fbpx Skip to main content
search
0
Sesi bergambar VIVAlicious 3.0

GOMBAK, 14 Jun 2021: VIVAlicious 3.0 telah berjaya diadakan oleh 2M World Sdn Bhd. dengan jayanya dari 11 Jun sehingga 13 Jun 2021. Program VIVAlicious 3.0 yang diadakan buat pertama kalinya secara atas talian masih mendapat sambutan yang luar biasa daripada peserta dan juga dari penonton yang menyertainya.

Pengunaan platform Zoom Conference sebagai medan utama pembentangan sangat memberikan kerjasama antara panel, para pembentang dan juga penonton yang turut serta dalam VIVA 3.0. Program pembentangan Viva secara langsung di hadapan Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri dan panel jemputan iaitu CRMP Dr Roket, Dr Nur Ashikin Marzuki, mendapat sambutan memberangsangkan oleh seramai 44 peserta yang terpilih.

VIVAlicous pada kali ini merupakan peserta yang terbanyak sepanjang VIVAlicious diadakan selama 3 tahun berturut-turut. 44 peserta yang terpilih VIVAlicious 3.0 kali ini merupakan platinum yang telah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Dr Roket sendiri. Malah, lebih istimewa kali ini, pada hari kedua program ini para platinum Elite dijemput untuk menghadiri VIVAlicous sebagai lakaran awal mereka dan seterusnya mendapat inspirasi dari para pembentang.

Setiap peserta diberi masa selama 15 minit untuk menayangkan video khas, pembentangan dan soal jawab secara langsung bersama Dr. Roket dihadapan lebih 100 orang penonton yang terdiri daripada para pembentang, ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir memberikan sokongan.

Untuk pengetahuan, VIVAlicious kali ini mendapat penyertaaan daripada pelbagai pelajar Master PhD dari university tempatan sehingga ke universiti luar negara. KUPU SB, Brunei Darussalam, University of Sheffiled dan University of Cambridge dari United Kingdom merupakan antara peserta yang terlibat untuk sesi VIVAlicious 3.0.

Adakah anda boleh menjangkakan pelajar daripada luar negara boleh melibatkan diri dalam program yang sesetengah orang labelkan ‘syok sendiri’?. Tuan Fauzi Said merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan dari Universiti terkemuka dunia iaitu University of Cambridge yang turut serta menjadi peserta VIVAlicous 3 kali ini.

Tuan Fauzi Sis pemenang Anugerah Platinium Dr. Roket

“Di Cambridge ni tidak ada program sebagaimana VIVAlicious yang memberi peluang untuk mempersembahkan dan kita bercerita tentang apakah projek ataupun PHD ataupun Master tesis kita di khalayak dan didalam keluarga Plantinum yang terpilih. Disini tidak ada proses sebagaimana Dr. Roket” ujar beliau ketika di Tanya oleh Dr Khairul.

“Untuk pengetahuan, saya pernah menghadiri presentation 13 minit di Cambridge, saya terkejut kerana proses presentation 13 minit ini juga berlaku di VIVAlicious. Tapi saya percaya ini semua magis-magis daripada Nya, asbab kita ikut proses yang betul. Macamana pun bila kita nak, Tuhan akan hadirkan dengan proses program insan yang betul” luah rasa kesyukuran pemenang anugerah Platinium VIVAlicious 3.0.

Sebanyak 14 anugerah yang dipersembahkan antaranya adalah Anugerah Vivalicious Dr. Roket yang dimenangi oleh Puan Nur Hidayah Ahmad, Platinium Premier 1 dan kini aktif menjalankan tugas sebagai CRMP Dr. Roket. Beliau merupakan pelajar PHD dari Universiti Sains Malaysia dan sedang membuat kajian tentang Development Of Supply Chain Management (SCM) Framework For Building Information Modelling (BIM) Implementation In Malaysia’s Public Sector Projects.

Anugerah Flashliscious Dr. Roket diraih oleh pasangan suami isteri iaitu Tuan Mohammad Zakkirun dan Puan Latifah Munirah. Anugerah ini adalah khusus kepada Platinium yang menulis deraf tesis dengan sangat laju. Kegigihan pasangan suami isteri boleh dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri di luar sana yang sedang menyambung pengajian Master dan PhD.

“Mindset preparation for Viva kena lalui proses yang betul.. Dan syukur alhamdulillah saya sedang jalan atas proses luarbiasa ini. Pengalaman belajar dalam bilik Vivalicious memang rare dan betul.. 2mWorld dalam proses urus tesis nya adalah workable dan impactful. Thank you so much.” Kongsi peserta pertama yang membentangkan tesis ketika VIVAlicious 3.0 iaitu Puan Zeti Yusmira. Beliau turut memenangi anugerah TDRlicious Dr. Roket.

Program selama 3 hari ini berakhir dengan ucapan daripada Pengasas 2M World iaitu Dr. Khairul Nizam Zainan Nazri aka Dr. Roket. Isi ucapan beliau ialah semakin banyak kita lihat orang bentangkan tesis semakin banyak kita belajar. Pemerhatian merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang paling berkesan. Dengan pemerhatian dapat kita serap ilmu serta belajar sesuatu yang baru. Begitu juga dengan Progam VIVAlicious 3.0 ini dimana kita dapat mendengar dan menyaksikan tesis yang dibentang daripada pelbagai latarbelakang pendidikan yang berbeza. Ianya juga boleh dijadikan latihan untuk mereka yang belum pernah merasa keadaan di dalam bilik Viva yang sebenar. Program ini sedikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada mereka.

Para peserta dan tim 2M World juga dipersembahkan video Montage sepanjang 3 hari program dijalankan, diberikan sijil penyertaan oleh Dr. Khairul Nizam. Selepas berakhir program VIVAlicious pada pukul 9.30 malam, program Master PhD Lockdown Bootcamp terus dijalankan. Sungguh, seorang guru itu tidak kenal erti penat dalam mendidik anak didikan mereka.

Bagi anda yang belum berkesempatan menyertai program Dr. Roket, anda boleh mendapat sebanyak 1000 TIKET PERCUMA Nak Ubah Tesis tersedia buat bangsa Posgrad. Seminar Nak Ubah Tesis bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021, pastikan anda tidak ketinggalan menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan 1000 TIKET PERCUMA ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/

Video montaj VIVAlicious 3.0
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x