fbpx Skip to main content
search
0

Terima kasih, Dr.. Ajar saya banyak perkara.. Push saya habis-habisan.. Saya masih ingat lagi, saya buat rayuan dengan Dr. untuk masuk platinum.. Saya memang berharap sangat nak ubat thesis saya dengan mentor yang ada result.

Saya dah semester ke 15, currently.. Tahun ke 8. Saya nampak peluang depan mata saya.. Saya boleh sebenarnya, jika saya trust the proses, bertindak, ikut cakap mentor yang ada result.. Saya x boleh lagi toleh ke belakang, mengimbau kesalahan dan kesilapan lampau saya dalam journey PhD. Saya kena take action now, dan pandang masa depan saya..

Sekarang ni, seperti yang Dr. ajar, 5 minit sebelum tidur, bayangkan apa yang terjadi untuk journey phd.. Saya selalu take 5 minutes, untuk visualise ayah dan suami saya memakai bonnet dan jubah konvo phd saya, saya bayangkan di saat saya viva di hadapan examiner, dan examiner suka dengan research saya, no correction, saya bayangkan saya dapat pegang thesis yang binding. Saya rasa lagi bersemangat keesokan harinya. Lagi rasa nak tulis dan sentiasa ada page driven mindset.

Thesis saya dah lama meninggal, sejak 2015. Sebab kepercayaan salah saya adalah saya tidak ada data, so x payah tulis thesis.. Selama ni, saya collect data, buat instrument, model, tool simpan dalam cloud sahaja.. x tulis dalam thesis. analysis pon simpan dalam document.. Lama saya ternak biawak ni. Sehinggalah saya dapat pergi umrah, 2018, ketika ramadhan dan syawal, saya doa sungguh2 untuk saya diketemukan dengan orang yang dapat bantu saya dalam thesis dan journey phd. Saya doa depan kaabah hari2, pada waktu qiamullail. Saya mengharap sungguh2, Allah bantu saya untuk dapat jumpa orang2 yang bantu saya dalam journey phd.

Untuk pengetahuan Dr, Saya tak pernah dengar nama Dr.. dan x pernah kawan2 saya ajak pergi kelas Dr. atau seminar yang Dr. anjurkan. Sehinggalah, saya jumpa kak Saleha Idris, dia pernah masuk seminar Dr. Dia suggest nama Dr. pada penghijung 2018. Itu pertama kali saya dengar nama DrRoket.

Pada awal 2019, saya selalu dengar live Dr., walaupun saya x pernah join platinum atau gempur. Saya tengah sarat mengandung masa tu, sehinggalah deliver. Setahun juga, saya bina kepercayaan, yang saya dah jumpa orang yang betul untuk bantu saya.

Terima kasih Dr. jadi mentor saya, push factor saya, saya yakin saya boleh habiskan phd saya tahun ini. InsyaAllah, May hantar notification of submission. Viva, September 2020. Convocation, November 2020.

Circle group yang Dr bina ni, saya x pernah ada sepanjang journey phd. Saya memang berada di dalam gua beberapa tahun ni. X nak jumpa orang langsung. Tapi alhamdulillah, circle group ni mmg awesome.. Sangat membantu, dan sentiasa membakar semangat.

Syukur Alhamdulillah, Terima kasih Dr.

 

 

Bagi anda yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang program terbaru Dr Roket iaitu Nak Ubah Tesis (N.U.T), klik link dibawah
>> http://www.drroket.com/nak-ubah-tesis-n-u-t/


#DrRoket
#NakUbahTesis
#NUT2020
#GEMPUR10X

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x