Mengambil bidang yang unik dan jarang dipelopori oleh kaum wanita dahulunya, Puan Hazwani merupakan pelajar UITM dalam bidang pengangkutan dan logistic. Terlibat dalam bidang Kawalan Trafik Udara sebagai kerjayanya, Puan Hazwani mengambil cuti belajar demi menyambung pengajin bagi peningkatan kerjaya dan kemajuan diri.
Cabaran kerjaya beliau yang memerlukan tahap fokus dan keprihatinan yang tinggi selama hampir 10 tahun ,untuk memastikan aliran trafik di udara lancar dan selamat. Pada mulanya beliau kurang mendapat sokongan dari tempat kerja untuk meningkatkan kreadibiliti melalui pengajian, namun berbekalkan niat yang betul beliau berhasil mendapatkan cuti belajar daripada tempat kerja.
Mujur beliau mendapat sokongan dan bantuan daripada keluarga dan suami. Ini ibarat norma baru buat beliau kerana perlu berada di rumah menguruskan pengajian dan keluarga disamping anak-anak. Beliau akui agak berasa tidak biasa dan memerlukan masa dan nasihat untuk menyeimbangkannya.
Beliau mula mencari saluran bantuan bagi menjawab segala kecelaruan dan pertanyaan yang bermain di minda. Sememangnya telah banyak kelas dan program yang beliau hadiri, namun tidak mencukupi bagi Puan Hazwani.
Beliau teringat akan satu program Dr. Roket yang pernah beliau sertai ketika tahun 2017 dan terus mengikuti semula. Bermula daripada Morning Doc, beliau mula mengubah corak pemikiran yang betul, agar tindakan beliau selari dengan minda yang tepat!
Beliau mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai Platinum pada bulan 6 tahun 2020, kerana merasakan perlukan input-input berguna daripada mereka yang pakar. Keputusan ini beliau buat selepas memohon pertolongan daripada Allah Ta’ala agar ini adalah medium yang tepat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala dan memudahkan urusannya.
Perubahan beliau alami selepas sertai Dr. Roket begitu memberi kesan terhadap penulisan tesis beliau. Beliau seakan tidak percaya dapat memegang deraf sendiri setelah mengikuti seminar Dr. Roket. Perasaan sayang akan PhD semakin timbul dalam diri beliau dan tidak sabar untuk habiskan pengajian.
Ingin mengetahui bagaimana perkembangan pengajian dan kehidupan beliau semasa PKP, biarpun agak mencabar ketika itu? Klik disini untuk mendengar temu bual istimewa Dr. Mardiana Ishak bersama Puan Hazwani disini >> https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/2887598024810645