Baru-baru ni saya ada tanya dalam telegram Dr Roket Channel https://t.me/drroket, “Apabila sebut Viva, apa yang anda rasa dan terlintas?”. Ha cuba anda jawab yang mana pilihan anda? Kebanyakan pelajar akan rasa takut dan seram sejuk dan 1001 macam rasa lagi.
Kalau sebelum ni saya share mengenai tips awal sebelum Viva kan iaitu 2B sebelum VIVA. Untuk bacaan lanjut kalau terlepas, klik bawah ni:
Kenapa anda takut? Ketakutan datangnya dari ketidakpastian dan kurangnya keyakinan. Kurangnya keyakinan kerana tidak yakin dengan kajian dan penulisan yang dihasilkan.
Ha.. Sebab itulah amat penting persediaan untuk Viva perlu dibuat sedari awal sebelum mendaftar, awal semester dan ia sustain sehingga Viva insyaAllah.
Jangan biarkan ketakutan anda itu menjadi penghalang untuk anda perform semasa Viva. So sekarang saya akan share 4 tips yang calon Master PhD perlu tahu. Yang penting, buang ketakutan dengan Viva-Voce dan gantikan dengan keterujaan dan kebahagiaan! Itulah yang dinamakan VIVAlicious!.
Tempoh 20-30 minit berada dalam bilik Viva untuk pembentangan kajian sememangnya akan menjadi tempoh yang sangat lama dirasakan oleh para calon Master PhD. 20-30 minit terasa seperti 20-30 tahun lamanya! Hehe..
Bagaimana untuk yakin untuk Viva?. Dalam posting ini, saya share 4 Tips untuk anda semak dalam memastikan anda yakin dengan kajian dan presentation yang anda akan buat nanti insyaAllah:
4 Cara Untuk Survive Viva:
1. Tajuk dan isi kandungan adalah SELARI
• Pastikan apa yang anda tampilkan pada tajuk anda selari dengan isi kandungan. Jika sekiranya tajuk anda berbeza dengan isi kandungan, Kebarangkalian anda berdepan dengan masalah besar iaitu mungkin anda akan GAGAL sewakti VIVA-Voce!
2. Tulis dengan TELITI
• Pastikan anda mengikut format dan garis panduan yang telah ditetapkan. Apabila anda tidak menulis tesis dengan teliti ataupun tidak hantar kepada mereka yang sewajarnya untuk menyemak tesis anda dan anda masuk bilik VIVA, ia akan menyebabkan para penilai akan berkata “Pelajar ini tidak cermat dan tidak teliti. Pasti ada masalah dengan tesis beliau”.
3. JELAS Permasalahan, Isu dan Objektif Kajian
• Jarang calon yang clear objektif, clear permasalahan, celar isu yang dikaji gagal sewaktu Viva voce. Jadi, pastikan isu yang dibincangkan jelas, permasalahan kajian jelas dan pastikan objektif anda juga jelas. InshaaAllah and akan selamat sepanjang sesi VIVA Voce
4. KENALPASTI CONTRIBUTION OF STUDY
• Kenal dan pastikan apakah sumbangan yang jelas, padu dalam tesis anda walaupun kecil dan sedikit. Ia hasil sumbangan dari kajian tesis anda. Oleh itu inshaaAllah akan menyebabkan anda berjaya dalam viva voce
Dah jelas 4 perkara tersebut? Nantikan posting yang akan datang. Dapatkan sharing Tips, Motivasi, Inspirasi & Sharing Master PhD dihujung jari di Telegram Dr Roket Channel>> https://t.me/drroket