidak terlepas daripada penyakit pengurusan masa. “Pengurusan masa saya sangat-sangat fail”, ujar beliau. Fuhhhh time management sangat pentin untuk pelajar Master PhD uruskan. Ini kerana, majoriti pelajar Master PhD ini perlu uruskan masa diantara keluarga, kerjaya dan tesis. Betul ke betul?
“Bila saya down, saya memang malas menulis”, Cik Puan Aqmariah. Beliau menceritakan jika beliau berada di fasa down, beliau akan menjadi sangat malas menulis dan akan melayan perasaan fasa down tersebut dengan berpanjangan. Malah, beliau juga akui sikap beliau yang selalu tidak mendoakan orang lain yang sebenarnya menjadi penyakit ke atas tessi beliau. “Tiap kali berdoa, saya memang doakan diri saya sahaja”, luah beliau.
Mudah terpengaruh dengan suasana-suasana negatif juga antara penyakit yang perlu diubati dalam diri Cik Puan Aqmariah. Suasana negatif ini yang menjadi punca beliau stress dan menjadi over thinking. “Penyakit-penyakit inilah yang menyebabkan tesis saya meninggal sebelum saya menyertai seminar NUT”.
Syukur, syukur, syukur Seminar NUT menyelamatkan beliau untuk tidak terus menghidapi penyakit-penyakit tersebut. “Semasa NUT itu banyaklah benda yang saya belajarkan, banyak benda yang kita dapat daripada sebesar-besar cabaran hinggalah sekecil-kecil cabaran Dr ajar”. Dr Roket ajar pelajar Master PhD bagaimana untuk menguruskan cabaran tersebut.
Besarkan solusi, kecilkan cabaran
Dr Roket
Kata-kata inilah yang menjadi panduan kepada Cik Puan Aqmariah. Bukan itu sahaja, setiap kali beliau hadapi stress beliau akan ingat setiap perkara yang dr Roke kongsikan untuk beliau bertahan dan bereskan stress tersebut. Selepas sahaja NUT juga beliau mengalami perubahan masa dimana menjadi lebuh teratur dan tersusun.

Kesan NUT ini menjadikan beliau semakin positif dan berada pada tahap energy yang luar biasa untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang ada. Perasaan tenang dan positif beliau dirasai sehingga lah pada hari Viva beliau. “Alhamdulillah Allah berikan ketenangan, berkat doa daripada platinum-platinum yang sangat amazing”. Peningkatan deraf yang beliau alami selepas mengikuti proses Dr Roket ialah dari 9 muka surat ke 360 muka surat deraf yang ke 23.
Sudah pasti anak murid Dr Roket akan mempunyai alat bantuan yakni Roket Tools yang membantu dalam menyiapkan tesis beliau. Beliau menggunakan ARMP Chart bukan hanya untuk pengajian tesis beliau malah untuk kerjaya beliau. Fuhhhhh multifunction kan ARMP Chart ni. Roket Research Diary (RRD) akan sentiasa berada bersama beliau walau dimana sahaja berada. “pengurusan masa lebih saya hargai selepas menggunakan Roket tools ini”, Cik Puan Aqmariah
Kini Cik Puan Aqmariah telah menghantar correction untuk tesis PhD beliau. Sungguh indah perjalanan Viva beliau dari mempunyai segala macam penyakit, kini tekah berjaya Viva dengan sangat delicious pada 3 Ogos 2021 lalu.
