Dari Idea ke Tesis: Ini 14 Alat AI yang Membantu Setiap Langkah Akademik Anda
Menulis tesis adalah satu perjalanan yang mencabar, memerlukan masa, usaha, dan ketelitian yang tinggi. Namun, dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI), proses ini kini menjadi lebih mudah dan efisien. AI bukan sahaja membantu dalam pencarian sumber, tetapi juga dalam penyusunan idea, penulisan akademik, dan penyemakan tatabahasa.
Nak tahu 14 alat AI yang dapat membantu pelajar Pascasiswazah dalam menyiapkan tesis mereka? Baca sampai habis…

1. ChatGPT – Rakan Pemikir dan Penyusun Idea
1. Akses: Free (dengan had penggunaan harian untuk versi percuma)
2. Kegunaan: ChatGPT membantu dalam menjana idea, membina rangka tesis, dan memberikan cadangan struktur penulisan. ChatGPT juga boleh digunakan untuk memahami konsep yang kompleks dengan cara yang lebih mudah, dengan memberikan penjelasan yang lebih ringkas dan contoh praktikal. Selain itu, Chatgpt boleh membantu dalam memperbaiki gaya penulisan, menyemak tatabahasa, dan mencadangkan cara untuk memperjelas hujah atau argumen dalam penulisan akademik.

2. Zotero – Pengurusan Rujukan dengan Fokus pada Metadata
1. Akses: Free (untuk ciri asas)
2. Kegunaan: Zotero membantu menyusun dan menguruskan rujukan secara automatik, membolehkan anda menghasilkan senarai rujukan dalam format yang diterima (seperti APA, MLA, dan Chicago) dengan mudah. Ia menyokong platform Windows, macOS, dan Linux, serta pelbagai pelayar (Chrome, Firefox, Safari). Penyimpanan awan percuma sehingga 300 MB untuk fail dokumen dan PDF.

3. Mendeley – Pengurusan Rujukan dengan Ciri Anotasi PDF
1. Akses: Free (percuma untuk ciri asas)
2. Kegunaan: Mendeley membantu anda menyusun rujukan dan menyediakan ciri pengurusan fail seperti anotasi PDF (highlighting, penandaan). Ciri pengurusan rujukan dan integrasi dengan pengolah kata seperti Microsoft Word dan LibreOffice adalah percuma. Penyimpanan percuma diberikan sehingga 2GB untuk fail PDF dan dokumen lain. Mendeley juga menyediakan jaringan sosial akademik dan kolaborasi dalam kumpulan kecil (hingga 3 ahli secara percuma).

4. Grammarly – Menyemak Tatabahasa dan Gaya Penulisan
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Kesilapan tatabahasa dan ayat yang kurang jelas boleh menjejaskan kualiti tesis anda. Grammarly membantu memperbaiki tatabahasa, ejaan, dan gaya penulisan dalam teks. Grammarly memberikan cadangan untuk meningkatkan ketepatan dan kejelasan tulisan, mengurangkan kesalahan tatabahasa atau ejaan yang sering berlaku, serta memperbaiki gaya bahasa agar lebih profesional.

5. QuillBot – Parafrasa dan Penambahbaikan Ayat
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Alat ini membantu memparafrasa atau menyusun semula ayat dengan cara yang lebih jelas atau lebih menarik. Quillbot sangat berguna untuk menghasilkan variasi ayat dalam penulisan atau mengelakkan plagiarisme dengan menukar struktur ayat tanpa mengubah maksud asal.
6. Elicit – Mencari Artikel Akademik dengan Cepat
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Elicit menggunakan AI untuk membantu mencari artikel jurnal yang relevan berdasarkan persoalan kajian anda. Ini mempercepatkan proses literature review dan memastikan sumber yang digunakan adalah berkualiti. Selain itu, Elicit juga membantu dalam proses pengumpulan data dan penyelidikan dengan merancang soalan dan mendapatkan maklumat yang lebih berstruktur dari sumber yang berkaitan, terutamanya dalam kajian kualitatif atau untuk menilai pendapat serta mendapatkan insight daripada responden.

7. Scite – Memeriksa Kredibiliti Rujukan
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Scite bukan sahaja mencari rujukan tetapi juga menganalisis sama ada artikel tersebut disokong, dicabar, atau disebut dalam kajian lain. Ini membantu anda memastikan bahawa rujukan yang digunakan adalah kredibel dan relevan dengan kajian anda. Di samping itu, Scite memberikan gambaran lebih mendalam mengenai bagaimana artikel tersebut telah dipetik dalam konteks penyelidikan yang berbeza, membantu anda memahami perspektif dan kesimpulan yang berbeza dalam bidang yang sama.

8. DeepL – Penterjemah dengan Ketepatan Tinggi
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: DeepL menyediakan penterjemahan yang lebih tepat, dengan fokus pada terjemahan bahasa yang lebih semantik dan lebih baik untuk teks akademik. Scite bukan sahaja mencari rujukan tetapi juga menganalisis sama ada artikel tersebut disokong, dicabar, atau disebut dalam kajian lain. Ini membantu anda memastikan bahawa rujukan yang digunakan adalah kredibel.

9. Google Translate – Penterjemah Mudah dan Pantas
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Alat penterjemah ini membantu dalam menterjemahkan jurnal atau artikel dari bahasa asing dengan ketepatan yang lebih baik, terutama untuk pemahaman teks akademik. Alat penterjemah ini membantu dalam menterjemahkan jurnal atau artikel dari bahasa asing dengan ketepatan yang lebih baik, terutama untuk pemahaman teks akademik.

10. Notion AI – Menyusun Nota dan Draf Penulisan
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Notion AI membantu dalam menyusun nota kajian, merancang jadual kerja, dan menulis draf tesis secara sistematik. Ia juga boleh digunakan sebagai alat pengurusan projek untuk memastikan anda tidak tertinggal dalam jadual penulisan. Notion AI boleh digunakan untuk menyusun nota kajian, merancang jadual kerja, dan menyusun draf tesis secara sistematik, membantu anda tetap teratur dalam proses penulisan.

11. Consensus – Mesin Pencari untuk Jurnal dan Artikel Ilmiah
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Consensus menggunakan AI untuk membantu mencari dan menganalisis artikel ilmiah, memberikan wawasan yang lebih tepat dan boleh dipercayai tentang kajian yang relevan. Selain itu, Consensus dapat menyaring sumber-sumber yang paling berkualiti dan menyusun data dalam bentuk yang mudah difahami, membantu penyelidik membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan bukti terkini. Consensus juga memberikan perbandingan antara kajian yang berbeza, menunjukkan kesepakatan atau perbezaan dalam bidang penyelidikan tertentu.

12. Research Rabbit – Menemukan, Mengatur, dan Menganalisis Makalah Penelitian
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Alat ini memudahkan peneliti untuk menemukan dan mengelola kertas penelitian, menjimatkan masa dalam pengumpulan dan pengurusan literatur. Selain itu, Research Rabbit menggunakan AI untuk menghubungkan artikel yang relevan, menciptakan jaringan literatur yang saling berkaitan, dan membantu peneliti melihat bagaimana setiap kajian berkaitan dengan satu sama lain. Ini memudahkan proses eksplorasi topik penyelidikan dan mempercepat pencarian sumber yang paling relevan dalam bidang yang sama.

13. SciSpace – Platform Penelitian AI
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: SciSpace menawarkan pelbagai alat bantu seperti pemeriksa plagiarisme, bantuan pengiriman jurnal, dan pembantu AI untuk menafsirkan kajian dengan lebih mudah. Selain itu, SciSpace membantu dalam penulisan dan penyuntingan artikel akademik dengan memberikan cadangan untuk meningkatkan kualiti penulisan dan memastikan kepatuhan kepada format jurnal yang ditetapkan. SciSpace juga menyediakan sokongan dalam menyusun bibliografi dan menguruskan rujukan dengan lebih efisien.

14. Scholarcy – Ringkasan Automatik Artikel Ilmiah
1. Akses: Free (dengan ciri terhad)
2. Kegunaan: Scholarcy meringkaskan artikel ilmiah menjadi poin-poin penting, memudahkan penyusunan tinjauan literatur dan mempercepatkan proses analisis artikel. Seterusnya, Scholarcy dapat mengekstrak data utama seperti metodologi, hasil, dan kesimpulan dari setiap artikel, membantu penyelidik untuk lebih cepat memahami isi kandungan dan membuat perbandingan antara kajian yang berbeza. Scholarcy juga menyediakan ringkasan yang boleh disesuaikan untuk keperluan penyelidikan yang lebih spesifik.
Kesimpulan
AI telah mengubah cara pelajar menulis tesis dengan menawarkan kemudahan dan kecekapan yang lebih tinggi. Dengan menggunakan alat AI yang sesuai, pelajar dapat menulis tesis dengan lebih lancar, memastikan kualiti akademik yang lebih baik, dan mengurangkan tekanan dalam proses penyelidikan. Mulakan dengan mencuba beberapa alat di atas dan rasai sendiri perbezaannya!
P/s: Jika anda ingin kongsikan pelbagai lagi Ai yang sedang/pernah digunakan, boleh kongsikan di ruangan komen~
Jika anda pelajar Postgraduates yang masih stuck dalam pengajian, belum Proposal Defense atau nak lebih banyak tips tentang Viva, boleh hadir program terdekat Dr Roket dan rasakan impaknya pada pengajian anda: