fbpx Skip to main content
search
0

Istimewa sempena Seminar Nak Ubah Tesis yang akan berlangsung pada hari Kebangsaan yang ke 63 tahun, Dr. Roket kongsikan catatan diari sebenar Platinum X, Puan Liyana Sulaiman yang berjaya menyelamatkan tesis beliau setelah hampir 8 tahun tersangkut..

14 January 2020

Salam, Dr Roket. Boleh buat rayuan ke untuk masuk Platinum? Saya pelajar PhD semester ke 14, tahun ke 7. Saya nak buat rayuan untuk masuk Platinum Dr. Roket sebab benar-benar saya nak Dr. Roket tolong saya.

8 February 2020

Terima kasih, Dr. Roket kerana mengajar saya banyak perkara. Mendorong saya habis-habisan. Saya masih ingat lagi, saya buat rayuan dengan Dr. Roket untuk masuk Platinum. Saya memang berharap sangat nak merawat tesis saya dengan mentor yang ada result.

Saya dah semester ke 15 baru- baru ini, masuk tahun ke 8. Saya nampak peluang depan mata saya, saya boleh sebenarnya, jika saya trust the proses, bertindak, ikut cakap mentor yang ada result.

Saya tidak boleh lagi toleh ke belakang, mengimbau kesalahan dan kesilapan lampau saya dalam perjalanan PhD. Saya kena take action now, dan pandang masa depan saya.

Sekarang ni, seperti yang Dr. Roket ajar, ambil 5 minit sebelum tidur untuk bayangkan apa yang terjadi untuk perjalanan PhD.

Saya selalu ambil 5 minit untuk visualise ayah dan suami saya memakai bonnet dan jubah konvo PhD saya, saya bayangkan di saat saya viva di hadapan examiner, dan examiner suka dengan research saya, no correction, saya bayangkan saya dapat pegang tesis yang binding.

Saya rasa lagi bersemangat keesokan harinya. Lagi rasa nak tulis dan sentiasa ada page driven mindset.

Tesis saya dah lama meninggal, sejak 2015. Sebab kepercayaan salah saya adalah saya tidak ada data, jadi tidak perlu tulis tesis. Selama ni, saya collect data, buat instrument, model, tool simpan dalam cloud sahaja. Tidak tulis dalam tesis. Analisis jugaa simpan dalam dokumen.

Lama saya ternak biawak ni. Sehinggalah saya dapat pergi umrah, 2018, ketika Ramadhan dan Syawal, saya doa sungguh- sungguh untuk saya diketemukan dengan orang yang dapat bantu saya dalam tesis dan journey PhD.

Saya doa depan Kaabah hari-hari, pada waktu Qiamullail. Saya mengharap sungguh-sungguh, Allah Ta’ala bantu saya untuk dapat jumpa orang-orang yang bantu saya dalam perjalanan PhD.

Untuk pengetahuan Dr. Roket, Saya tidak pernah dengar nama Dr. Roket dan tidak pernah kawan- kawan saya ajak pergi kelas atau seminar yang Dr. Roket anjurkan. Sehinggalah, saya jumpa kak Saleha Idris, dia pernah masuk seminar Dr. Roket. Dia cadangkan nama Dr. Roket pada penghujung 2018. Itu pertama kali saya dengar nama Dr. Roket.

Pada awal 2019, saya selalu dengar live Dr. Roket, walaupun saya tidak pernah sertai Platinum atau Nak Ubah Tesis. Saya tengah sarat mengandung masa tu, sehinggalah bersalin. Setahun juga, saya bina kepercayaan, yang saya dah jumpa orang yang betul untuk bantu saya.

Terima kasih Dr. jadi mentor saya, push factor saya, saya yakin saya boleh habiskan PhD saya tahun ini. InsyaAllah, Mei hantar notification of submission. Viva, September 2020. Convocation, November 2020.

Circle group yang Dr. Roket bina ini, saya tidak pernah ada sepanjang perjalanan PhD. Saya memang berada di dalam gua beberapa tahun ni. Tidak mahu jumpa orang langsung. Tapi alhamdulillah, circle group ni memang awesome. Sangat membantu, dan sentiasa membakar semangat.

Syukur Alhamdulillah, Terima kasih Dr.

10 February 2020

My Big Win Today, saya cadang pada penyelia untuk hantar notification of submission Mei ni. Penyelia kata boleh notify lagi awal sebab beliau mahu bagi fokus istimewa untuk saya. Penyelia dah minta cadangan examiner untuk Viva.

2 March 2020

Penyelia saya memang membenarkan untuk saya hantar notis sekarang!!

7 August 2020

Seperti yang saya kongsikan dalam interview dengan Dr. Roket semalam. Saya dapat banyak keajaiban yang berlaku sepanjang perjalanan PhD saya. Doakan saya Dr. Roket, agar dipermudahkan urusan VIVA dan dapat hantar Full Thesis untuk penyelia, 24hb Ogos ini..

24 August 2020

Submit full thesis for supervisor to review.

28 August 2020

Hari ini, saya dapat lihat banyak keajaiban yang berlaku dalam perjalanan PhD saya. Izinkan saya throwback win besar saya bersama Dr Roket. Perjalanan PhD saya berubah sepanjang tahun ini, 2020. Sehingga ke hari ini, saya ada 22 deraf tesis. Banyak deraf yang dihasilkan kerana tesis saya berevolusi.

Terima kasih Dr. Mohd Khairul Nizam kerana membantu saya dalam design my PhD journey. Moga Allah Ta’ala membalas kebaikan Dr. Roket dengan diluaskan rezeki Dr. Roket sekeluarga, dikurniakan keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan, dan dipermudahkan segala urusan Dr. Roket didalam memperjuangkan nasib bangsa posgrad.

Kami percaya anda pasti terinspirasi dan kagum dengan kecekalan Puan Liyana, dalam memperjuangkan tesis PhD beliau hingga bakal Viva tidak lama lagi. Ketahui bagaimana Platinum Dr. Roket bertapak bersama Dr. Roket di sini: http://www.drroket.com/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x