fbpx Skip to main content
search
0

Dr. Aqlili Riana Alias membawa kita kepada kisah perjalanan PhD yang penuh dengan kejutan tapi masih kekal berinspirasi. Siapa pembaca baru di blog Dr Roket mesti akan tertanya-tanya kan siapakah gerangan Dr. Aqlili ini. Betul tak? Let’s get ready untuk dalami kehidupan insan bernama Aqlili Riana Alias di bawah.

Kejayaan Sejak Zaman Sekolah

Dilahirkan di Banting, Selangor, Aqlili Riana memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Sri Langat, Banting dan terus menyambung di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya (antara sekolah menengah berprestij di Malaysia). Keputusan cemerlang yang diperolehi ketika SPM membuahkan hasil apabila beliau mendapat tawaran MARA American Degree Foundation Program (ADFP) INTEC di UiTM selama 9 bulan sebelum terbang ke New York.

Di sana, beliau menyambung Ijazah Pertamanya (Degree) di University of Rochester, New York. Kemudian, beliau menyambung PhD di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2014 dalam Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences.

Ketika di New York, Dr. Aqlili sekali lagi membuktikan kecemerlangan beliau dengan Anugerah First-Class Honours dalam bidang Biotechnology. Fuhhhhhh… Dr Aqlili ni kita boleh kategorikan dalam kelompok ‘genetic genius’ ni…

Mana tidaknya… sejak dari zaman sekolah beliau sudah cemerlang hingga dapat menyambung PhD secara fast track. Anda pun tahu kan golongan fast track ni memang golongan bijak pandai…

Kegagalan Pertama Kali

Jika anda beranggapan bahawa perjalanan PhD (fast track) Dr. Aqlili smooth sahaja, anda boleh buang sahaja tanggapan tersebut. Perjalanan PhD beliau penuh dengan liku-liku onak dan duri kerana walaupun menjadi salah seorang fast track, beliau kurang pendedahan dalam penulisan tesis berbanding PhD holder yang lain.

Artikel di Mendeley yang dikumpul hanya  begitu sahaja kerana ilmu pengurusan menulis yang kurang. Update bersama SV juga jarang beliau lakukan ditambah lagi dengan sikap perfectionist untuk submit hanya bila semua betul. Kegagalan utama PhD yang beliau kongsikan adalah ibarat tak bagi salam kerana tidak mempunyai persediaan dan situasi fast track.

Malah, Dr Aqlili juga berkongsi bahawa ketika selepas 4 tahun hanya fokus buat labwork sahaja, beliau sebenarnya dah saat semangat menulis ada, beliau disahkan mengandung anak pertama. Bila mengandung, beliau hanya nak fokus pada anak jadi beliau menangguh penulisan tesis. Dr Aqlili mula menulis tesis apabila dah mula mengantar anak ke taska. Salah satu cabaran juga sebenarnya bagi ibu yang sedang menyambung PhD kerana akan pastinya memikirkan anak dahulu dari segala-galanya.

Dr. Aqlili mengakui bahawa beliau seorang yang jarang menonton video motivasi dan ayah beliau yang menjadi push factor untuk menghantar thesis beliau. Dr. Aqlili turut menyatakan fasa kedua kegagalan beliau selepas submit thesis. Beliau hanya menunggu tarikh Viva sambil mencari tips cara membuat slide show dan cara Viva. Hampir 2 bulan masa tersebut beliau tinggalkan tesis beliau. Selepas submit tesis tersebut, massih “meninggal”.

Turning Point Selepas Submit Tesis

Mesti tertanya-tanya bagaimana Dr. Aqlili membantu diri beliau untuk menamatkan viva sehingga dapat viva dengan sangat tenang dan cemerlang, bukan? Doa Dr. Aqlili, ‘Ya Allah, saya nak habiskan viva saya dengan cemerlang, dikabulkan. Syukur Alhamdulillah. Posting kawan beliau mengenai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) menjadi turning point beliau. Jika sebelum ini beliau menyangka hanya beliau seorang yang menghadapi masalah tesis meninggal, namun setelah join NUT pada 2-4 April 2021, lebih ramai yang merasai apa yang beliau alami.

Dan, mereka mampu cemerlang viva. Perasaan yang bercampur baur dirasai Dr. Aqlili sehingga beliau menangis di sebalik laptop. Dr. Aqlili kini ibarat lahir semula, beliau dengan visi yang baru iaitu ‘Saya taknak setakat viva je, tapi saya nak join professorship. Saya bukan Aqlili yang penuh dengan negativiti, tapi saya Aqlili yang akan terus cemerlang!!’

Beliau kongsikan bahawa ketika NUT April lalu, beliau nampak keikhlasan platinum sangat sayang mentor. “bila ada circle yg sayang mentor mesti ada something mengenai mentor ni”. Dr Aqlili berasa sangat terharu dengan perkongsian ketika NUT. Itulah yang beliau inginkan, mentor, circle dan proses yang betul.

Sahabat baik platinum beliau iaitu Dr Faridah Hanim berkongsi bahawa Dr Aqlili ini seorang yang selalu ikut kata hati yang betul. Bila beliau kata nak buat, beliau akan buat. Sebelum beliau memutuskan untuk jadi platinum premier Dr Roket, beliau solat istiqarah selama seminggu selepas berbincang dengan suami beliau. Para sahabat platinum beliau sebenarnya hairan dengan keputusan beliau ingin menjadi platinum. Mana tidaknya, beliau hanya tinggal Viva sahaja. Bagi beliau keputusan mengikuti program Platinum adalah kerana beliau berpegang kepada ianya bukan sekadar ilmu untuk tesis, tetapi untuk ilmu kehidupan.

Sungguh niat murni mengikuti platinum itu adalah sangat membawa perubahan positif kepada perubahan beliau. Tindakan-tindakan betul beliau berubah dengan anak. Dr Aqlili belajar membuat kerja bersama anak. “Mindset bila anak kacau maybe allah suruh rehat”. Itula mindset betul yang beliau lakukan sekarang. Malah beliau juga menjadi lebih menghargai orang sekeliling

Detik-detik Viva beliau pada 25 Jun 2021 minggu lalu sangat indah kerana beliau mengikuti tips mentor beliau Dr Roket untuk menggembirakan keluarga dan penyelia sebelum Viva.  Dr Aqlili memberi hadiah kepada ibu bapa dan penyelia beliau sehinggakan penyelia beliau pelik kerana selalu selepas Viva baru ada celebration. Tapi bagi Dr Aqlili, untuk mendapat keberkataan, lebihkan orang sebelum viva.

“To be honest memang saya tak sangka result saya. Susah nak explain. Saya rasa tak layak dapat, tapi sebab doa-doa orang sekeliling saya berjaya dengan sangat tenang dan lancar pada hari ini” dengar suara kegembiraan dari riak wajah dan nada suara beliau ketika slot Apa Cerrrr Tesis pada jumaat lalu. Bagi beliau semua ini bukan bergantung pada result. Tetapi bergantung pada proses. Sebelum, semasa dan selepas Viva tu lagi penting. “Kalau saya yg baru masuk ni macam ni, mesti orang yang dah lama dalam proses Dr Roket lagi impactful”

“Proses ketika Vivalicious tu adalah membina saya hari ini (Viva sebenar). Vivalicous ajar bagaimana present online dengan tool. Slide saya harini sama dengan ketika Vivalicious”. Para examiner beliau sangat memuji slide yang beliau persembahkan kerana sangat jelas. “Saya tak reti slide-slide ni. tapi bila dekat vivalicious saya tengok slide kawan-kawan, saya improvekan diri saya juga. Amazing tak amazing followvasi beliau. Kita ikut Tindakan betul orang yang berjaya, InshaaAllah kita akan turut berjaya juga.

Kalau anda tinggal tunggu surat senat je agak-agak anda akan santai-santai ataupun buat keputusan seperti Dr Aqlili. Platinum senior pun pada awalnya terkejut dengan keputusan beliau untuk ikuti platinum. Namun, seperti yang Dr Aqlili katakan proses ini bukan mengenai tesis sahaja tapinya ialah adalah ilmu kehidupan.

Tahniah Dr Aqlili Riana Alias atas kejayaan yang sangat luar biasa pada Viva 25 Jun 2021 lalu. Semoga Allah terus pelihara Dr Aqlili Riana Alias dunia dan akhirat. Aminnn Ya Rabb.

 

 
 

Adakah anda terinspirasi dengan kisah perjalanan PhD Dr. Aqlili Riana di atas? Sekiranya anda inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda, daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

POSTGRADUATES TRANSFORMATION PROGRAMME (PTP)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x