fbpx Skip to main content
search
0
Alhamdulillah hari ini merupakan hari bersejarah yang indah buat seorang Platinum Premier Dr Roket, di mana penantian yang ditunggu-tunggu selama bertahun-tahun kini berakhir.

Jutaan tahniah diucapkan kepada seorang lagi Platinum Premier Dr Roket, Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad yang telah Lulus Viva PhD beliau dengan ‘result’ yang cukup membanggakan.

Beliau telah masuk ke bilik Viva pada 15 Februari 2021 dan merupakan pelajar Phd pertama fakulti yang menerima ‘result’ sebegitu gempak, malah dicalonkan pula untuk satu anugerah.

Nak tahu apa dan bagaimana beliau boleh menerima keputusan yang memberangsangkan seperti ini? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Jika diimbas kembali pengalaman ngeri beliau yang pernah diceritakan, selama 5 tahun Ts. Dr. Nur Hidayah menjalani pengajian Master yang perit.
Beliau menghadapi cabaran tidak dapat seimbangkan antara akademik dengan kehidupan seharian dan berakhirnya Viva dengan Major Correction.
Alhamdulillah asbab ‘join’ proses Dr Roket seawal sebelum mendaftar PhD (beri komitmen bukan dalam tempoh 2 hari, bukan 2 bulan, tetapi selama 2 tahun lebih), beliau mengambil masa hanya 5 Semester PhD dengan ‘result’ Tesis Cemerlang Skala 1!
Paling mengujakan keputusan ‘result’ Viva telah dibacakan sendiri oleh SV beliau!
Beliau join Dr Roket semasa CNY Feb 2019 iaitu Seminar GEMPUR Utara di TH Hotel, Alor Setar. Ketika itu beliau MASIH BELUM mendaftar PhD, ya…
Namun, pada hari ini Feb 2022, beliau telahpun berjaya masuk ke bilik Viva!
Siapa kata tesis siap cepat tak berkualiti?
  1. Graduate Before Before Time (GBBT), genap 2 tahun Allah izinkan untuk menghantar tesis untuk Viva.
  2. Lulus Viva Voce PhD di USM, pada Skala 1 (equal to Pass Without Correction – at least sikit sangat sebab boleh submit pada SV bila-bila masa). Boleh refer form di bawah.
  3. Dicalonkan untuk menerima Anugerah Tesis Terbaik USM.
Alhamdulillah Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad telah membuktikan bahawa dengan adanya P-C-M (Proses, Circle, Mentor) yang dilaluinya seawal sebelum mendaftar lagi ditambah dengan strategi dan teknik yang diamalkan serta komited dengan proses, beliau mampu menghasilkan ‘result’ seperti yang diimpikan. Alhamdulillah…
Tahniah kepada semua Platinum yang sama-sama turut mendoakan & menjayakan Special Live Bising VIVA Dr Roket sebentar tadi. Semoga anda semua mendapat tempias “Hidayah” hari ini.
Bagi yang ingin menyaksikannya semula, boleh tonton di sini:
Semoga menjadi sumber inspirasi kepada semua..
#DrRoket
#MasterPhDStrategist
#DrRoket
#BeraniTuliS
#NUT2022
NAR

Digital Marketing Executive

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x