fbpx Skip to main content
search
0

Ikuti perkongsian kisah benar daripada cik puan Muazah Abu Samah di bawah:

“Sepanjang bergelar pelajar PhD sejak September 2016 yang lalu, saya sentiasa hidup dalam keadaan buntu, tertekan, sakit kepala, lemau, tidak tahu bagaimana hendak gerakkan tesis dan tidak nampak bagaimana hendak keluar daripada belantara PhD yang menggerunkan.

Walaupun berusaha setiap hari duduk di meja belajar selama berjam-jam lamanya namun tiada result. Yang saya dapat ialah sakit kepala, tertekan dan penyesalan.

Air mata penyesalan tidak henti-henti mengalir. Pergi ke serata tempat untuk berkursus demi mencari sinar dan jalan keluar dari belantara mengerikan ini tapi tiada kesudahan.  Saya berdoa, “Ya Allah, bantulah aku keluar segera daripada belantara ini”.

Beberapa kali saya cuba sertai program Dr Roket tetapi kerana ketika itu tiada proses pemantauan berterusan seperti sekarang, akhirnya momentum saya paling lama bertahan pun sekitar dua bulan sahaja. Semasa tahun 2019 saya dalam semester 6, saya dapat baca banyak perkongsian oleh Dr Roket tentang result-result platinum.

Tetapi ketika itu saya belum betul-betul faham proses yang Dr Roket tawarkan dan juga kerana terpengaruh dengan nasihat kawan baik yang menasihati agar semasa sem akhir begini untuk tidak lagi sertai mana-mana seminar.

Saya hanya fokus kepada penulisan sahaja, jadi saya pun padamkan niat untuk turut serta program Dr Roket ketika itu.  Tapi kesudahannya, cuti belajar tamat namun tesis tetap juga suam-suam kuku. Hanya dapat tulis satu perenggan seminggu.

Oleh sebab tidak tahu dan tidak yakin untuk menulis, selepas Proposal Defense pada November 2017, saya hanya fokus untuk kumpul dan analisis data sahaja. Sebab itu walaupun tesis saya ada 280 muka surat, tetapi 200 muka surat daripadanya adalah data dan analisis data sahaja.

Bila sudah tamat cuti, saya memang rasa terdesak perlu dibantu. Saya tak nampak program lain lagi yang boleh bantu saya.

Saya bulatkan tekad untuk sertai program Nak Ubah Tesis pada 28/12/2019 dan memang sangat menakjubkan. Dr Roket dah tingkatkan program beliau secara sangat luar biasa berbanding sebelum ini. Saya tidak ragu-ragu ragu lagi untuk daftar sebagai platinum.

Walaupun ada komen-komen negatif yang mengatakan program Dr Roket seperti ‘program motivasi pelajar UPSR, kita dah PhD’, ‘itu semua taktik perniagaan’ dan macam-macam lagi, tetapi saya tidak peduli.

Walaupun tugasan sebelum terpilh menjadi Platinum sangat banyak, tetapi saya tetap bulatkan tekad. Saya memang sangat-sangat perlukan bantuan, ibarat memerlukan oksigen.

Saya tidak boleh berlengah lagi, mananya saya tidak risau kerana walaupun waktu bercuti sepenuh masa pun, tesis tidak berkembang apatah lagi apabila saya sudah sibuk bekerja?

Takkan saya nak biarkan PhD saya berkubur di tengah jalan sedangkan sudah banyak air mata ditumpahkan. Ayah saya juga saban hari bertanya, “bila mahu habis PhD?”. Itulah faktor penolak saya.

Syukur alhamdulillah, saya buat keputusan yang tepat. Walaupun mulanya saya agak menyesal kerana tidak sertai sejak tahun 2019 lagi, tetapi apabila dengar kata-kata Dr. Roket; “Pass is pass and Over is over” saya yakin untuk terus melangkah. Semuanya sudah Allah tetapkan pasti banyak hikmah menanti.

Bermula daripada saya mengubah mindset saya dan mengubah cara hidup saya, saya mula menikmati hidup sebagai seorang yang baharu.

Bangun pagi dengan penuh bersemangat, sihat dan ceria. Tiada lagi rasa lemau, rasa tertekan dan rasa menyesal. Hubungan dengan Allah Ta’ala, dengan penyelia dengan suami dan keluarga semakin pulih.

Saya ada ramai rakan-rakan positif yang saling membantu. Rasa macam tidak percaya saya boleh mengubah kebiasaan dan sikap buruk yang sudah sebati dalam diri ini sedikit demi sedikit dengan mudahnya.

Kemudian saya dapat lihat tesis saya juga semakin berkembang. Daripada hanya berjaya tulis seminggu satu perenggan, kini saya berjaya menulis sekitar 5-10 muka surat setiap hari.

Paling menggembirakan, penyelia semakin yakin melihat perkembangan saya dan telah izinkan saya untuk menghantar notis 3 bulan pada 12.3.2020, iaitu selepas tidak sampai 3 bulan menyertai Platinum.

Doakan saya berjaya realisasikannya. Saya tidak mahu bayar lagi kebodohan untuk kali ke 3. Cukuplah!

Kalau dulu rasa benci tengok tesis sendiri, kini mula rasa sayang dan rasa tesis sangat bernilai. Kalau dahulu sangat takut nak hubungi penyelia, sekarang hari-hari saya mesej penyelia.

Saya jadi lebih ceria dan yakin untuk bercakap tentang tesis. Saya mula berani berimpian Viva dengan lancar dan tenang without correction.

Paling menggembirakan apabila pada 18/8/2020 baru-baru ini, artikel popular sulung saya telah berjaya diterbitkan dalam akhbar perdana Berita Harian. Satu perkara yang saya tak pernah jangkakan akan mampu saya lakukan.

Apa yang paling menarik dalam yang pengembaraan PhD saya bersama Dr Roket ialah apabila mendengar mutiara-mutiara hikmah yang dilontarkan oleh Dr Roket.

Sangat membekas dan menyentuh sanubari. Terasa diri bagai diketuk-ketuk dan ditampar-tampar. Formula-formula yang dititipkan sangat seronok dan menakjubkan.

Paling menarik ialah pendekatan Dr Roket yang menggabungkan aspek keduniaan dan kerohanian sangat dekat dengan hati. Sentiasa menginsafkan diri bahawa kita perlu mengejar dunia dan akhirat secara serentak. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah Ta’ala, guru dan keluarga.

Kami di ajar untuk banyakkan sujud syukur walaupun sedikit sahaja nikmat yang diterima. PhD kita sangat kecil berbanding kehidupan. Kecilkan cabaran, besarkan solusi serta kecilkan cabaran, besarkan solusi.

Kata-kata hikmat “buat sahaja, fokus perkembangan bukan kesempurnaan dan berani menghadapi kegagalan” dan banyak lagi kata-kata azimat yang dijadikan bekalan sepanjang hari. Pemakanan dan cara hidup sihat juga sangat ditekankan.

Saya juga rasa seronok sebab kita turut dibekalkan dengan tools yang membantu melajukan tesis seperti ARMP chart dan RRD. Pengisian TDR secara berkala serta pelbagai tugasan yang memberikan impak saban hari berjaya keluarkan kami semua daripada berada dalam zon selesa.

 Support group yang hebat juga adalah suatu bonus yang sangat luar biasa. Tidak pernah saya jumpa circle group positif sebegini yang saling sokong menyokong, bahu membahu.

Kami seperti berada dalam satu keluarga besar yang sentiasa dibimbing dengan rapi dan didoakan setulus ikhlas oleh ibu dan ayah kami dan ibu kami iaitu Dr. Mohd Khairul Nizam dan Dr. Mardiana Bt Mat Ishak.

Subhanallah!! Nikmat apakah lagi yang aku dustakan? Sebab itulah saya langsung tidak merasa ragu-ragu untuk memperbaharui keahlian saya dan menaik taraf sebagai Platinum, saya mahu lebih banyak impak.

Tak terluah rasa syukur dan terima kasih  atas segala pengorbanan dan ketulusan hati Dr serta team untuk membantu kami semua yang sedang kelemasan di dalam lautan dalam yang tak bertepi.

Saya merasa sangat bersyukur dan terharu kerana terpilih oleh Allah untuk menyertai program yang sangat hebat dan kelihatan sangat sempurna di mata saya. Inilah anugerah yang terindah yang pernah saya nikmati sepanjang bergelar pelajar PhD.

Jangan pernah jemu-jemu untuk membantu kami lagi dan lagi Dr Roket. Mohon maaf atas segala salah silap kami sepanjang bersama Dr Roket. Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan jerih perih Dr Roket sekeluarga serta team dengan ganjaran syurga yang terindah. Amin..

Moga saya berjaya pada November 2020 dengan lancar dan tenang serta lulus without correction.

Kisah nyata Platinum X Dr. Roket, Puan Muazah Abu Samah dari Universiti Sains Malaysia. Anda juga boleh mencipta pencapaian seperti beliau di sini: http://www.drroket.com/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x