Anak Bongsu yang Membawa Harapan
Dr. Nur Khairiah Muhammad, atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Kerry. Beliau merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan berasal dari Ipoh, Perak. Menjadi anak pertama dalam keluarga yang berjaya menggenggam PhD adalah satu pencapaian yang bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga satu inspirasi buat keluarganya. Kini, beliau menetap di Seremban dan bekerja di Kuala Lumpur.
Journey Master Menjadi Titik Tolak
Dr. Khairiah memulakan perjalanan akademiknya dengan Master of Business Administration (MBA) di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2015. Dalam tahun yang sama juga, beliau menerima ‘offer’ untuk melanjutkan pengajian PhDnya. Atas dorongan pensyarah dan circle ketika di peringkat Master, Dr. Khairiah telah menyambung ke dunia penyelidikan secara sepenuh masa bersama rakan-rakannya, dalam masa yang sama bekerja. Pada tahun 2018, masing-masing meneruskan perjalanan akademik mengikut rentak dan ‘path’ masing-masing.
Bermula Perjuangan Sebenar dalam Journey PhD
Sebagai seorang Product Owner dalam bidang Service Management/Data Analytics di sebuah syarikat Oil & Gas, Dr. Khairiah setia dan komited dengan kerjayanya. Bahkan, atasan beliau juga menyenangi perwatakan Dr. Khairiah di tempat kerja. Namun, sebagai seorang penyelidik dan pemikir, Dr. Khairiah mempunyai impian yang besar untuk memperkasa ilmu demi revolusi industri.
Keputusannya untuk menyambung PhD bukanlah kerana kenaikan gaji ataupun pangkat. Sebaliknya, Dr. Khairiah mahu memperjuangkan integrasi ilmu antara akademik dan industri. Jurang besar antara kedua-dua bidang ini membuatkan beliau berasa bertanggungjawab untuk memastikan ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dalam dunia pekerjaan dengan lebih berkesan.
Maka, sumbangan yang ingin diberikan melalui kajian PhDnya cukup besar sehingga menyebabkan beliau terus berjuang meskipun terpaksa mengharungi cabaran selama bertahun-tahun dalam ‘journey’ PhDnya.
Cabaran 8 Tahun: Hampir Tergelincir dari Laluan
Dalam kita merancang, segalanya mungkin kelihatan mudah di atas kertas, tetapi realitinya tidak semudah yang dibayangkan. Setiap langkah pasti ada ujiannya sehingga menguji kesabaran, ketahanan, dan kecekalan kita sebelum sampai ke garisan penamat.
Hampir lapan tahun ‘journey’ PhD Dr. Khairiah berlalu tanpa kemajuan yang ketara. Data yang dikumpul bertahun-tahun hanya berjumlah puluhan sahaja, jauh daripada keperluan penyelidikannya. Itulah titik terendah baginya ketika itu. Ditambah pula dengan bebanan kerja yang besar seperti kerap menghadiri mesyuarat hingga lewat malam dan pernah bekerja dalam zon waktu Amerika Syarikat (8 malam hingga 5 pagi), masa untuk PhD semakin terhimpit.
Antara cabaran lain yang dilalui termasuklah ketiadaan sistem pemantauan yang jelas untuk menilai kemajuan (sebelum ikuti seminar PTP), membuatkan beliau sukar untuk mengukur sejauh mana pencapaiannya. Selain itu, Dr. Khairiah juga sering terperangkap dalam zon selesa, yang menghalangnya daripada berkembang lebih jauh. Mind block dan kekurangan dorongan dalaman pula sering menjadi penghalang utama. Bahkan, kesibukan kerja dan kehidupan menyebabkan tesisnya terpaksa diletakkan di tempat keutamaan yang rendah.
Wake-Up Call Untuk Tamatkan PhD
Setelah hampir 9 tahun tanpa haluan, Dr. Khairiah akhirnya menyedari bahawa beliau perlu mengubah pendekatannya secara drastik. Pada tahun 2023 itulah berlakunya ‘wake up call’ apabila co-SV beliau memberi ‘amaran’ kepadanya sebelum pengajiannya dikenakan ‘termination’.
Setelah menerima ultimatum dari penyelianya, beliau akhirnya mengubah strategi. Syukur, Dr. Khairiah telah menyertai bimbingan di bawah Dr Roket dan menemui strategi yang betul untuk menyiapkan kajian tesisnya dalam masa yang singkat!
Saat Kejayaan Viva yang Ditunggu-Tunggu
Kecekalan dan fokus yang luar biasa dalam tempoh TRANSFORMASI tiga bulan itu telah membuktikan bahawa Dr. Khairiah mampu melawan segala keraguan yang selama ini membelenggu dirinya.
Pada 26 Ogos 2024, Dr. Khairiah akhirnya telah melalui sesi Viva dengan jayanya! Momen ini bukan sahaja penting buat dirinya tetapi juga menjadi bukti bahawa segala pengorbanannya tidak sia-sia. Suami, keluarga, circle dan mentor yang banyak menyokong dan membantunya turut memainkan peranan besar dalam kejayaannya.
Perkongsian Dr. Khairiah dalam sesi Bising Viva Dr Roket penuh emosi apabila beliau berkongsi mesej yang disampaikan oleh Mentor, Dr. Hj. Mohd Khairul Nizam menjelang Vivanya. Mesej tersebut begitu mendalam sehingga membuatkan beliau menangis. Tidak pernah beliau menyangka bahawa perjalanan yang penuh liku ini akhirnya akan berakhir dengan kejayaan.
Perjuangan yang Tidak Terhenti di Sini
Dr. Khairiah membuktikan bahawa kegagalan bukanlah titik akhir, tetapi sekadar ujian untuk melihat sejauh mana seseorang sanggup berjuang demi impiannya. 8 tahun tanpa haluan tidak menghalangnya daripada menamatkan PhD dengan larian pecut.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Khairiah Muhammad yang menjadi Platinum ke-138 telah Viva, yang membanggakan keluarga dan universitinya. Semoga PhD yang dirangkulnya dapat memberi sumbangan yang besar buat kerjaya, universiti, agama, ummah dan negara. Bagi mereka yang masih berjuang, kisah nyata ini adalah bukti bahawa dengan kesungguhan, keazaman, dan strategi yang betul, tiada apa yang mustahil!
Teringin nak dapatkan lebih banyak perkongsian inspirasi daripada insan hebat yang lain? Jom hadir ke seminar PTP akan datang! Tekan button di bawah SEGERA.