fbpx Skip to main content
search
0

CATATAN INI BUAT SAYA BANJIR.

“Sejujurnya ini kali pertama saya mengirimkan tanjak, sudah tentu buat insan yang sangat istimewa di hati. Selamat Hari Guru doc!

Terima kasih segalanya, hapus segala lelahku, kau buat ku lupa ujian bertalu! Tak sabar nak tengok doc bertanjak di pagi raya

Karangan “Mahkota Alam” ini dipilih kerana cirinya yang garang dan tegas. Di sebalik namanya juga, Mahkota Alam melambangkan seorang pemerintah yang sangat warak yang menguasai dua alam, Manusia dan Jin.
.
Ianya sangat sesuai dipakai oleh mereka yang menjiwai jatidiri pahlawan negara.
Dr Roket adalah seorang pahlawan negara yang telah banyak berkorban, ikhlas membantu bangsa postgrad demi mencapai impian mereka, sumbangan besar kepada pembinaan tamadun Islam di negara ini.

Tahniah Guruku, pekerjaanmu sangat mulia, darjatmu tinggi di akhirat sana! Allahuakbar!!! Tanjak bukan sebarang tanjak,
Mahkota Alam nama diberi,
Hendak bukan sebarang hendak,
Doakan kami viva menanti!

#weareplatinum50x

Allah Pelihara Insan Luarbiasa ini ” Ir. Khoushaini ”

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x