Special Live Women’s Day Hari Kedua.
(Tangan Yang Menghayun Buaian, Bisa Mengoncang Dunia)
Perbincangan Pengurusan Masa Antara Kerjaya & Keluarga
Barisan panel yang tidak asing lagi iaitu Dr Ts Nur Hidayah Ahmad Skala 1, yang merupakan Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang sedang mengikuti pengajian PhD in Project Management di USM. Beliau ditanyakan pendapat mengenai isu “adakah salah untuk wanita kekal berkerjaya dan berkeluarga”. Menurut beliau, ia sesuatu yang tidak mustahil untuk wanita yang berkerjaya, ini kerana beliau juga telah pun dibesarkan dengan seorang ibu yang berkerjaya. Beliau berpendapat bahawa, ia bergantung kepada susun atur kehidupan individu itu sendiri dan secara peribadinya, beliau gemar bekerja kerana mempunyai impian dan cita-cita yang untuk dicapai. Beliau juga berpegang teguh kepada kisah Sayyidatina Khadijah, saudagar yang berjaya yang membuatkan Rasulullah kagum dan terpaut dengannya. Di sini, beliau mengupaskan bahawa tidak salah untuk wanita bekerjaya.
Di samping itu, beliau tidak terkecuali daripada merasai cabaran menguruskan masa dengan keluarga dan anak-anak kerana tiada ilmu lengkap mengenai pengurusan masa. Menurut beliau, sebelum menyertai Dr. Roket, beliau sukar membuang karakter yang agak ‘bossy’ dalam harian bersama keluarganya. “Sejak menyertai Dr.Roket, saya boleh mengurus diri sendiri, dimana bermula pada diri sendiri dahulu dan baru lah dapat menguruskan yang lain, seperti mengurus emosi. Bak kata orang, emosi seseorang ibu mempengaruhi seluruh ahli keluarganya” ujar beliau. Kini, beliau amat bersyukur mengenali Dr Roket dan akhirnya mahir menganalisis The Master Mind untuk mengimbangi masa dan mengawal emosi, di samping mempunyai sudut pandagan yang jelas mengenai segala segi kehidupan untuk mahir mengurus dan menstabilkan struktur kehidupan. Akhir kata beliau, “saya menyokong untuk para wanita menjadi leader tidak kira apa pun bidang yang diceburi oleh mereka”.
Bermula dengan 2P iaitu mahir dalam ‘PLANNING’ aktiviti dan tugasan harian ( ika gagal merancang gagallah diri di dalam kehidupan, mahir mengunakan TM168 dan Jadual Sekolah Dr. Roket sentiasa perlu mengubahnya mengikuti situasi, ini amat penting di dalam melengkapkan sebarang tugasan yang diberikan demi menampakkan pergerakan tesis beliau. Seterusnya, ‘PRIORITY’ perlu dicatatkan dan difokuskan buat seketika dan itu akan membuatkan kita menghargai dan bersyukur mengenai win-win kecil kita. Beliau menegaskan agar kita perlu sentiasa mengutamakan Allah di dalam segala tugasan. Rumusan 2Q pula iaitu, ‘QUALITY’, kualiti dalam empat perkara iaitu sebagai anak, pensyarah, isteri dan ibu. “Ambil sedetik untuk berikan perhatian kepada anak-anak setiap hari, disebabkan perubahan sedikit dari itu, ia sangat hebat”. Sebagai penutup, beliau mengingatkan untuk memenuhi keempat-empat kunci ini agar menjadikan kehidupan seharian seimbang.
Jesteru itu, panel jemputan Ts Nur Hidayah Ahmad Azam mengambil peluang untuk berkongsi pendapat beliau mengenai isu ini, seorang NGO di Ikatan Muslimin Malaysia, dan memegang PhD in DBA Human Resource, seorang suri rumah yang sibuk dengan menguruskan tujuh orang anak dan empat daripadanya dilahirkan sewaktu menyambung pelajaran PhD. Bersempenakan Hari wanita, beliau mengatakan saksama bersama untuk meningkatkan potensi wanita. Beliau usulkan apakah maksud sebenar saksama?. ”Saksama bukanlah sama di mana bersikap adil dan benar”, jelas beliau. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa wanita bagaikan tiang kekeluargaan. Jika bahagia atau baiknya wanita itu bahagia dan baiklah seluruh keluarga tersebut. Antara perkongsian dalam pengurusan masa, beliau menekankan supaya pandai menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa bersyukur kepada Allah. Allah pasti menambah segala nikmat kehidupan hadapan.
Tambahan pula, beliau menyarankan agar minta anak mendoakan kita atas segala urusan dan anggaplah kita sedang memberi khidmat untuk keluarga. Beliau jelas menekankan kebaikan waktu pagi, “Setiap pagi ialah waktu aktif, mulakan minum air, grain food dan pada waktu pagilah semua benda kita lakukan, jangan tangguh dan gunakanlah masa yang kita sedang produktif itu.” Sebagai penutup, beliau mengingatkan supaya sentiasa refleksi diri kerana sebaik-baik manusia ialah manusia bermanfaat pada orang lain dan hargailah kekuatan yang kita ada.
Panel seterusnya, Dr Zeti Yusmira Binti Jaludin, pemegang PhD Islamic Education. Beliau diminta untuk mengulasi faktor yang menyebabkan wanita hari ini berhenti kerja. “Kehidupan seorang wanita bekerjaya pada realitinya, ada konflik dan cabaran tersendiri dalam mencari keseimbangan masa” ulas beliau. Di samping itu, menurut beliau secara ringkas, faktor utamanya ialah tekanan mencari keseimbangan masa yang mengakibatkan kesibukan untuk menstabilkan segalanya menyebabkan para wanita tertekan dan ‘burnt out’ daripada segi emosi dan fizikal. Selain itu, kekurangan quality time untuk keluarga, diri sendiri, kurang komunikasi dengan pasangan, isu uruskan anak amat meletihkan pada sesuatu masa.
Tambahan pula, disebabkan musim pandemik ini, para wanita merasakan bekerja di rumah terasa amat mencabar. Hal ini kerana mereka perlu membuat tugasan daripada majikan dan menjaga rumah tangga secara serentak juga antara faktor yang mendorong wanita tekad untuk berhenti kerja.
Beliau mengakhiri perkongsian dengan menjelaskan bahawa wanita yang tidak mampu untuk mengimbangkan waktu kerja dan keluarga dengan sebaiknya akan membawa impak negatif dalam institusi keluarga, dan akhirnya membuat keputusan berhenti kerja, serta membawa isu pergolakkan rumah tangga yang boleh membawa kepada penceraian.
Antara perkara beliau lakukan adalah dengan membuat perbincangan bulanan untuk membentuk perjalanan keluarga bersama suami dan anak – anak tanpa membebankan diri mereka sendiri. Beliau juga sentiasa membuat perbincangan tersebut untuk mengenal pasti isu di dalam organisasi dan memperbaiki pengurusan ke arah lebih sistematik Selain itu, beliau juga mengamalkan TM 168 dan Jadual Sekolah Dr Roket yang menyelaraskan pelancaran penyiapan tesis lebih cepat dan banyak memberi penambahbaikan pada kehidupan beliau sekeluarga.
Tambahan pula, beliau menjelaskan bahawa dengan kemahiran berkomunikasi sesama pasangan, keluarga dan juga di tempat kerja mampu untuk mendapatkan impak yang positif. Selain itu, penambahbaikan dalam pengurusan emosi dan minda untuk mengekalkan harmoni dalaman. “Bila wanita tertekan atau datang bulan, kita kena ada amalan seperti doa dan zikir Siti Fatimah, ia menimbulkan semangat dan rasa tenang dan rasa urusan cepat selesai.” Pada akhir kata, beliau mengalakkan untuk mengekalkan tiga perkara ini iaitu pengurusan jadual atau roadmap, kemahiran komunikasi dan ada amalan sebagai pagar dan kekuatan diri. Panel seterusnya, seorang ibu, Wan Rohanina Binti Wan Ibrahim, Founders of Wannina Resources dan mengambil PhD Kejuruteraan (Struktur Kaca). Beliau mempunyai 7 orang anak dan ditujukan soalan bagaimana seorang ibu menguruskan anak-anak agar tidak terabai.
Beliau mengingatkan agar tidak menghiraukan atau mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang tidak mengenali diri kita yang sebenar dan teruskan bersyukur dalam kehidupan yang diberi. Beliau juga mempercayai langkah yang terbaik ialah dengan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kerana tiada manusia yang akan benar–benar memahami segala yang dihadapi dan juga akan membantu dengan ikhlas. Selain itu, beliau berkata “menjadi seorang ibu, anak akan menjadi kekuatan diri kita”. Dengan sokongan yang ada, ia amat memainkan peranan penting dalam mengekalkan ketenangan.
Tidak lupa juga, sentiasa membawa aura positif ke rumah demi anak-anak akan mengekalkan kebahagiaan semua, terus positif kan diri. “Memang benar bahawa anak-anak akan ingat bagaimana ibu mereka mengambil berat terhadap mereka” ujar beliau. Beliau berkongsi caranya berkomunikasi dengan anaknya adalah istimewa melalui luahan perasaan dalam lukisan untuk diadaptasi oleh beliau mengenai apa-apa situasi yang sedang berlaku kepada anaknya itu.
Kesimpulannya, segala perkongsian daripada panel-panel hebat kali ini bukan sahaja satu luahan atau pemberian petua yang biasa, malah merupakan sebuah inspirasi kepada semua wanita di luar sana. Untuk sentiasa percayakan kepada kekuatan diri dan keredhaan Allah di atas segala perancangan kehidupan yang disusun oleh-Nya. Tanpa minda yang positif dan kehidupan yang sistematik, sudah pasti ketenangan yang didambakan akan menjadi suatu perkara yang mustahil untuk dicapai pada setiap masa.
Ingin merasai semangat wanita – wanita hebat ini semula? Saksikan sesi sembang Istimewa ini di Youtube Dr Roket:
https://www.youtube.com/watch?v=vraaP6HJDV8
Sesiapa sahaja boleh menghadapi masalah dalam menyiapkan tesis, namun menjadi seorang ibu ialah satu anugerah yang tidak ternilai. Kepada semua ibu-ibu di luar sana yang mempunyai masalah yang sama. Jangan lupa sertai diri anda ke Seminar Nak Ubah Tesis pada 26 – 28 Jun nanti. Insya-Allah segala persoalan anda akan terjawab. Dapatkan tiket anda sekarang dengan klik link di bawah :
https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/
!! Kami pasti anda akan ada energi yang LUARBIASA untuk proses tesis anda !!
#DrRoket
#BeraniTuliS