Sesi Live Istimewa Close – Up & Personal Bersama Dr Roket
Dr. Roket adalah satu “brand” yang diwujudkan dan bersistem untuk memudahkan permahaman mengenai fasa – fasa dalam ‘PhD Journey” seseorang yang berdaftar bersama dengan Program Dr Roket. Ia menjadi satu nama singkatan mengenai proses – proses yang bakal dilalui oleh mereka seperti tercatat dalam sistem pendidikan di negara ini. Walaupun ditubuhkan dengan permulaan yang berskala kecil, namun beliau tetap berkeyakinan tinggi dalam organisasi yang telah diwujudkan dengan nama jenama yang mudah diingati bakal berkembang dengan jayanya pada masa akan datang, ungkapan beliau untuk mencapai sehingga 100 Tahun Legasi Dr Roket. Program ini juga telah distruktur dengan pelan untuk mencipta proses CRMP untuk kekalkan proses Dr Roket . Di samping itu, beliau sentiasa mencari cara – cara untuk kekalkan jiwa muda dan mencari jalan untuk menceriakan kehidupan walaupun sibuk. Subhanallah, Doc ialah seorang insan yang terpilih untuk mengasah bakat demi mempersiap generasi – generasi baru pemilik PhD.
Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa, pelajar – pelajar PhD mampu memajukan sistem pengurusan negara pada masa hadapan untuk negara yang lebih bebas rasuah, iaitu selaras dengan input program dalam penghasilan tesis yang dianjurkan oleh beliau. “Kita terlampau redha untuk melambatkan proses siapkan tesis dan ambil mudah peluang tersebut” tambah beliau. Beliau amat mementingkan sistem pendidikan, yang akan menguasai kehidupan seharian dan mengingatkan supaya lupakan hiburan yang membuang masa.
Dalam pada itu, beliau menerangkan apakah Misi Visi beliau setelah lengkapkan Skala 1?. Pada masa kini, beliau perlu mencari cara untuk kekalkan motivasi diri dengan isi – isi penting untuk kekal fokus siapkan tesis dengan cepat dalam program tersebut. Beliau juga ingin memastikan peserta telah mendapat keputusan yang meyakinkan dan akhirnya berasa tenang selepas keluar Bilik Viva. “Setiap langkah yang diambil mesti berjaya untuk mendapatkan keputusan – keputusan hebat untuk dijadikan bukti kukuh yang membawa mereka ke Skala 1” ujar beliau.
Seterusnya, beliau menceritakan kisah bagaimana beliau bakal membantu Malaysia ke arah lebih maju pada masa hadapan. Beliau menggalakkan pelajar platinum dari Dr Roket ini akan membawa nama Brand ke Luar Negara yang membuat terpahatnya nama beliau di mata dunia. Selain itu, sentiasa mengunakan ilmu yang ada untuk membantu masyarakat yang memerlukan kepakaran yang telah diajar sepanjang program tersebut. Beliau juga menegaskan agar mengurangkan ego sebagai pelajar PhD untuk kekal merendah diri dalam memberi inspirasi kepada masyarakat, mencari semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna.

Ayuh saksikan sekali lagi saat – saat yang menyentuh hati ini di :
Facebook Dr Roket : https://fb.watch/c027Vh6wWX/
Youtube Dr Roket : https://www.youtube.com/watch?v=EFlZpzWSFHI
Seminar Mudah Siap Tesis : https://drroket.com/seminar-mudah-siap-tesis-mst-percuma/
&
Seminar Nak Ubah Tesis : https://drroket.com/product/seminar-virtual-nak-ubah-tesis-nut/
#DrRoket
#BeraniTuliS