Sudah pasti kehidupan tersepit dengan komitmen terhadap pelajaran, tambah lagi dengan tanggungjawab terhadap anak istimewa yang diperlukan pemerhatian 24 jam. Pelbagai cabaran yang membuatkan tesis terhenti dan tidak yakin untuk menulisnya lagi.
Alhamdulillah, tesis saya bertambah helaiannya dengan cepat dan mampu siapkan draf penuh pada 15.6. 2021, serta dapat melaksanakan mock viva pada 30.7.2021 dan mendapat viva with minor correction pada 31.8.2021. Subhana-Allah! Saya berjaya mengharungi cabaran-cabaran tersebut dalam masa hanya satu bulan 17 hari, dan tanpa perlukan masa yang panjang, saya berjaya hantar surat NOS pada 15 Januari 2020.
Akhirnya, saya kembali berada di dalam ‘Circle Platinum Dr. Roket’ dan berjaya menghadiri NUT pada 14-15 November 2020 (orientasi program). Akan tetapi cabaran yang selepas itu semakin mencabar, kerana kini saya perlu menguruskan PDPR anak-anak. Tambahan pula, dengan data analisis tesis yang belum selesai yang membuatkan saya panik dan susah hati untuk mengutamakan yang mana dahulu. Tetapi alhamdulillah proses tesis saya masih berjalan dengan lebih pantas.
Namun, saya cuba kuatkan semangat dan menghadiri RIC 1 pada 27-29 Nov 2020, untuk mempelajari proses tesis di sebalik kesulitan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masih tidak boleh buang ‘perfectionist’ lagi, tesis map masih belum mantap, rutin yang tidak konsisten dan kadang-kala berdepan dengan emosi yang bergolak balik ketika itu. Ia merupakan satu keajaiban di mana tesis saya mula bergerak laju dan saya semakin tenang dalam pengurusannya.
Selain itu, saya buang perfectionist dalam diri dan baca ‘win-win’ sahabat yang menaik draf. Saya juga sentiasa berdisiplin mengikut jadual yang dibuat dan tidak lupa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, Allah banyak bantu saya dalam segala urusan.
Setelah itu, segala usaha keras dalam mempercayai perjalanan dan banyak penambahbaikan telah dapat dilakukan dengan apa Dr. Roket kongsi. Saya mula melihat perubahan yang ketara dalam diri setelah mengamalkan bangun sebelum subuh untuk menunaikan solat sunat dan barulah disusuli dengan kerja dan tesis.
Kesimpulannya, jika melayan gangguan, akan terbantut segala perkara yang perlu diselesaikan. Kini, saya lebih bersemangat dengan memikirkan kepada akibat tidak fokus dalam melengkapkan tesis pada masa yang ditetapkan. Antaranya, saya perlu bayar yuran apabila scholarship tamat dan juga saya mungkin tidak dapat mencapai impian untuk menjadi seorang pensyarah yang berkaliber.
Mari kembali ke saat – saat kegemilangan beliau dalam berkongsi perasaan dan cerita – cerita perjalanan beliau sebelum ke Bilik Viva di video Special Live Bising Viva – Puan Nadiah Ramlan di Youtube Dr Roket
https://www.youtube.com/watch?v=WAgk-92NP-Y
Bagaimanakah? Dengan hadirkan diri anda ke Seminar Nak Ubah Tesis pada 25 – 27 Mac ini secara atas talian dengan harga istimewa. Klik link dibawah sekarang.
https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/
#DrRoket
#BeraniTuliS