Live Istimewa Sembang Wanita Roketeer’s Hari Wanita Sedunia
(Tangan Yang Menghayun Buaian, Bisa Mengoncang Dunia)
DISKRIMINASI TERHADAP WANITA DI DALAM ALAM PEKERJAAN/ PELAJARAN
Ramai yang menyertai proses Dr. Roket ini dengan wanita-wanita hebat yang berusaha keras demi memegang scroll PhD mereka. Oleh hal yang demikian, setiap wanita di dalam Program Dr. Roket ini mempunyai kisah dan matlamat mereka yang tersendiri. Ramai daripada mereka telah pun berjaya merealisasikan impian mereka bersama Dr. Roket.
Oleh itu, Dr. Roket juga berusaha untuk mendapatkan panel-panel yang terpilih untuk merungkai topik yang serius pada hari ini iaitu Diskriminasi Terhadap Wanita Di Dalam Alam Pekerjaan/Pelajaran. Dipersilakan Dr. Nur Ashikin Marzuki, seorang pertugas sebagai Pensyarah Kejuruteraan Awam di UiTM Pulau Pinang yang juga mempunyai PhD di dalam jurusan yang sama ketika menyambung PhD beliau di USM. Seterusnya, Dr. Nor Shiela Abdullah, seorang pemegang PhD Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UNIRAZAK dan juga pemilik sebuah Taska, Dato’ Wahadaniah Abd. Wahab seorang Vice President di Lim Kok Wing University dan juga mempunyai PhD di dalam bidang Business and Management UiTM.
Tambahan pula, dalam pelbagai sektor pekerjaan tidak kira kerajaan mahu pun swasta, cabaran yang dihadapi oleh wanita adalah tinggi, di mana mereka sentiasa perlu bersaing dan berusaha lebih dua kali ganda dari lelaki untuk berjaya dalam menaiki pangkat yang tertinggi di sebuah organisasi. Hal ini adalah kerana, ramai yang berpendapat bahawa lelaki lebih sesuai untuk tugas-tugas yang mencabar lebih daripada wanita. Ini telah dibuktikan oleh ramai wanita yang telah berjaya melakukan tugas-tugas marabahaya sehandal para lelaki di luar sana.
Bak kata Dr. Nur Ashikin Marzuki, anda perlu mengetahui “Mengapa” anda membuat pilihan tersebut dan ini akan menjadikan anda seorang yang tidak akan pernah kenal erti putus asa, tidak kira apa pun akan berlaku di dalam proses merealisasikan impian tersebut. Kata kunci ketahui sebab-sebab anda memilih untuk meletakkan fokus yang sepenuhnya pada sesuatu tugas tersebut, anda akan mendapat keputusan yang hebat.
Perkongsian Diskriminasi Wanita di dalam aspek pelajaran ialah di mana, suatu ketika dahulu, perempuan tidak digalakan berada di luar rumah demi membantu tugasan harian ibu mereka. Namun segalanya berubah dek zaman. Dalam pada itu, Dr. Nur Ashikin berkongsikan memori bersama ibu beliau di mana ibunya sering mengingatkan beliau dan adik–beradik tentang mengenai kepentingan mempunyai ilmu. Sokongan dan juga dorongan ibu beliau itulah yang menjadikan beliau seorang yang berjaya pada hari ini.
Kini, kita beralih kepada diskriminasi wanita di dalam aspek pekerjaan. Fakta mengenai kebanyakan wanita lebih multitasker daripada lelaki, telah terbukti dimana mereka boleh menguruskan rumah tangga dan melengkapkan keperluan anak-anak walaupun sibuk bekerja pada masa yang sama. Ini telah disokong oleh kesemua ahli panel yang terpilih untuk menyertai sesi perkongsian tersebut. Dato Dania juga berkata di sektor pendidikan swasta, ramai wanita yang lebih cepat menyiapkan tugas-tugas penting syarikat daripada para lelaki.
Kini, wanita ingin berjaya setaraf dengan lelaki dan masih gagah dalam pengurusan pembesaran dan pendidikan anak-anak walaupun sibuk dengan tugasan penting. Selain itu, seperti yang dikongsikan oleh Dato Dania dimana beliau adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai jawatan yang besar. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk tidak mengikat satu hubungan khas ibu dan anak. Kerana tiada had umur untuk anak–anaknya, tidak kira jantina akan akhirnya balik kepada pangkuan ibunya untuk hal-hal yang intim dan peribadi.
Kesimpulannya, betapa pentingnya peranan seorang wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, tidak kira seorja.ang anak yang menjadi pembantu setiap tugas di rumah. Malah, ibu yang menjadi pendengar setia dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak-anak yang tercinta. Maka, setiap wanita di sini amatlah penting dan perlu dihargai di dalam setiap tindakan yang betul untuk dijadikan norma setiap masa. Ketahui hak- hak anda dan sayangi diri anda selalu.
Ingin mengenali lebih lagi wanita – wanita menakjubkan ini boleh saksikan video Live Sembang Wanita Roketeers’s Hari Wanita Hari Pertama di Youtube Dr Roket
Adakah anda juga tergolong dalam kumpulan wanita – wanita yang hebat ini? Inginkan bimbingan daripada pakar untuk proses siapkan tesis anda pada waktu yang singkat?
Ayuh daftarkan diri anda untuk menyertai Seminar Nak Ubah Tesis pada 26 – 28 Ogos ini. Persiapan awal untuk anda lebih memahami strategi pengurusan tesis yang tepat dan efektif.
https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/
!! Kami pasti anda akan ada energi yang LUARBIASA untuk proses tesis anda !!
#DrRoket
#BeraniTuliS