Kebiasaannya pelajar jadi tidak keruan ketika berada dalam bilik Viva. Jadi tak senang duduk. Apa yang saya perasan bila sesudah sesi Viva, terdapat 2 jenis golongan pelajar PhD. Pelajar yang riak muka menunjukkan terlalu stress dan riak muka yang gembira.
Jika anda nak tahu, tips yang saya nak kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya berapa kali keluar masuk bilik Viva. Jadi anda perlu take note tips ini sebagai persediaan anda untuk Viva nanti.
Untuk pengetahuan anda, ada 3 tips yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan anda stress semasa dan ketika keluar bilik Viva. Takkan nak muka tu kelihatan berkerut je semasa Viva kan. So mari baca dan praktikkan tips ini.
1. Pastikan dalam seminggu sebelum Viva berjumpa dengan SV untuk membincangkan slide.
• Kebanyakan dari wajah yang berwajah stress adalah mereka tidak berjumpa dengan sv untuk menjukkan slide yang dipaparkan dalam pembentangan.
• Mereka mengambil tindakan dengan hanya membuat sendiri slide tersebut tanpa berbincang SV mereka.
• Amat rugi jika anda tidak berjumpa dengan SV anda kerana mereka ini dah banyak kali masuk ke bilik Viva dan mereka sememangnya tahu apa yang patut ada dan apa yang patut tiada dalam slide anda.
• Calon yang tak rujuk dengan SV sebenarnya mereka meletakkan point yang akan menjerat diri mereka sendiri.
2. Pastikan anda melakukan 1 mock Viva (Viva secara olok-olok)
• Apabila anda tidak melakukan proses pembentangan di hadapan orang lain mengenai apa yang bakal anda bentang semasa Viva, disebabkan itulah ketika Viva akan berlaku banyak masalah kepada anda.
• Untuk melakukan Mock Viva boleh panggil kawan anda yang sangat kritis. Jika boleh sorang dari bidang kita dan seorang yang bukan dari bidang kita. Pastikan anda membina jaringan yang sama bidang dan bidang lain
• Kawan-kawan anda yang kritis ini akan membantu anda dalam menyelesaikan findings kepada persoalan kajian anda. Mereka akan bantu anda memikir jalan penyelesaiannya. Jadi kawan-kawan anda sebagai penanda aras tahap kefahaman anda.
3. Pastikan anda pecahkan 20 min kepada bahagian-bahagian tertentu semasa Viva
• Pastikan huraian tajuk itu sepadat-padat yang mungkin. Mesti tunjukkan gap research.
• Yang kedua pastikan setiap persoalan kajian ada jawapannya ada di setiap chapter. Yang terakhir cerita method dengan jelas dan buktikan finding. 20 min sangat bermanfaat untuk anda berada dalam zon selesa.
• Sepanjang tempoh Viva diberikan masa yang amat terhad. Majoriti universiti hanya memperuntukkan selama 20 min sahaja untuk Viva. 20 min sangat tidak cukup untuk kajian kita yang bertahun. Jadi dalam tempoh 20 min letak diri anda as “salesman” yang jual barang.
• Kenapa jadi salesman? Kerana kita nak jual finding kita supaya orang setuju dengan finding kita.
• Antara soalan paling popular semasa Viva adalah “apakah penemuan terbaru untuk tesis anda”. Examiner nak tahu new findings untuk kajian anda.
• Setiap kali anda menulis tesis tolong tanya kepada diri sendiri “apakah penemuan terbaru untuk tesis saya?”.
• Apakah definsi penemuan terbaru? Ia bergantung kepada bidang anda. That’s why bila anda buat kajian tanya kepada diri sendiri apakah penemuan terbaru kajian anda dan berbincang dengan sv anda.
• Penemuan terbaru ini tak semestinya besar dan tidak semestinya new finding ini boleh ubah teori baru kerana dalam Viva, examiner hanya nak tengok keyakinan kita berhujah dan mengemukakan adakah kajian kita memberikan 1 ilmu baru.
Dapat sesuatu daripada 3 tips ini? Pastikan anda praktikkan tips ini supaya anda boleh keluar dari bilik Viva dengan muka yang sangat gembira dan senyuman terukir di wajah anda. Vivalicious insyaAllah!
Nantikan posting yang akan datang. Dapatkan sharing Tips, Motivasi, Inspirasi & Sharing Master PhD di hujung jari di Telegram Dr Roket Channel>> https://t.me/drroket