fbpx Skip to main content
search
0

Apabila sebut tentang VIVA, kebanyakan Pelajar Master PhD akan kecut perut dengan 1001 rasa. InsyaAllah saya akan share dengan anda beberapa Tips yang boleh anda guna untuk rasai kemanisan Viva. #TakSabarNakHabis kan? 🙂

Untuk VIVA, anda  perlu ingat bahawa untuk mendapat moment dan impak Viva seperti yang diharapkan insyaAllah, mesti bermula dari fasa SEBELUM, SEMASA & SELEPAS VIVA itu sendiri.

Apa yang saya maksudkan dengan 3 FASA tersebut?

Nantikan perkongsian saya dalam posting akan datang ok?

SEBELUM

Apa yang saya maksudkan dengan sebelum, untuk posting kalini, saya maksudkan bukan sehari sebelum, bukan sebulan atau beberapa bulan sebelum, sebaliknya seawal SEBELUM MENDAFTAR dan difasa AWAL SEMESTER lagi!

Fasa sebelum ini patut bermula sejak dari awal anda sambung belajar. Plan it well. Plan seawal sebelum mendaftar lagi bagus. So, untuk anda yang belum atau baru daftar, semoga points ini membantu anda!

It’s ok mungkin anda tak nampak lagi macam mana perjalanan ups & down Master PhD Journey anda. Tapi kalau anda sudah mulakan dengan cara yang betul, insyaAllah akan berakhir dengan betul.

Mulakan dengan betul tu maksudnya, anda clear dengan apa patut anda buat di setiap checkpoints “Master PhD Journey”. Clear sejak dari SEAWAL SEBELUM MENDAFTAR sehinggalah VIVA. Yang ni apa yang telah saya bantu dan terangkan semasa “Master PhD Lockdown Bootcamp” kelas percuma 14 hari dan “Master PhD Roadmap (MPR)”, “5 video Series Online Training”dan ebook yang saya hadiahkan. Kalau anda belum ada MPR  boleh klik sini (https://drroket.com/dr-roket-online-training-percuma-master-phd-roadmap-checklist/)

Ok, kita berbalik kepada fokus kita untuk Viva yang perlu diplan awal.

Ingat 2B ni je!

1)Begin with the end of mind

Apa target anda untuk Viva nanti? Ada orang, akan cakap;

“Aku tak kisah, janji lulus”,

“Aku kalau dapat major pun dah ok sangat dah, asal lulus!”,

“Aku ok je result apa-apa pun redha je”,

“Aku harap minor correctionlah”,

“Aku target dan nak usaha untuk without correction insyaAllah”,

So, untuk anda, apa “ending” yang anda nak?

Dari situlah anda akan buat tindakan demi tindakan untuk capai apa yang anda idamkan untuk Vivalicious. Walau apapun resultnya nanti, yang penting anda dan buat sehabis baik, bukan berserah sebelum berusaha.

2)Be confident with the final writing

Dari fasa awal ni, letakkan dalam minda untuk anda hasilkan yang terbaik. It’s ok untuk bermula dengan tak confident, tak proper, perlu tukar itu ini. Fasa awal ni offkan dulu “button perfectionist”. Boleh ke boleh?

Confident dengan apa yang anda hasilkan. Dari segi methodnya, kajiannya, LRnya, Bahasanya dan semua yang berkaitan. Maksudnya, apa yang anda akan submit untuk examiners adalah yang paling anda confident. Bukan setakat diri anda, SV pun sama. Cumanya perlu ingat, kalau nak tunggu perfect dan puas hati sepenuhnya, agak sedikit mustahil. Sebenarnya, even sampai Viva pun akan ada yang kita rasa nak tambah itu ini. Poinnya disini adalah yang anda paling confident untuk final submission ok.

Ok, dapat sesuatu? Nantikan posting yang akan datang. Dapatkan sharing Tips, Motivasi, Inspirasi & Sharing Master PhD dengan pantas dihujung jari di Telegram saya Dr Roket Channel>> https://t.me/drroket

#DrRoket

#MasterPhdStrategist

#Vivalicious

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x