Puan Norsheila Abdullah ketika menyambung Master, tidak terfikir akan menyambung PhD. Tiba-tiba seorang kenalan menawarkan beliau tawaran biasiswa menyambung PhD dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pada mulanya beliau menolak ajakan rakannya itu kerana kurang yakin terhadap kemampuan akademik beliau pada tahap itu. Akhirnya kerana percaya kepada rezeki yang datang, beliau akhirnya menerima tawaran tersebut pada tahun 2019.
Memiliki beribu-ribu anak asuhan semenjak 1991, beliau mempunyai sungguh banyak pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penyelia beliau turut akui kepakaran beliau dalam bidang ini dan mempercayainya untuk menyelia kanak-kanak asuhan beliau dibawah taska miliknya.
Saat melangkah kaki kedalam alam PhD, beliau terpaksa menyediakan pemikiran sebagai seorang pelajar semula. Mujur beliau ada sahabat seperjuangan yang berada dalam dunia yang sama, bersama-sama mengharungi perjalanan PhD ini.
Beliau sedar akan amanah pemegang biasiswa yang dipikul itu amat berat, jadi beliau sedaya upaya menghadiri kelas secara penuh. Namun begitu, tanpa bimbingan yang tepat beliau kerap terleka juga dan hanya mampu menyiapkan 37 muka surat tesis sejak mula mendaftar!
Sehinggalah beliau mendapat iklan mengenai Dr. Roket dalam kesibukan kerja dan tugas-tugas sukarelawan NGO. Pada awalnya beliau skeptikal tentang kemampuan menghabiskan PhD dalam tempoh tiga tahun. Pada masa yang sama beliau sendiri tidak mahu mengikuti realiti rakan-rakan yang lambat tamat belajar.
Kata-kata rangsangan Dr. Roket bahawa pelajar Master PhD sepatutnya memiliki perancangan yang besar selepas pengajian membuatkan beliau bersetuju. Ini kerana, pengalaman sebagai sukarelawan kanak-kanak di pelbagai tempat, beliau telah memasang niat untuk membantu kanak-kanak yang dalam dilema dan kepincangan.
Beliau memilih tajuk kajian dalam bidang ini hasil daripada pengalaman, serta mahu membantu rakan-rakan industri. Pertama kali menyertai Dr. Roket, baru beliau tersedar banyak lagi yang tidak tahu selama ini. Berkat tiruvasi proses yang tepat para Platinum, beliau berjaya menyiapkan deraf pertama dalam masa sebulan selepas NUT.
Ingin tahu perkembangan luar biasa pakar kanak-kanak ini bersama Dr. Roket? Saksikan temu bual istimewa Dr. Mardiana Mat Ishak bersama Puan Norsheila Abdullah disini>> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/435594197486325 .