GOMBAK, 26 July 2020: Seramai hampir 80 peserta virtual seminar Mudahnya Siapkan Tesis (MST) bersama Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri yang bermula pada 24 Julai dan tamat pada 26 Julai 2020, bakal diberi peluang istimewa mengikut jejak langkah kejayaan Platinum Dr. Roket secara langsung.
Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Dr. Roket semasa sesi 4 seminar MST berlangsung petang semalam. Para peserta diberikan kesempatan khas menjadi sebahagian Platinum Dr. Roket, dengan syarat perlu melepasi proses dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antaranya perlu berjaya menjawab 170 soalan, menyiapkan tugasan dan melepasi sesi temu duga secara dalam talian bersama Dr. Roket.
“Sesungguhnya saya berasa sangat bersyukur yang tidak terhingga kerana Doktor buka peluang untuk peserta MST hari ini untuk menghantar permohonan sertai Platinum. Terus terang saya mengalir air mata tadi sebab telah menunggu lama peluang ini”, luahan Ayie Badri, salah seorang penonton setia rancangan Morning Doc dari Universiti Teknologi Mara.
“Setiap hari saya pastikan untuk komited mendengar Morning Doc supaya dapat mempelajari isi-isi penting untuk saya tingkatkan tenaga saya tiap hari”, tambah beliau yang pernah ketinggalan menyertai Nak Ubah Tesis kerana kekangan masa, namun tidak berputus asa dengan menyertai Thesis Management Clinic (TMC) dan begitu menghargai peluang menyertai MST baru-baru ini.
Seminar Mudahnya Siapkan Tesis berlangsung di dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom dan diwawancarakan oleh akauntan 2M World, Tuan Asrul Hadi. Para peserta diberi peluang menonton secara langsung sesi coaching Dr. Roket bersama Platinum secara ekslusif pada hari pertama, bagi merasakan aura luar biasa bersama circle positif Dr. Roket dan mendapatkan inspirasi mengikut jejak langkah Platinum.
Seminar bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta, pembuka bicara oleh Tuan Asrul Hadi, taklimat tentang persediaan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh peserta sepanjang seminar berlangsung dan pengunguman kemasukkan Dr. Roket bagi sesi pengenalan dan pembuka seminar secara rasmi.
Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri yang berpengalaman selama 18 tahun mengajar di Universiti dan melihat ratusan sesi viva, terbuka hati untuk membantu bangsa Posgrad, khususnya para pendidik untuk mengubah cara melihat tesis secara mudah seterusnya memberi impak dalam pengajian dan kehidupan mereka.
Ini setelah Dr. Roket mendapati ramai guru dan pensyarah yang memberi alasan tiada masa untuk menulis tesis, sedangkan yang sepatutnya perlu diubah adalah corak pemikiran mereka yang seterusnya pasti mampu meningkatkan pengurusan masa mereka.
Dr. Roket adalah satu-satunya mentor strategi dan pengurusan Master PhD yang berjaya mengubah perspektif dan corak pemikiran hampir 5000 bangsa Posgrad sehingga berjaya Graduate On Time dan Graduate Before Time semenjak tahun 2016.
Keistimewaan Dr. Roket adalah kemampuan beliau mengubah perkara yang paling sukar pada diri sesorang, iaitu mindset mereka agar lebih banyak perkara luar biasa yang berlaku dalam pengajian Master PhD dan juga kehidupan mereka secara spiritual dan zahiriah.
Para peserta MST turut berpeluang mendengar cerita disebalik penubuhan 2M World secara langsung, iaitu bagaimana Dr. Roket mendapat ilham di depan Ka’abah untuk menghasilkan proses yang betul membantu bangsa posgrad, selepas bersimpati melihat sendiri ramai rakan seperjuangan yang terkandas dalam perjalanan Master PhD.
Sejak itu, beliau berhasil mencipta tools, proses dan formula khas bagi meyelesaikan masalah pelajar Master PhD melalui strategi pembelajaran yang berkesan.
“Pengalaman saya di Universiti dan mendapati ramai yang hilang fokus. Mereka fokus untuk menjadi master dalam research method, bukan fokus dalam menghasilkan draft tesis yang sepatutnya diutamakan, mereka perlu membezakannya”, Dr. Roket mendedahkan permasalahan utama yang dialami oleh bangsa posgrad.
Para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya, dinasihatkan untuk mengenepikan status dan jawatan mereka sepanjang seminar berlangsung dan fokus memainkan peranan sebagai pelajar bagi memperolehi impak dan berkembang dengan lebih berkesan.
Ini kerana, belajar adalah proses yang berkesinambungan dan tidak boleh berhenti sepanjang hayat, sesuai dengan kata-kata Dr. Roket; “pada hari anda berhenti belajar, pada hari itu jugalah anda akan berhenti berkembang”.
“Tesis itu mudah, jika saya ada proses yang betul, cicrle group yang tepat dan mentor yang ada result”, kongsi salah seorang peserta MST, Noorazlina Kamarulzaman didalam ruangan komen Zoom. Beliau turut mempelajari asas dan prinsip pengurusan tesis yang bakal dipelajari bersama Dr. Roket, antaranya tesis adalah sesuatu yang menggembirakan, mampu disiapkan kurang 6 bulan dan mampu masuk ke bilik viva tanpa pembetulan. Dengan syarat peserta perlu komited dengan proses yang betul, sentiasa bersama circle positif dan bimbingan mentor yang ada result.
Sepanjang 2 hari seminar dijalankan, peserta berpeluang mendengar perkongsian pengalaman suka duka lebih 10 orang Platinum sehingga berjaya menamatkan proses selama 6 bulan dengan menghantar notis 3 bulan Viva, mempelajari formula RESULT dan diperkenalkan dengan rancangan Morning Doc yang telah memberi impak kepada ramai bangsa posgrad pada setiap pagi didalam FB Live Dr. Roket.
“Hasil daripada 62 hari menonton Morning Doc semenjak 28 Mei lalu, melalui sahabat saya Haqqi Leeya, Dr. Roket telah berjaya menarik saya keluar dari mimpi ngeri perjalanan PhD dahulu kala, dan berjaya mengubah mindset saya, inilah yang saya tercari- cari selama ini, terima kasih Doktor, ” luahan kesyukuran salah seorang peserta MST, Puan Adilla Rahaman, pelajar PhD dalam pembangunan alam sekitar, UITM.
“Hidup adalah pilihan, sama ada kita mahu bertindak untuk menyiapkan tesis atau terus memberi alasan. Untuk berjaya, saya perlu memiliki minda yang kuat dan emosi yang stabil”, beliau berkongsi input penting MST yang beliau pelajari bersama rakan seperjuangan didalam group FB Dr. Roket Network.
Formula demi formula istimewa hanya boleh anda pelajari secara ekslusif di Seminar Mudah Siapkan Tesis. Sekiranya anda berminat untuk sertai program MST ini, boleh klik di bawah.