Sebenarnya ada 1 faktor yang paling penting yang sangat diperlukan untuk proses Viva anda. Ia bermula dari sebelum sehinggalah hari anda Viva!. Apakah faktor tersebut?
Faktor “E”! Iaitu Energy ataupun kekuatan.
Kenapa Energy? Apa kaitannya? Saya akan terangkan apa itu energy dalam konteks Journey kita sebagai Bangsa Postgrad. Energy inilah apa yang sangat kita perlukan sepanjang pengajian Master PhD.
Energy inilah kekuatan yang membantu kita untuk terus melangkah bagi melakukan aktiviti fizikal mahupun mental secara konsisten. Pernah rasa lemau, malas, takde mood nak tulis, rasa give up etc? Ha.. itulah bendanya!
Sepanjang anda berjalan daripada titik bermula iaitu sebelum mendaftar sebagai calon Master PhD sehingga membawa kepada anda Viva ataupun membawa kepada anda naik pentas convocation, sebenarnya memerlukan anda mengeluarkan energy yang sangat luarbiasa.
Energy inilah yang akan membuatkan anda strong enough untuk berhadapan dengan apa jua cabaran yang hadir. Samada cabaran hidup mahupun cabaran akademik. Energy inilah yang akan membuatkan anda boleh sustain sehingga tamat pengajian.
Ramai dikalangan bangsa postgrad menyangkakan bahawa kemahiran mereka untuk menguruskan ilmu Research Method ataupun kepandaian mereka menggunakan SLR, Atlasti ataupun Mendeley adalah salah satu daripada energy, tetapi sebenarnya tidak.
Kesemua kemahiran, Research Method yang anda mahir itu hanyalah tools sahaja. Bukan energy yang akan membuatkan anda “sustain” dari semasa ke semasa dalam tempoh pengajian Master PhD anda. Dalam tempoh 2-4 tahun tersebut anda perlukan energy. Sebab itulah kita dapati ramai yang Quit dan Give up daripada Master PhD (bukan cabaran yang kritikal). Ia bermula dari faktor energy ini.
Maknanya, daripada titik A ke titk B, anda perlukan energy. Titik B ke titik C anda perlu energy. Dari TitikD ke titik F anda perlukan energy.
Titik-titik inilah adalah apa yang saya maksudkan dalam checkpoints Master PhD Roadmap Free Online Training yang pernah saya bekalkan. Kalau anda belum pernah dapat, klik di bawah;
Maka kesemua energy inilah yang akan menyebabkan anda boleh sustain sepanjang journey Master PhD anda. Sebab itulah dalam seminar-seminar saya (antara modul yang diajar), saya bantu anda bagaimanakah caranya untuk anda sustain energy anda sejak bermula dari titik mendaftar sehingga anda sustain kepada Viva, sehingga kepada anda naik pentas convocation.
Energy-energy inilah yang anda perlukan dalam tempoh pengajian Master PhD. Malah anda perlukan bantuan mentor untuk sustain energy ini. Siapa je dekat dunia ini tak perlukan guru? Cuba anda tanya diri, siapakah mentor anda untuk pastikan energy anda ini terus “hidup” sepanjang journey ini? Sv? Suami? Isteri? Ibubapa? Orang lain?
Ok, Mungkin anda akan kata, “saya tak perlu, semuanya bergantung pada saya sendiri”. Ya betul, apa jua TINDAKAN itu totally bergantung kepada DIRI KITA SENDIRI. Cumanya, tak semua orang begitu. Kadang-kadang kita memerlukan insan lain untuk ingatkan kita dan menjadi push factor. Mungkin tidak untuk kita, mungkin ya untuk orang lain. Tidak untuk orang lain, mungkin ya untuk kita. Jadi tepuk dada, tanya diri.
Untuk bina sebuah bangsa yang berjaya itu memerlukan mentor ataupun guru untuk ajar. Tarik kita dikala kita jatuh. Guru yang nak melihat kita bangkit. Dengan izin Allah, dia menjadi asbab “Penyelamat” kita disaat kita kekurangan energy. Mentor atau Guru tahu bagaimana cara untuk bantu kita sustain energy sepanjang kita bergelar pelajar Master PhD.
Siapakah mentor anda untuk pastikan energy anda ini terus “hidup”? Tuliskan.
Ok, dapat something dari posting ini? Nantikan posting yang akan datang. Dapatkan sharing Tips, Motivasi, Inspirasi & Sharing Master PhD dihujung jari di Telegram Dr Roket Channel>>https://t.me/drroket
#DrRoket
#MasterPhdStrategist
#Vivalicious
#Tips Lulus PhD