fbpx Skip to main content
search
0

“Insyaallah saya akan viva pada 6 Sept 2021 jam 9.30 pagi secara online” mesej yang dihantar daripada Norly Jamil kepada Mentor beliau iaitu Dr Roket.

Tepat pada jam 9:30 pagi, Selasa, 6 September 2021, adalah hari amat bersejarah buat seorang Platinum Dr. Roket. Cik Puan Norly Jamil yang telah berjaya menyempurnakan Viva Voce beliau dengan jayanya. Viva voce beliau yang dilakukan secara atas talian berjalan dengan sangat lancar dan tenang. Syukur syukur syukur syukur. Pasti kejayaan viva beliau harini ada “Big Why” yang sentisa menjadi kekuatan untuk meneruskan pengajian Phd bagi bergelar Doktor Falsafah.

Jom kita mengimbau kembali kisah naik turun Pelajar PhD Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum beliau bermula mengenali proses Dr Roket menerusi program Seminar Nak Ubah Tesis. Cik Puan Norly Jamil akui terdapat beberapa distraction yang mencacatkan pengajian PhD beliau dan antaranya ialah merasakan kajian yang dibuat adalah salah dan tidak mencapai tahap PhD.

“Kemahiran Sistem Anggaran Nombor: Kajian Kes Terhadap Kanak-Kanak 4 Tahun” merupakan tajuk kajian yang dilakukan oleh Cik Puan Noryl Jamil.

Cik Puan Norly Jamil bersama deraf tesis

Cabaran besar yang dialami oleh Cik Puan Norly Jamil juga adalah kerana berada dalam fasa “blur”. Ekhh blur macam mana tu kan. “Saya tak tahu nak menulis mula dari mana”, luah beliau. Di sebalik perkataan tidak tahu mula menulis sebenarnya beliau telah mempunyai data yang cukup tetapi stuck dalam memulakan penulisan tesis. Saya perasan ramai pelajar Master PhD amat senang untuk mengumpul data untuk kajian mereka tetapi apabila mula sahaja untuk menulis tesis tiba-tiba idea seakan berterbangan di bawa angin monsun. Hehehehe.

Cabaran beliau dari tidak tahu nak mula menulis tesis disambung pula dengan tidak mempunyai mood menulis. Bagi mencari mood untuk menulis adalah seseorang itu perlu mempunyai motivasi agar boleh mengembalikan momentum tersebut. Motivasi tersebut kita perolehi dari mendengar win-win orang lain ataupun melihat kembali big why kita lakukan PhD ini. Cabaran Cik Puan Norly Jamil diuji lagi dengan masalah kesihatan yang dihadapinya. Sebenarnya pada hari Viva beliau ini, Cik Puan Norly Jamil tidak lagi sembuh sepenuhnya dari pembedahan tetapi masih kuat untuk sesi Viva.

Detik hidup beliau berubah apabila ditegur oleh seorang sahabat di perpustakaan tempat beliau mengajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dr Intan Farahana menegur kerana muka Cik Puan Norly Jamil pada ketka itu sangat pucat, rupanya pada ketka beliau tengah mengalami masalah kesihatan disambil sudah 7 bulan tidak mnjenguk tesis beliau. “Akak ni memang tengah hadap laptop tapi tak tahu nak tulis apa”, luah Cik Puan Norly Jamil kepada Dr Intan Farahana

Untuk pengetahuan Cik Puan Norly Jamil dan Dr Intan Farahana merupakan rakan sekerja di UPSI.

“Kenapa akak tak join Dr Roket”, cadang Dr Intan Farahana. Nama yang asing bagi Cik Puan Norly Jamil tetapi beliau mencuba cadangan Dr Intan Farahana dengan menonton Mornng Doc. Sungguh perancangan Alalh itu indah, tajuk MD pada ketika itu ialah “tesis meninggal” sangat sesuai dengan keadaan beliau yang stuck selama 7 bulan. Berhari menonton MD sebagai vitamin pagi beliau, Cik Puan Norly Jamil bertekad untuk mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada NUT 30-31 Ogos 2020.

“Masa NUT tu pun saya nangis sebab banyak sangat tamparan”, kesan Seminar NUT atas talian yang beliau perolehi. Perubahan demi perubahan berlaku dalam hidup dan tesis beliau. Perubahan positif yang berlaku dalam diri beliau sangat ketara sehinggakan sahabat beliau menegur bahawa beliau ini nampak lebih matang dan ada kewibaan yang tersendiri. Malah, penyelia beliau juga memuji Cik Puan Norly Jamil kerana menjadi pelajar yang sudah pandai berdikari.

Jika sebelum ini beliau berasa seakan tidak mempunyai mood untuk menulis tesis tetapi asbab berada dalam circle platinum energy berada dalam diri beliau sangat hebat ketika menulis. Malah semua cabaran yang datang menguji, beliau melihatnya sebagai perkara yang baik dan positif. Suasana positif yang dirasakan ini wujud sehingga hari Viva Voce ini di mana semua soalan dilihat secara positif. “Saya anggap examiner nak bantu saya”

Disebalik Viva Voce Cik Puan Norly Jamil

“Sekulumit pun saya tak rasa gentar langsung. Tidak ada sedikit rasa gentar, hati berbunga-bunga riang”, perasaan yang digambarkan oleh Cik Puan Norly Jamil ketika berada di sesi Viva. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, Cik Puan Norly Jamil mendapat pujian examiner kerana pembentangan yang sangat lancar. Viva yang sangat delicious!

Jawapannya kepada kejayaan beliau harini ialah Cik Puan Norly Jamil sedar ada NAK YANG SANGAT TINGGI untuk capai BIG WHY iaitu TIDAK PERLU LAGI BAYAR YURAN PENGAJIAN. Alhamdulillah beliau berjaya mencapainya. Bila kita ada nak yang tinggi Allah akan bagi jalan ke garisan penamat.

Amazing ke amazing ke kisah Cik Puan Norly Jamil dari menghadap laptop tak tahu nak tulis apa sehingga masuk bilik viva dengan sangat tenang. Semua ini dengan izin Allah dengan percaya kepada proses ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Cik Puan Norly Jamil yang telah selamat ber-Viva dengan sangat delicious. Alhamdullilah Syukur kehadrat Allah Swt dengan segala usaha dan pengorbanan beliau dalam menyiapkan tesis.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x